Thursday, 5 December 2019

ANAK SARAWAK JUARA KEJOHANAN GUSTI LENGAN DUNIA IFA 2019 DI POLAND


SEORANG lagi anak Sarawak telah berjaya mengukir nama di pentas dunia dan yang lebih menarik adalah di dalam sukan gusti lengan.  Baru berusia 15 tahun dan merupakan pelajar di SMK Batu Lintang, Kuching sudah mampu membuatkan kita sebagai anak Sarawak berbangga atas kejayaannya.  Itulah Abigail Kee Zing Ning yang telah dinobatkan sebagai juara di World Armswrestling Championship IFA 2019 yang berlangsung di Poland sekarang.  

Tahniah Abigail. Sarawak Boleh!

Tuesday, 3 December 2019

SAMAN FITNAH DOUGLAS VS VERNON - VERNON KALAH


KEPUTUSAN Hakim Mahkamah Tinggi Kuching hari ini iaitu Ravinthran N. Paramaguru akan kes saman Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke atas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Vernon Kerdit memihak kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga ADUN Bukit Saban.  Sejajar dengan kekalahan Vernon Kerdit maka pihak mahkamah mengarahkan beliau untuk membayar saman sebanyak RM200,000 dan kos guaman RM40,000 serta PERINTAH LARANGAN untuk tidak mengulangi kata fitnah berkenaan kepada umum.   

Akhirnya kebenaran sudahpun terungkap.  Semoga Vernon Kerdit dan mana-mana individu yang berpolitik janganlah sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata fitnah.  

Tahniah DCM.


#GPS
#SarawakDiutamakan

BANTUAN KHAS RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN DI SARAWAK


MENGHARGAI sumbangan yang diberikan oleh penjawat-penjawat awam Persekutuan yang bekerja di Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak bermurah hati untuk memberikan bantuan khas sebanyak RM500 yang mana akan dibayar menjelang JUN 2020.

Pautan berita penuh:

KES SAMAN DOUGLAS VS VERNON: KELIBAT VERNON DICARI


ANDAI berani menebang maka beranilah memikul itulah kata bidalan lama yang mengatakan betapa setiap individu itu sekiranya betul-betul bertanggungjawab atas hal yang telah dia lakukan.  Namun untuk kes saman Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawan Ketua Penerangan Parti Keadilan Sarawak iaitu Vernon Kedit yang diperdengarkan di Mahkamah Kuching pada hari ini, kelibat Vernon langsung tidak kelihatan.  

Lebih menarik lagi ketika disoal oleh pemberita di ruang Mahkamah Kuching, peguam Vernon iaitu Desmond Kho juga tidak mempunyai jawapan yang konkrit atas “kehilangan” anak guamnya.  

Di dalan prosedur saman DA Douglas ke atas Vernon ini dikatakan melibatkan jumlah saman sebanyak RM1 juta jika DA Douglas berjaya.  

Ini bukan jumlah yang boleh diambil ringan dan dek kerana itulah biarlah kita berpada-pada di dalan mengeluarkan kenyataan berbaur politik seperti kata perumpamaan lama, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Dan menurut perkembangan terkini dari Mahkamah Kuching menyatakan bahawa kes ini dianggap mempunyai unsur fitnah dan KEPUTUSAN kes akan dibuat esok hari, 4/12/2019 pada jam 11 pagi esok.

BAS SEKOLAH PERCUMA DI KUCHING BERMULA MEI 2020


BELANJAWAN 2020 Sarawak menyaksikan Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak memperuntukan bas sekolah percuma untuk warga Kuching sebagai projek perintis terlebih dahulu.  Hanya selepas itu baharulah ianya diperluaskan ke bandar Miri, Sibu dan Bintulu.  

Dek kerana masih lagi mengenalpasti laluan berdasarkan “hop on hop off” yang melibatkan jalan-jalan di kawasan Petra Jaya termasuk Matang dan Kuching Selatan sehingga ke Tabuan Jaya maka perkhidmatan bas sekolah percuma itu dijangka beroperasi selewat-lewatnya Mei 2020.  

Pautan berita penuh:


Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ini sememangnya sesuatu yang rakyat nantikan kerana kita almaklum bahasa kos hidup di bandar-bandar besar amat tinggi sekarang dan sekaligus ianya juga boleh mengelak kesesakan lalu lintas pada waktu-waktu puncak di bandar-bandar besar terutama sekali ketika musim persekolahan bermula.  

#GPS
#SARAWAKDIUTAMAKAN 

Monday, 2 December 2019

ABU CHIN PENG BUKAN SETAKAT ABU TETAPI RASA SAKIT YANG AMAT DALAM KELUARGA PENJEJAK IBAN SARAWAK


DEK kerana ada yang cuba untuk memutarbelit sejarah makanya berani bertindak membawa pulang abu Chin Peng ke Malaysia.  Tindakan kumpulan itu terus diselar dan amat dikesali oleh ramai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.  

Mungkin ramai sudah melupakan bahawa ketika kekejaman si Chin Peng dengan ideologi komunismenya itu ramai anak-anak Sarawak terutama sekali penjejak Iban dan Border Scouts di kalangan kaum Iban telah menyahut seruan untuk berkhidmat membantu Malaya samada sebelum ataupun sesudah Negara Malaysia ditubuhkan.  

Ramai antara mereka gugur di medan peperangan bertingkah senjata dengan para komunis pada waktu itu.  Dan ketika darurat yang pertama mana mungkin kita boleh melupakan ramai penjejak iban pusara mereka bertaburan di seluruh Malaya sehingga ada yang dikuburkan di tepi-tepi jalan dan sebagainya.  Sehingga kini difahamkan anggota keluarga penjejak Iban yang terkorban itu masih belum mendapat apa-apa daripada Kerajaan Malaysia atas jasa bakti mereka suatu ketika dahulu.

Ahli Parlimen Kapit iaitu Datuk Alexander Nanta Linggi mengulas isu tersebut yang mana menurut beliau ianya langsung tidak menghormati keluarga-keluarga penjejak Iban dan Sarawak Border Scouts.  Kumpulan itu beliau selar kerana sengaja mahu memperkotak-katikkan perjuangan anak Sarawak yang lepas seperti luka lama mungkin sudah sembuh tetapi parutnya masih ada dan akan berdarah kembali.  

Pautan berita penuh:  


Untuk rekod dan sumber informasi bagi mereka yang tidak mengetahui sejarah penjejak Iban dan Sarawak Border Scouts, hanya pada tahun 2011 baharulah kesemua jasad yang sudah tiad,  para penjejak Iban dan Sarawak Border Scouts ini dibawa pulang ke Sarawak dari seluruh Malaya.  Kesemua mereka terkorban ketika mempertahankan Malaya dan hanya selepas berpuluh tahun baharulah mereka “pulai menoa” namun tanpa nyawa hanya tinggal cebisan tanah dan tulang-tulang sahaja.

Abu Chin Peng itu bukan setakat abu semata-mata TETAPI ada rasa luka, rasa sakit yang terluah dek kata-kata bagi setiap keluarga dan generasi para penjejak Iban dan Sarawak Border Scouts.  

RIP to our unsung heroes, Iban Trackers, Sarawak Border Scouts and Sarawak Rangers.

SAMBUNG ELEKTRIK UNTUK RUMAH BARU BAWAH RM5K PERCUMA MULAI 1 JANUARI 2020


BUKAN janji dicapati tetapi ini janji yang ditunaikan tatkala dimasa pembentangan Belanjawan 2020 Sarawak yang lepas, Kerajaan Negeri Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak mengwar-warkan bahawa setiap penyambungan elektrik untuk rumah kediaman bagi rakyat Sarawak di Sarawak akan diberikan PERCUMA BERKUATKUASA 1 JANUARI 2020.    

Terma dan syaratnya adalah kos haruslah kurang daripada RM5,000 manakala untuk RM5,0001 hingga ke RM10,000 pula, 70% kosnya akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak manakala 30% lagi oleh pemilik sendiri.  Dan ini termaktub untuk setiap rumah kediaman yang baru sahaja dibina samada di kawasan perumahan mahupun kawasan perkampungan.  

Begitulah cara sekiranya mempunyai pemerintah yang sentiasa prihatin dan peka kepada kesusahan rakyat.  Kos penyambungan elektrik untuk rumah baharu sentiasa menjadi sesuatu yang harus difikirkan tatkala ingin berpindah ke rumah yang baru.  Tidak dibuat ianya adalah sesuatu yang wajib dilakukan.  Dengan adanya bantuan ini maka para pemilik rumah baru bolehlah menarik nafas lega.  

Terima kasih Kerajaan Negeri Sarawak dan KM Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari.


#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST