Saturday, 20 April 2019

PERKAHWINAN TENGKU MAHKOTA KELANTAN DAN CIK SOFIE

SEPERTI yang sudah diketahui umum, soal rezeki, jodoh dan ajal itu semuanya sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Dan siapalah kita untuk mempersoalkannya kerana ianya sudahpun ditetapkan samada kita suka ataupun tidak.
Sebelum ini kecoh dunia sosial media apabila Sultan Muhammad IV yakni Sultan Kelantan mengahwini seorang gadis berbangsa Rusia untuk menjadi suri hatinya dan hari ini kita menyaksikan adindanya iaitu Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismai Petra mengadakan upacara pernikahannya dengan seorang gadis dari negara Sweden. Cik Sofie Louise Johansson yang berusia 33 tahun merupakan seorang sahabat baginda ketika melanjutkan pelajaran di luar negara.
Hubungan persahabatan yang agak lama sehingga membenihkan bibit-bibit cinta lantas disahkan dengan akad sekali lafaz di upacara pernikahan secara tertutup di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan malam tadi, 19 April 2019 kira-kira jam 8.35 malam. Hadir di majlis tersebut adalah kerabat diraja Kelantan serta keluarga Cik Sofie dari Negara Sweden.
Salam tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin diraja negeri Kelantan, Tengku Mahkota Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Cik Sofie dan didoakan agar perkahwinan ini sehingga ke jannah.

No comments:

Post a Comment