Monday 29 April 2019

PINDAAN PERKARA 1(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA AKAN DIBENTANG SEMULA

KETUA Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari menerima kunjungan hormat dari Menteri Di Jabatan Perdana yakni Datuk Liew Vui Keong di Wisma Bapa Malaysia petang tadi, 29 April 2019.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan mengatakan bahawa pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperkatakan status Sabah Sarawak akan dibentangkan semula di Parlimen Malaysia selepas keputusan kandungan dicapai di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan berlangsung minggu ini.
Ini merupakan satu langkah yang wajar kita sokong memandangkan ianya melibatkan pemegang taruh yang sebenarnya dan bersesuaian dengan prosedur DUN Sarawak yang jelas menyatakan sebarang pindaan haruslah mendapat mandat daripada DUN Sarawak sebelum boleh dibawa ke Parlimen Malaysia.
Untuk rekod pindaan yang dibentang pada 9 April 2019 di Parlimen yang lepas tidak mendapat 2/3 majoriti dan wakil Sarawak bertindak untuk tidak mengundi kerana ada beberapa faktor seperti saranan "Pursuant To MA63" ditambah malah pindaan Artikel 160 tidak dijelaskan di dalam pindaan tersebut.

No comments:

Post a Comment