Tuesday, 26 February 2019

RUMAH MAMPU MILIK UNTUK GAJI RM3K KE BAWAH


DUNIA jualbeli hartanah di Sarawak sememangnya antara yang menjadi bualan anak muda kita. Berapa ramai yang menginginkan untuk mempunyai hartabenda sendiri seperti rumah sebelum melangkah ke alam rumahtangga.  Namun sayangnya kebanyakan perumahan yang sedia ada masih belum mampu dibeli dan lebih untuk mampu dilihat sahaja.

Hari ini, CEO Housing Development Corporation (HDC) iaitu Encik Mohd Asman mengwar-warkan bahawasanya HDC telah menjelmakan satu skim perumahan yang dinamakan Skim Rumah Mampu Milik yang diutamakan kepada golongan yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.  Skim perumahan ini hanya boleh dimiliki sekali seumur hidup.  Golongan yang layak untuk memohon adalah golongan bujang dan berkeluarga berusia antara 18 hingga 65 tahun.  Untuk golongan bujang pula haruslah mempunyai tanggungan contohnya menanggung ibubapa mereka.  

Bagi yang berminat bolehlah membuat tindakan selanjutnya ke HDC.

BAS ELEKTRIK KUCHING





TAHUN 2018, kita diwar-warkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak akan menggunakan perkhidmatan bas berkuasa elektrik untuk kemudahan rakyat di kawasan Kuching, Sarawak sebagai permulaan.  Setelah menunggu buat seketika akhirnya pada hari ini, bas elektrik yang pertama kalinya di Malaysia sudahpun dirasmikan penggunaannya oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Karim Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang juga ADUN Asajaya. 

Difahamkan bahawa perkhidmatan bas elektrik ini adalah pada kadar percuma pada 1hb Mac 2019 yang mana stesennya bermula di Jambatan Satok sehingga ke I-Com Square.  (Peta stesen dan laluan disertakan)

Syabas GPS dan Kerajaan Negeri Sarawak.  

#SarawakFirst 

Monday, 25 February 2019

HINA NABI MUHAMMAD DIDALAM FB

SATU laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Gita, Kuching hari ini oleh sebuah NGO GAB30 ke atas seorang pemilik laman mukabuku bernama “Ayea Yea”. Laporan polis ini dibuat kerana “Ayea Yea” didapati telah memuatnaik komentar yang menghina Nabi Muhammad dengan panggilan “Babi Muhammad bodoh” dan “Apa untungnya kamu orang ikut babi muhammad yang bodoh tkda apa2 itu..mmag tak fham saya”.
Pihak NGO GAB30 berpendapat adalah tidak wajar untuk menghina seorang Nabi sebegitu rupa dan sekaligus ianya juga tidak langsung melambangkan etika masyarakat Sarawak yang sentiasa hidup harmoni dan menghormati pegangan agama masing-masing sejak dahulu lagi.
Berhati-hatilah ketika melayari laman sosial. Walaupun kita mempunyai kebebasan media namun jangan sesekali kita memperlekehkan apa sahaja yang berkaitan dengan agama orang lain. Tiada kompromi di dalam hal seperti ini waima di dalam laman media sosial sekalipun.
Kerana otak tidak berhubung dengan jari-jemari maka ke lokaplah nanti.

KES PENIPUAN PEKERJAAN CAMBODIA 2 LAGI SUSPEK DITAHAN



KESUNGGUHAN PDRM untuk membanteras sehingga ke lubang cacing kes penipuan pekerjaan sehingga menyebabkan 47 rakyat Malaysia ditahan di Cambodia harus dipuji. Hari ini menyaksikan dua orang lagi suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita ditahan di Kuching dan sudahpun mendapat tahanan reman selama empat hari untuk membantu siasatan. 

Sehingga ke hari ini bermakna sudah ada tiga orang suspek warga tempatan yang ditangkap. Dan dimaklumkan ianya tidak akan terhenti disini kerana kesemua dalang-dalangnya akan diburu satu persatu. 

Syabas PDRM. 

Sunday, 24 February 2019

PEMBINAAN JAMBATAN BUNTAL DAN AKSES JALAN BAKO/BUNTAL


JIKA diikutkan dua perkampungan ini merupakan perkampungan pesisir Kuching yang kaya dengan nilai sejarah dan tradisi turun temurun masyarakatnya.  Bako misalnya sememang dari dahulu lagi sudah terkenal dengan ikan-ikan segar serta taman negara Bako yang merupakan taman negara pertama diwartakan di Sarawak.  Buntal pula yang bersebelahan dengan Santubong sudah lama terkenal dengan restoren makanan laut yang segar serta pekerjaan nelayan bagi warganya.  Jika dirangkumkan menjadi satu, Bako dan Buntal umpama kembar siam yang terpisah oleh muara sungai dan lautan sahaja.  

Dan tatkala perasmian satu jambatan yang dinamakan Jambatan Bako hari ini 24 Februari 2019, mungkin kembar yang terpisah lama sudah boleh menampakkan sirna kerana Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari mengumumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM85 juta sebagai kos untuk membina Jambatan Buntal dan jalan akses sepanjang 8.5 kilometer dari Kampung Bako hingga ke Buntal.  Satu berita yang sudah tentu akan menggembirakan warga Bako dan Buntal serta kawasan sekitarnya.  

Hakikatnya, sudah lama kita ingin melihat pembangunan seperti ini agar segala jalinan jalanraya dan infrastruktur jambatan misalnya akan menjadi pemangkin kepada kepesatan ekonomi bagi perkampungan tradisi di luar pesisir Kuching.  

Sama-samalah kita tunggu perlaksanaannya kelak.  

#SarawakFirst 

BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) RM100


SETELAH mengetengahkan Bantuan Sara Hidup sebanyak RM100 bagi golongan bujang di Malaysia yang berkelayakan, hari ini Kementerian Kewangan Malaysia mengwar-warkan satu lagi bantuan yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi yang dinamakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) sebanyak RM100.  
Ianya akan mula disalurkan pada penghujung bulan Mac 2019 ini dengan menggunakan kad debit Bank Rakyat.   

Saturday, 23 February 2019

SUSPEK KES PENIPUAN 47 RAKYAT MALAYSIA DI CAMBODIA TELAH DITANGKAP


MISI membawa pulang 47 orang rakyat Malaysia yang ditahan tanpa bicara di Penjara Cambodia telah berjaya dilakukan dan kesemua kita bersyukur atas kejayaan ini.  Dalam pada itu, rakyat juga seia sekata meminta agar dalang kepada kes penipuan pekerjaan ini agar segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.  
Dan semalam menyaksikan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak memaklumkan bahawa seorang suspek sudahpun ditangkap dan bagi membantu siasatan, beliau sudahpun dikenakan tahanan reman sehingga 28 Februari ini.  Adalah dimaklumkan bahawa PDRM juga mempercayai aktiviti suspek bukanlah berseorangan sebaliknya mempunyai ramai kuncu-kuncunya di kalangan masyarakat tempatan Sarawak sendiri. Informasi daripada suspek utama itu akan menjadi pemangkin untuk memburu rakan-rakannya yang lain.  
Sejak kepulangan 47 rakyat Malaysia sehingga artikel ini ditulis sudah lebih daripada 23 laporan polis dibuat oleh mereka di seluruh negara. Kes penipuan pekerjaan ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan.