Monday 15 April 2019

KUASA IMIGRESEN SARAWAK DIMANSUH? LANGKAH MAYAT KAMI, RAKYAT SARAWAK DAHULU!


BOLEH dikatakan Sarawak sekarang ditekan di setiap penjuru arah dek kerana mempertahankan hak-hak yang masih ada di Sarawak. Dalam pada itu sejak Pakatan Harapan memerintah Malaysia yang mana pada mulanya mempunyai manifesto yang “menarik” seperti memberikan semula kuasa autonomi yang hilang kepada Sarawak hanyalah retorik semata-mata kerana satu demi satu kenyataan daripada wakil-wakil Pakatan Harapan dari Malaya berlainan daripada apa yang dilaungkan.
Sewaktu sidang perbahasan pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat tempohari menyaksikan Timbalan Presiden PPBM yakni Datuk Mukriz Mahathir secara terang-terangan meminta untuk Sarawak mahupun Sabah memansuhkan kuasa imigresen yang dikatakan tidak mengikut lunas-lunas integrasi nasional dan hanya undang-undang lapok yang tidak digunapakai lagi. Dan kemudian muncul pula suara sumbang tatkala Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohamad pula turut menyatakan hal yang sama iaitu penggunaan passport untuk rakyat Malaysia bergerak di dalam negara Malaysia sendiri adalah sesuatu yang pelik.
Bertindak daripada ulasan Tun M itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak memberikan kenyataannya seperti di dalam pautan ini:
https://sarawakvoice.com/2019/04/15/wajarkah-hak-imigresen-sarawak-dimansuhkan/
Manakala awal-awal lagi sejak di tahun 2018, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Johari tegas menyatakan bahawa TIADA KOMPROMI untuk sebarang tindakan bagi memansuhkan kuasa imigresen Sarawak. Pautan-pautannya adalah seperti berikut:
http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1661422
https://www.utusanborneo.com.my/2018/11/03/sarawak-pertahan-hak-imigresen
http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1706314

Berdasarkan kepada perkembangan semasa ini mungkin elok rasanya kesemua mereka yang bukan rakyat Sarawak mengetahui bahawa kuasa imigresen Sabah dan Sarawak ini tercatit di dalam Akta Imigresen Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dijelmakan hasil daripada yang dikenali sebagai Perkara 18/20 seperti terkandung di dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold 1hb Ogos 1962. Satu suruhanjaya yang menjalankan kajiselidik samada adakah benar rakyat Sabah dan Sarawak benar-benar ingin melepaskan segalanya dan bersama-sama membentuk Malaysia.
Ringkasan daripada kajiselidik Suruhanjaya Cobbold itu adalah seperti berikut:
About one-third of the population of each territory strongly favours early realisation of Malaysia without too much concern about terms and conditions. Another third, many of them favourable to the Malaysia project, ask, with varying degrees of emphasis, for conditions and safeguards varying in nature and extent: the warmth of support among this category would be markedly influenced by a firm expression of opinion by Governments that the detailed arrangements eventually agreed upon are in the best interests of the territories. The remaining third is divided between those who insist on independence before Malaysia is considered and those who would strongly prefer to see British rule continue for some years to come. If the conditions and reservations which they have put forward could be substantially met, the second category referred to above would generally support the proposals. Moreover once a firm decision was taken quite a number of the third category would be likely to abandon their opposition and decide to make the best of a doubtful job. There will remain a hard core, vocal and politically active, which will oppose Malaysia on any terms unless it is preceded by independence and self-government: this hard core might amount to near 20 per cent of the population of Sarawak and somewhat less in North Borneo.
— Lord Cobbold, Cobbold Commission
Frasa “Another third, many of them favourable to the Malaysia project, ask, with varying degrees of emphasis, for conditions and safeguards varying in nature and extent” inilah yang dimaksudkan nenek moyang kami dahulu biarpun tidak berpendidikan tinggi tetapi telah awal-awal mempunyai visi andainya pembentukan Negara Malaysia itu kelak akan “membaham” hak-hak anak negeri Sabah dan Sarawak baik dari segi peluang ekonomi, pekerjaan, menikmati sumber-sumber bumi yang dimiliki oleh Sarawak seperti minyak dan gas, maritim dan hutan dari diekpsloitasi oleh rakyat dari negeri-negeri lain di dalam Negara Malaysia.
Selain daripada itu mereka juga bimbang sekiranya ekstremis agama, politik dari luar akan dengan mudah mempengaruhi minda anak Sarawak yang lain kerana budaya yang berbeza di Sarawak itu sendiri. Sebagai satu wilayah yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama adalah menjadi kerisauan bahawa anasir-anasir negatif ini boleh mengganggugugat keharmonian yang sudah terbina sekian lamanya dari zaman Brooke sehinggalah Malaysia kelak.
Jadi mana mungkin kami memperkotak-kotikkan wasiat dan kepercayaan daripada nenek moyang kami atas nama konsep politiking Persekutuan. Usah bicara mengenai intergrasi nasional sekiranya 55 tahun membentuk Malaysia, Sabah dan Sarawak sendiri kurang diketahui keberadaannya sebagai entiti Negara Malaysia. Kurang pendedahan baik dari segi media mahupun di dalam teks pembelajaran sekolah memungkinkan ramai generasi baru Malaya menganggap Sarawak mahupun Sabah itu bukan Malaysia. Dogma pemikiran yang diserap sejak diawal pendidikan itu sendiri sudah “membuang” kami di dalam minda rakyat Malaysia itu sendiri.
Apa yang penting sekarang apakah cara yang terbaik untuk mendekat jurang perbezaan antara Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Malaya baik dari segi infrastruktur, ekonomi dan sebagainya. Bukan sesekali untuk menyentuh hak kami yang tersisa biarpun kamu berada di tampuk teratas di dalam Persekutuan Malaysia. Ingatlah bahawa tanpa Sabah dan Sarawak itu TIADALAH NEGARA MALAYSIA. Sehingga ke hari ini kami masih tidak mahu lagi ramai rakyat kami untuk beranggapan bahawa Malaya adalah “PENJAJAH ALAF BARU” selepas Koloni British yang memerintah Sarawak dari tahun 1946 hingga 1963.
Untuk Ahli Parlimen Jerlun dan Langkawi, mungkin ada baiknya untuk mengodek sejarah keberadaan Free States of Bavaria, Jerman yang sehingga ke hari ini masih lagi utuh malah berbangga mempertahankan hak autonomi imigresen mereka di dalam Negara Jerman. Di Bavaria, sesiapa sahaja rakyat German BUKAN BAVARIAN dikehendaki mengecop pasport (bukan IC) untuk memasuki Bavaria. Malah sesiapa yang rakyat German hendak mendiami Bavaria harus mempunyai alamat dan IC Bavaria jika ingin menetap dan menikmati segala kemudahan Bavaria seperti elektrik, air dan sebagainya.
Sarawak dan Sabah masih lagi terlalu baik hati kerana hanya meminta IC (biarpun di dalam terma adalah passport) untuk memasuki wilayah kami dengan 90 hari tempoh had untuk tinggal dan gunalah apa sahaja yang kami miliki. Mahukah kami sekejam itu?
Terma yang popular baik di dada akhbar, tv dan papan iklan sentiasa menjengkelkan kami…”Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak”!
Untuk Persekutuan, wakil Sarawak dalam PH dan GPS sebagai parti memerintah Sarawak, INGATLAH yang anda semua berada di tampuk pemerintahan kerana rakyat yang memilih dan jangan sesekali cuba menggadaikan hak yang tersisa atas nama survival politik kamu! LANGKAH MAYAT KAMI RAKYAT SARAWAK DAHULU! TAKE IT OR LEAVE IT! FULLSTOP
#Sarawakian1stMalaysian2nd

No comments:

Post a Comment