Monday 22 April 2019

ADUN PIASAU MAHU SAMAN PUTRAJAYA



SEMAKIN menarik isu perpindahan Ibupejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang mana lokasinya sejak penubuhan Malaysia yang lalu berada di Kuching, Sarawak. Dan mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Persekutuan pada 19 April 2019 akan dipindahkan ke Kota Kinabalu. Pelbagai respon diterima lebih-lebih lagi tindakan pihak Persekutuan telah melanggar Akta 121(4) Perlembagaan Malaysia. 

Kali ini, ADUN Piasau yakni YB Sebastian Ting tampil menyatakan bahawa beliau akan menyaman Putrajaya atas tindakan bertentangan dengan perlembagaan tersebut. Defendan utama adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Liew Vui Keong dan Putrajaya serta beliau turut menyatakan tidak akan teragak-agak untuk melakukan tindakan serupa ke atas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir kerana beliaulah yang menasihati YDP Agung. 

Berita penuh seperti pautan ini:

No comments:

Post a Comment