Saturday, 4 January 2020

KERAJAAN SARAWAK HADIAHKAN RUMAH UNTUK RATU TERJUN NEGARA





MENGHARGAI sumbangan beliau yang selama ke hari ini mengabdikan diri buat sukan yang amat diminatinya malah telah bersungguh-sungguh menjalani latihan yang akhirnya berjaya menempa nama dirinya sekaligus negeri kelahiran Sarawak dan negara Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak telah berbesar hati menghadiahkan satu unit rumah kediaman yang baharu kepada Ratu Terjun Negara iaitu Pandelela Rinong.  

Lebih manis lagi lokasi rumah kediaman Pandelela Rinong itu adalah di satu projek kediaman yang dinamakan bersempena dengan nama beliau sendiri iaitu Blok Pandelela, P’ Residence, Batu Kawah, Kuching. Majlis penyerahan kunci rumah dilakukan sendiri oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg hari ini.  

Tahniah Pandelela Rinong dan terimakasih Kerajaan Negeri Sarawak atas penghargaan buat seorang atlet yang sememangnya unggul di dunia sukan akuatik dunia iaitu sukan terjun.  Semoga hadiah ini akan terus membakar semangat Pandelela untuk terus maju jaya di dalam sukan akuatik iaitu sukan terjun.  

Friday, 3 January 2020

DAGING KHINZIR DILETAKKAN DI KAWASAN MASJID BDC


PROVOKASI apakah ini sehingga ada yang berani membuat onar sedemikian rupa.  Sarawak yang terkenal dengan keharmonian kaum dan agama seperti yang selalu kita dengar seharusnya TIDAK AKAN BERLAKU PERKARA SEDEMIKIAN.  Yang sering kita dengar dan baca di media adalah hal seperti ini berlaku di Malaya.  

Hari ini terpalit cerita di sebalik pembuka hari awal tahun 2020 tatkala satu plastik daging khinzir dijumpai di kawasan Masjid BDC.  Bertindak dari penemuan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi mencari si pembuat onar.  

Pautan berita penuh:


Samada hal ini sengaja atau tidak sengaja, kita sebagai rakyat Sarawak HARUS MENYELAR perbuatan seperti ini.  Tiada kompromi bila berkata tentang keharmonian dan toleransi kaum di Sarawak. 

Thursday, 2 January 2020

PERLANTIKAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIMAS LANGGAR HAK


SATU kenyataan media telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak berkenaan dengan perlantikab PengerusiLembaga Pengarah UNIMAS yang baharu. Adalah dimaklumkan perlantikan itu TIDAK DIRUJUK KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK.
Sehubungan dengan itu juga. Kerajaan Sarawak akan memohon PENJELASAN DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN.

DR MAZLEE LETAK JAWATAN BERKUATKUASA 3 JANUARI 2020


AKHIRNYA sudah disahihkan bahawasanya Dr. Mazlee Malik iaitu Menteri Pendidikan Malaysia MELETAK JAWATAN berkuatkuasa 3 Januari 2020.  

Pautan berita penuh:


APA DIPOLAH URANG MALAYA, APA KITA DI SARAWAK GAGO


ISU JAWI - APA DIPOLAH URANG MALAYA, APA KITA DI SARAWAK GAGO -KM ABG JO

ISU pembelajaran Jawi yang diperkenalkan untuk pembelajaran murid-murid sekolah Tahun 4 terus menjadi isu yang viral di Malaysia.  Masyarakat Cina melalui NGO mereka seperti Dong Zhong acapkali mengeluarkan beberapa kenyataan yang menolak ianya dijadikan satu subjek di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).  

Bagi Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pula berpendapat Kerajaan Sarawak dan rakyat Sarawak seharusnya tidak terpengaruh dengan isu remeh-temeh seperti ini. Biarlah apa yang berlaku di Malaya dan jangan membawanya ke Sarawak kerana beliau berpendapat isu pembelajaran Jawi itu adalah hak setiap ibubapa untuk membenarkan anak-anak mereka belajar ataupun tidak.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak akan terus memfokuskan isu kos sarahidup rakyat Sarawak yang menjadi agenda utama.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, Kerajaan Negeri Sabah sudahpun mengeluarkan arahan untuk hanya menjadikan pembelajaran Jawi sebagai PILIHAN di sekolah-sekolah di Sabah dan bukannya subjek dibawah Bahasa Melayu.  Sabah mahupun Sarawak mempunyai autonomi di dalam menentukan pembelajaran di peringkat sekolah-sekolah di kedua-dua negeri ini seperti yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.   

Wednesday, 1 January 2020

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA LETAK JAWATAN?


ADA khabar angin bertiup kencang nun di Putrajaya yang mengatakan bahawa Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YB Dr Mazlee Malik yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam (PBBM) akan meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia pada hari ini.  Dikatakan surat perletakan jawatan beliau sudahpun dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia dan diterima oleh Tun Mahathir Mohammed. Setakat tidak diketahui apakah alasan sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan.    

Menurut sumber akhbar Malay Mail, satu kenyataan media akan diadakan sekitar jam 4.30 petang ini.  


Pautan berita penuh:

KAKI CURI KREDIT


SATU perkara yang buat saya benci ahli politik adalah sikap keji mereka mencuri kredit hasil kejayaan orang lain. Tidak kira siapa ahli politik itu dan tidak kira parti mereka, memang amat keji sikap mereka mencuri kredit usaha orang lain.

Baru beberapa hari lalu, kita mendapat berita rasmi bahawa Tan Sri Affendi Buang, anak jati Sarawak yang memegang jawatan Panglima Tentera Udara semenjak 2016 telah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong untuk dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Beliau yang pernah terlibat dalam Projek MiG29N dan Projek SU30MKM telah dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera kerana beliau merupakan Panglima 4-bintang yang paling senior dalam perkhidmatan.

Perlantikan individu yang berkelayakan sebagai Panglima Angkatan Tentera memerlukan individu tersebut dicalonkan oleh Majlis Angkatan Tentera dan diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong. Majlis Angkatan Tentera itu pula turut dianggotai perwakilan dari Majlis Raja-Raja dan ini cukup menghalang Majlis tersebut dikawal oleh elemen politik.

Malahan, percubaan untuk mengambil kredit ini amat memalukan kerana nama Tan Sri Affendi Buang sudahpun diwar-warkan semenjak beliau dilantik sebagai Panglima Tentera Udara pada tahun 2016.

Kalau hanya tahu curi kredit sahaja, maka tidak hairanlah sekiranya ada ahli politik itu kejayaan terhebatnya sekadar merasmikan lampu isyarat jalan sahaja.

Kredit: Danny Liew

Klaim jangan tak klaim YB PH. Itu sajalah yang mereka tahu. Buat malu sahaja. Boooooooooooooooo