ANTARA legasi yang ditinggalkan oleh mantan Ketua Menteri Sarawak yang dicintai iaitu Allahyarham Tok Nan adalah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa rasmi di dalam Kerajaan Sarawak dan ianya diteruskan sehingga kini oleh pentadbiran Datuk Patinggi Abang Johari. Dan keputusan ini telah mendapat respons yang amat baik daripada segenap lapisan masyarakat Sarawak pada ketika itu.
Dan pada itu pada hari ini melalui kesepakatan antara Kerajaan Sarawak dengan Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik yang bertandang ke Sarawak bagi membincangkan urusan RM1 Bilion kontra sekolah-sekolah daif di Sarawak, kita dikejutkan dengan berita yakni Sarawak merupakan negeri pertama di dalam Malaysia yang akan mula mengajar subjek Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah. Sarawak adalah yang pertama menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia yang berani tampil dengan keputusan tersebut. Adalah difahamkan dari segi kesiapsiagaan guru-guru peringkat sekolah rendah untuk mengajar di dalam bahasa Inggeris juga dibawah Kerajaan Sarawak yang akan memberikan latihan dan sebagainya ke arah itu melalui penglibatan universiti yang ada.
Mengenai soal bayaran kontra RM1 Bilion untuk sekolah-sekolah daif pula masih lagi diperingkat perundingan yang seterusnya. Kenyataan pusingan U pihak persekutuan sebelum ini yang mahukan “advance payment” telah ditolak Ketua Menteri Sarawak dan kerana itulah proses perbincangan yang lebih teliti akan diteruskan demi kebaikan generasi anak-anak Sarawak bersama agar mampu belajar di dalam suasana yang kondusif.
Keputusan untuk sekolah-sekolah rendah di Sarawak diajar subjek Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris adalah satu langkah yang perlu kita sokong. Jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana Bahasa Inggeris itu bahasa antarabangsa yang memerlukan penguasaan yang lebih kepada kita sebagai rakyat Malaysia jika ingin bersaing di peringkat global tanpa kita meminggirkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan kita.
#SarawakDiutamakan
Pautan sepenuhnya:
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sarawak-negeri-pertama-ajar-matematik-dan-sains-dalam-bahasa-inggeris-maszlee-1.888462
No comments:
Post a Comment