SEMALAM menyaksikan Ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak, Barisan Nasional dan PAS seia sekata memohon penangguhan untuk pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dibentangkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Kecoh di Dewan Rakyat tatkala kumpulan ini bangun dan tegas menyatakan pendirian mereka atas hal tersebut.
Dalam pada itu mungkin ramai yang masih tertanya-tanya mengapa Sarawak dan Sabah mahukan ianya ditangguh dahulu sedangkan itulah antara misi dan visi kedua-dua kerajaan selama ini yakni diiktiraf semula sebagai rakan kongsi pembentuk Negara Malaysia seperti yang berlaku 55 tahun yang lepas sebelum ianya dipinda pada tahun 1976.
Bagi memberi kefahaman yang lebih adalah moleh untuk kita mendengar kenyataan yang diulas oleh seorang penasihat undang-undang Sarawak yang berpengalaman di dalam hal ini. Datuk Sri JC Fong bukanlah satu nama yang asing bagi kita di dalam bidang undang-undang. Menurut beliau, walau pihak persekutuan cuba untuk meminda Artikel 1(2) dengan menjadikan Sabah dan Sarawak di ruangan (b) selepas menyenaraikan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia di ruangan (a), ianya tetap tidak memberikan apa-apa impak kerana Sarawak dan Sabah tetap sebuah negeri di dalam Malaysia.
Tambah beliau lagi, tanpa meminda definisi “Persekutuan” seperti terkandung di dalam Artikel 160(2) yang mana dijelmakan setelah Perjanjian Persekutuan Malaya 1957, Sabah dan Sarawak sebenarnya sudah dituruntaraf sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia secara mutlak. Pindaan makna “Persekutuan” berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 sahaja yang akan dapat menjelaskan bahawa Sabah dan Sarawak adalah sebagai rakan kongsi penubuhan Malaysia yang disebut cukup jelas di dalam perjanjian tersebut.
Berita penuh di pautan ini:
https://www.utusanborneo.com.my/2019/04/05/status-sarawak-sabah-tidak-diubah-dalam-pindaan-fong?fbclid=IwAR14MvEXhUUkSo3pQsWVsjQzEpukXhQ5l_cuRz3W8nhxE7XDXUF7qfjN_Oo
No comments:
Post a Comment