Monday, 29 April 2019

ADUN PADUNGAN DIGANTUNG HADIRI DUN SETAHUN


TUDUHAN tanpa asas yang dibuat oleh ADUN Padungan yakni Wong King Wei pada persidangan DUN yang lepas akhirnya memakan diri sendiri apabila beliau digantung selama setahun daripada menghadiri DUN Sarawak berkuatkuasa serta merta. Sebelum itu satu undian telah diadakan di kalangan para ADUN Sarawak dibawah seliaan Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato Gerawat dengan undi 64 undi menyokong dan 9 undi menolak.

Antara tuduhan yang telah dibuat oleh ADUN Padungan adalah menuduh Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia sebagai tidak demokratik kerana tidak berlaku adil ke atas usul yang dibawa oleh pihak pembangkang malah sehingga menyarankan untuk Speaker DUN diganti oleh oranglain.  Ianya bertentangan dengan prosedur DUN malah satu laporan Jawatankuasa Hak Keistimewaan DUN telah dibentuk bagi membincangkan salahlaku ADUN Padungan pada sidang DUN yang lepas.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 
 
#SarawakDiutamakan 

No comments:

Post a Comment