CADANGAN pindaan RUU Perkara 1(2) Perlembagaan Malaysia sememangnya sesuatu yang kita nanti-nantikan. Namun ianya tidak mendapat undi 2/3 majoriti Dewan Rakyat sehingga ianya ditolak. Namun begitu tindakan Gabungan Parti Sarawak yang merupakan suara rakyat Sarawak di Parlimen yang mengambil sikap tidak mengundi RRU tersebut mempunyai sebab yang tersendiri yang sudah semestinya ramai di luar sana mengetahuinya.
Dalam pada itu, Datuk Seri Fadillah Yusuf yang merupakan Ketua Whip Parlimen GPS optimis bahawa pindaan ini akan dilakukan lagi pada masa hadapan berdasarkan keyakinan Kerajaan Persekutuan Malaysia yang ada sekarang ikhlas mendengar suara-suara rakyat Sabah dan Sarawak mahukan di dalam berbicara mengenai hak-hak yang “hilang” dan hak-hak yang “tidak boleh dipertikaikan”. Ini kerana Jawatankuasa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed masih lagi meneruskan mesyuarat mereka yang dijangka akan dikeluarkan laporannya menjelang Julai 2019.
Selain daripada isu-isu yang berbangkit seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang tidak sama dengan apa yang terkandung di Perjanjian Malaysia 1963 iaitu “ibu” perjanjian berlakunya pembentukan Negara Malaysia. Sarawak turut memandang serius akan Perkara 161A(7) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yakni “Article 161A - Special position of natives of States of Sabah dan Sarawak” yang mana pada klausa Perkara 161A(7) TIDAK MENYENARAIKAN KAUM IBAN, BIDAYUH BAHKAN LUN BAWANG sebagai kaum-kaum di Sarawak. Malah menurut beliau lagi, “Hari Malaysia” juga tidak disebutkan sama sekali.
Kelemahan ini adalah sesuatu yang serius kerana kaum Iban dan Bidayuh bahkan Kaum Orang Ulu sekalipun merupakan antara masyarakat terbesar yang berada di Sarawak. Pembetulan untuk setiap “kelemahan” ini perlu dilakukan secara menyeluruh dan bukan hanya seciput sana sini dan menunggu lagi untuk proses pindaan yang selanjutnya. 1000 langkah untuk menuju kejayaan seharusnya yang betul dan benar pada langkah yang pertama.
Oleh kerana segala hal mengenai ini melibatkan pemegang taruhnya (stakeholder) adalah rakyat Sarawak maka pihak GPS akan mula mengadakan pertemuan dengan rakyat di akar umbi dan para penasihat undang-undang Sarawak mulai minggu ini agar segala hal boleh diperjelaskan dengan sebaik mungkin. Kesedaran semua amatlah dituntut kerana kita berbicara mengenai hak Sarawak. Yang dipinta kita pula tidak pernah lebih dan tidak pernah kurang seperti yang tercatit di dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Satu pendedahan yang amat perit untuk kita terima sebagai rakyat Sarawak lebih-lebih lagi Kaum Iban, Bidayuh dan Lun Bawang kerana selama hari ini, 55 tahun kita membentuk Negara Malaysia namun kaum-kaum di Sarawak masih tiada diperjelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Pautan sepenuhnya: https://www.utusanborneo.com.my/2019/04/13/sarawak-adakan-pertemuan-dengan-semua-pemegang-taruh-dan-penasihat-undang-undang-mulai
#SarawakDiutamakan
No comments:
Post a Comment