Monday, 17 June 2019

BSH - IKHLAS MEMBERI ATAU TIDAK






APA yang dititipkan di dalam artikel ini adalah beberapa gambar keadaan di Bank Simpanan Nasional, Serian pada hari ini kerana masih ramai rakyat di Sarawak yang belum menerima Bantuan Sara Hidup seperti yang dijanjikan. Dan episod BSN diserbu sebenarnya berlaku di seluruh Sarawak. Jika diteliti sejak BR1M dijenamakan semula menjadi BSH ada sahaja kesukaran yang dilalui oleh mereka yang berkelayakan untuk mendapatkannya.

Tiada sesiapa yang boleh menidakkan bahawa bantuan sedemikian rupa sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat. Namun sayangnya seperti kurang peka akan si pemberi dengan pelbagai alasan dan perubahan saat akhir. Mungkin ramai masih mengingati bagaimana ada pasangan suami isteri yang terpaksa “terduduk” di hadapan bank di Sibu kerana wang bantuan yang dijanjikan belum lagi dimasukkan ke akaun seperti yang dijanjikan. Sudahlah perjalanan daripada kawasan pedalaman di Sarawak sememangnya menuntut kos yang tinggi bagaimanalah pula mereka hendak kembali ke kampung halaman selepas itu kerana wang tidak mencukupi. Nasib baik ramai warga Sibu yang bermurah hati memberikan sumbangan untuk mereka pulang. Ini hanya satu cerita yang berjaya difokuskan sebelum menjelang hariraya aidilfitri yang lalu dan sudah pasti banyak lagi yang tidak dihebahkan.

Melihat kepayahan rakyat sebegini rupa terselit kesedihan di hati bagaimana rakyat sebenarnya dibuat seperti peminta sedekah. Adakah benar-benar ikhlas memberi atau sekadar hanya tidak mahu kehilangan undi dan kepercayaan daripada rakyat.

Kasihanilah rakyat yang kurang berkemampuan yang benar-benar memerlukannya. Tanpa mereka tidak juga si pemberi boleh berkuasa.


LUCY LINGGAM, PENGHULU WANITA KAUM INDIA PERTAMA SARAWAK


KAUM India di Sarawak sememangnya kaum minoriti di Sarawak namun keberadaan mereka sentiasa dihargai malah menjadi antara penyumbang ekonomi di Sarawak.  Dan semalam satu kronologi bersejarah telah dicipta tatkala seorang wanita “besi” dari kaum India Sarawak telah diangkat menjadi Penghulu Wanita pertama di Sarawak.
Puan Samba Bilaidom @ Lucy Linggam bukanlah satu nama asing di Sarawak kerana beliau yang berusia 67 tahun merupakan Presiden Persatuan Wanita India Sarawak (SIWA) sejak dahulu lagi.  Beliau turut merupakan ahli didalam Sarawak Women and Family Council dan ahli aktif di dalam Sarawak United People’s Party (SUPP).  Seorang isteri dan ibu serta nenek merupakan karier sepenuhmasa beliau tanpa sedikitpun menjejaskan semangatnya didalam memperjuangkan hak Kaum Wanita India dan menjadi jambatan perhubungan antara Kerajaan dan kaum tersebut.  
Lahir di dalam kaum India dan dibesarkan di dalam komuniti Cina menjadikan Puan Lucy seorang wanita yang “istimewa” dan dek kerana itulah beliau begitu fasih bertuturbicara di dalam beberapa dialek Cina di Sarawak. Dan sebagai seorang anak Sarawak, beliau turut telah lama terdedah dengan tradisi dan kebudayaan kaum-kaum di Sarawak yang pelbagai.
Sesungguhnya perlantikan Puan Lucy Linggam sebagai Penghulu Wanita India pertama di Sarawak adalah satu pengiktirafan besar oleh Kerajaan Sarawak untuk golongan wanita Sarawak amnya dan wanita India khususnya.  

Pautan penuh: https://dayakdaily.com/lucy-lingam-penghulu-wanita-kaum-india-pertama-di-sarawak/?fbclid=IwAR0uRb4qrzfUWne3XxilzurgmpDmFUtxiub4zs8Ju21EK1-RjU87-27EU88


Saturday, 15 June 2019

"KENAL HAZIQ DARI JAUH" TAPI ....



SEMAKIN rancak episod video tular yang melibatkan individu bernama Haziq Aziz yang mengaku beliaulah salah seorang daripada “pemain” di dalam video tersebut dan dirinya sudahpun dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam setelah ditangkap di KLIA ketika ingin menaiki penerbangan ke Manila dua hari yang lepas.

Dan di ketika panas dengan isu video tersebut dua hari lepas, individu yang didakwa mirip wajahnya di dalam video tersebut yakni seorang menteri kanan persekutuan telah disoal oleh pihak wartawan sejauhmana beliau mengenali Haziq Abdullah bin Abdul Aziz, Ketua AMK Cabang Santubong.  Lantas dijawab oleh Menteri Kanan tersebut bahawa dirinya hanya mengenali Haziq dari jauh kerana beliau adalah seorang anggota parti.

Pautan adalah seperti:


Dalam pada itu, semalam tular di media-media sosial Malaysia mengenai satu hantaran twitter milik Azmin Ali yang bertarikh 12 Jun 2014.  Ianya dikongsi di dalam laman-laman mukabuku pengikut kes video viral ini.  Di dalam hantaran twitter itu jelas menunjukkan bahawasanya apa yang dinyatakan oleh Azmin Ali dua hari yang lepas “bercanggah” sama sekali.

Pautan twitter adalah seperti berikut:


Bertitiktolak daripada twitter yang tular itu difahamkan ramai warganet sudah mula mempersoalkan keikhlasan Azmin Ali. Ini memandangkan jika dilihat kepada hantaran twitter sudah terbukti beliau begitu mesra dan amat mengenali rapat Haziq Abdullah.

Jadi, kita nantikan episod seterusnya memandangkan kes video tular ini masih lagi di dalam siasatan polis.  Manakala tiada sesiapa boleh menidakkan betapa warganet Malaysia akan terus menggali dan menggodek fakta bukan auta seperti “team CSI” selagi kes ini belum ternoktah. Yang pasti kita tidak mahu ada yang menipu di siang hari.

HAZIQ AZIZ BEBAS KE MANA-MANA



SETELAH melalui proses siasatan panjang akhirnya Haziq Abdullah bin Abdul Aziz, Ketua AMK Cabang Santubong dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 5.25 petang semalam.  Dalam pada itu turut dikatakan Haziq telah memberikan kerjasama yang memberansangkan kepada polis sepanjang siasatan diadakan.  

Biarpun beliau dibebaskan namun adakalanya kelak beliau harus kembali kepada polis bagi membantu siasatan kes video viral hubungan intim songsang yang tular baru-baru ini.  Difahamkan pasport antarabangsa Haziq Aziz tidak disekat maka beliau masih boleh ke luar negara jika beliau berkehendak.




DS AZMIN ALI AKAN DIPANGGIL POLIS



DALAM beberapa hari ini semenjak video hubungan intim tular di media sosial hanya nama Haziq Abdullah bin Abdul Aziz yang menghiasi suratkhabar dan laman-laman media warganet di Malaysia mahupun di luar negara.  Dan berdasarkan kepada komentar ramai juga rakyat yang tertanya-tanya apakah tiada proses siasatan dilakukan keatas individu yang seorang lagi seperti yang didakwa oleh Haziq Aziz di dalam video pengakuan beliau tempohari.  

Menurut Ketua Polis Negara iaitu Datuk Seri Abdul Hamid Bador ketika di satu acara di Kangar, Perlis tadi menyatakan bahawa pihak polis akan memanggil kesemua pihak yang terbabit bagi memberi keterangan dan ini termasuklah yang menuduh dan dituduh (Azmin) untuk membantu siasatan.  Beliau turut menyatakan bahawa siasatan juga akan menjurus samada video yang tular itu tulen atau tidak.

Pautan:


NIAT HAZIQ AZIZ MELARIKAN DIRI KE MANILA BERKECAI!



NIAT beliau mungkin untuk melarikan diri kerana tiket penerbangan disahkan menunjukkan destinasinya adalah Manila, Filipina namun niat tidak kesampaian kerana akhirnya Haziq Aziz, individu yang mengaku terlibat di dalam video intim songsang ditangkap oleh polis ketika berada di Balai Perlepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 6.00 petang semalam.

Difahamkan pada pagi tadi, Haziq Aziz telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan seperti apa yang dimaklumkan oleh peguamnya iaitu Ramesh Sivakumar kepada pemberita.  Dan satu jam yang lalu, Haziq telah dibebaskan dengan jaminan polis.



Dalam pada itu menurut pihak polis siasatan ke atas Haziq Abdullah bin Abdul Aziz, Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Santubong merangkumi empat kesalahan iaitu:

1. Seksyen 292 Kanun Keseksaan adalah berkaitan kesalahan menjual dan sebagainya buku-buku dan sebagainya, yang lucah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

2. Seksyen 504 ialah bagi kesalahan dengan sengaja mengaibkan atau dengan niat hendak membangkitkan atau memecah keamanan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

3. Seksyen 377B pula ialah bagi kesalahan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sakit kesalahan.

4.  Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia pula ialah kesalahan berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000, atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya, dan juga   boleh didenda selanjutnya RM1 bagi setiap kesalahan itu yang diteruskan selepas pensabitan.

Pautan:


Adalah diharapkan agar proses siasatan dan tindakan undang-undang ke atas Haziq Abdullah bin Abdul Aziz dijalankan dengan seadil-adilnya kerana kita sentiasa percaya akan keluhuran undang-undang di Malaysia. 

Thursday, 13 June 2019

RUMAH KELUARGA HAZIQ AZIZ DI KUCHING "DICEROBOH" POLIS




EPISOD video hubungan intim songsang semakin menarik apabila semalam kira-kira jam 5.30 petang dikatakan rumah ibubapa Haziq Aziz di Kuching "diceroboh" oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman. Menurut ayah Haziq, Abdul Aziz menyatakan serbuan sebegitu rupa menyebabkan beliau dan anggota keluarganya lain berada di dalam keadaan gemuruh. 


Sehubungan dengan kejadian tersebut, Encik Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis manakala Haziq Aziz dikatakan telah membuat hantaran di laman sosial dengan meminta pihak berkuasa "JANGAN GANGGU KELUARGA SAYA". 

Berita selanjutnya ada dipautan ini: