SEBAGAI media arus perdana seharusnya apa yang disajikan buat bacaan rakyat hendaklah berasas namun sebaliknya bagi beberapa buah pengamal media lebih gemar untuk bermain persepsi sehingga menimbulkan rasa pelik rakyat terhadap kepimpinan Sarawak itu sendiri.
Antara pautan yang memainkan isu persepsi adalah seperti berikut:
Antara pautan yang memainkan isu persepsi adalah seperti berikut:
Natijah daripada kenyataan putar alam mereka seolah-olah menggambarkan bahawasanya Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib bin Mahmud menyokong pemerintahan PH dipandangan rakyat jelata walaupun hakikatnya jika kita merujuk kepada ucaptamar daripada beliau langsung tidak ada.
Berdasarkan kepada bukti Hansard bertarikh 29 April 2019 dari mukasurat 3 dan 4 dibawah Para Keharmonian dan Keamanan Tonggak Perpaduan, ucapan Pehin Sri Abdul Taib adalah seperti berikut:
Berdasarkan kepada bukti Hansard bertarikh 29 April 2019 dari mukasurat 3 dan 4 dibawah Para Keharmonian dan Keamanan Tonggak Perpaduan, ucapan Pehin Sri Abdul Taib adalah seperti berikut:
****
Keharmonian dan Keamanan Tonggak Perpaduan
Tuan Speaker, kita bersyukur, Negeri Sarawak terus aman dan damai. Keharmonian yang kita nikmati pada hari ini, adalah hasil sikap toleransi dan hubungan erat di kalangan rakyat kita yang terdiri daripada pelbagai suku kaum, budaya dan agama. Semangat saling mempercayai, hormat-menghormati, adalah menjadi asas kukuh kepada perpaduan rakyat Sarawak sejak dahulu lagi.
Kita bertuah kerana dapat memeliharanya sehingga kekal sampai sekarang tidak terjejas. Perpaduan adalah kekuatan utama yang menjadi tunjang kestabilan dan keamanan di Negeri Sarawak. Perpaduan juga merupakan asas kukuh kepada pembangunan dan kemajuan sosioekonomi kita. Saya menyeru kepada semua pihak, untuk terus memelihara perpaduan dan keamanan di negeri ini agar Malaysia akan terus maju sebagai cita-cita kita bersama di seluruh negara.
Saya percaya, rakyat Sarawak bijak dan tidak mudah terpedaya dengan agenda negatif pihak luar dan menolak anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian yang kita nikmat selama ini. Saya yakin, dengan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yang tegas, berani dan berpandangan jauh, perpaduan kita akan dapat terus diperkukuhkan. Inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak menubuhkan Unit for Other Religions atau UNIFOR untuk menjaga kepentingan agama lain adalah sangat bertepatan dengan perkembangan semasa.
*****
Cukup jelas disini bahawa tiada unsur-unsur PS Taib meminta rakyat menyokong Kerajaan PH sebaliknya meminta untuk rakyat Sarawak terus mengekalkan perpaduan yang sedia ada serta menolak dan tidak mudah terpedaya dengan agenda negatif pihak luar sehingga boleh menggangu gugat keharmonian yang Sarawak miliki sekarang. Bukti Hansard yang dikeluarkan bukanlah boleh dipertikaikan malah ianya akan menjadi bukti sejarah bertulis sampai bila-bila untuk sebuah negeri mahupun negara pada masa hadapan.
Beretikalah untuk memberikan maklumat dan bukannya untuk mengejar rating semata-mata.
#SarawakDiutamakan
No comments:
Post a Comment