Friday, 13 December 2019

CUTI TAMBAHAN KRISMAS 26/12 SATU BERITA PALSU


TULAR di media sosial mengenai konon-kononnya Kerajaan Sarawak memberikan cuti tambahan bersempena perayaan Krismas iaitu pada tanggal 26 Disember 2019.  Dimaklumkan bahawa ianya adalah BERITA PALSU semata-mata.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Harap maklum.


SARAWAK UMUM BANTUAN KHAS PESAKIT BUAH PINGGANG


KITA begitu maklum akan betapa  peritnya para pesakit buah pinggang sememangnya memerlukan dana yang banyak untuk rawatan perubatannya.  Prihatin terhadap beban yang ditanggung di kalangan rakyat Sarawak yang menghidapi sakit buah pinggang, semalam Kerajaan Negeri Sarawak di dalam mesyuarat kabinet telah meluluskan apa yang dikenali sebagai BANTUAN KHAS PESAKIT BUAH PINGGANG  


Bantuan ini adalah berbentuk bantuan klinikal yang mana ianya meliputi seperti berikut:

1. RM3,000 sekali beri untuk pemasangan Arteriovenous Fistula (AF);
2. RM240 sebulan untuk suntikan Erythropietin (EPO);
3. Maksima RM200 untuk setiap sesi hemodialisis;
4.  Maksima RM2,800 sebulan untuk pesakit mengambil Continuos Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) sekiranya tiada slot untuk rawatan hemodialisis.


Selain itu, Kerajaan Sarawak turut memberikan bantuan sokongan iaitu seperti berikut:

1.  Penempatan 30 mesin hemodialisis yang baharu secara berperingkat di dalam tempoh lima tahun (enam mesin setahun);
2.  RM50 untuk bantuan pengangkutan bagi setiap sesi rawatan (keutamaan kepada pesakit luar bandar);
3. Bantuan transplan sebanyak RM5,000 untuk kos penginapan RM5,000 untuk kos penginapan dan pengangkutan bagi pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur. 


Syarat untuk pesakit buah pinggang mendapatkan bantuan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Sarawak tanpa mengira umur yang tergolong di dalam kumpulan B40 dan M40;
2. BUKAN penjawat dan pesara awam;
3. BUKAN pencarum PERKESO

Sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan ini silalah berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) kerana ianya akan berkuatkuasa mulai tahun 2020.  

Pautan berita penuh:


Sekali lagi Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak telah mengambil satu langkah ke hadapan bagi memastikan kebajikan rakyat Sarawak sentiasa dijaga lebih-lebih lagi untuk golongan yang kurang berkemampuan serta di dalam musibah kesakitan.  

Terima kasih Kerajaan Negeri Sarawak dan GPS kerana prihatin akan untung nasib rakyat.  

#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST

LONG TANYIT, SUNGAI LINAU DITERANGI CAHAYA


TIADA kata mampu diucapkan tatkala melihat satu persatu kawasan pedalaman di Sarawak sudah diterangi cahaya lampu apabila malam menjelma.  Satu perjalanan yang cukup panjang malah penuh kesabaran untuk rakyat di Long Tanyit, Sungai Linau, Murum Belaga apabila semalam sudah mula diterangi dengan cahaya lampu elektrik.  

Di bawah Sarawak Alternative Rural Electricification Scheme (SARES) Fasa 4 yang merupakan projek inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak akhirnya ia mampu direalisasikan.  Buat masa sekarang projek SARES ini hanya menerangi Long Tanyit namun begitu Long Liden serta Long Abit akan menikmati bekalan elektrik selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2020.  

Teruskan berbakti kepada masyarakat yang nescaya rakyat akan mengenangnya sampai bila-bila. Syabas ADUN Murum iaitu YB Kennedy Chuk Pai Ugun.  Terima kasih Kerajaan Negeri Sarawak dibawah pemerintahan Gabungan Parti Sarawak.  


#IAMSARAWAKIAN
#GPS
#SARAWAKFIRST


Kredit Gambar:  Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Murum

Thursday, 12 December 2019

BAYAR DULU 5% CUKAI JUALAN PETROLEUM, YANG LAIN CERITA KEMUDIAN


EKORAN daripada adanya keinginan Persekutuan untuk menjual kepentingannya di dalam Petronas kepada Sabah dan Sarawak adalah sesuatu yang diluar jangkaan namun begitu jika melihat kepada tindakan Persekutuan semenjak dipegang oleh Pakatan Harapan sememangnya menyaksikan satu persatu aset-aset kerajaan dijual jadi ianya tidaklah begitu mengejutkan.   

Mengulas isu itu, Dato Idris Buang yang juga Ketua Penerangan PBB dan merangkap ADUN Muara Tuang turut mempunyai pandangan beliau sendiri.  Menurut beliau apa yang penting sekarang adalah Petronas harus membayar dahulu 5% cukai jualan petroleum yang mereka belum dibayar kepada Sarawak.  Ini kerana tiada kompromi bilamana isu cukai adalah hak Kerajaan Sarawak yang telah dilanggar.  Hanya selepas segalanya diselesaikan baharulah Sarawak boleh mempertimbangkan untuk pilihan yang lain.  

Selain itu menurut Dato Idris, tawaran untuk menjual kepentingan Petronas kepada Sarawak adalah satu tawaran yang menarik dan harus dipertimbangkan sebaik mungkin oleh Kerajaan Sarawak.  Namun begitu andaikata Sarawak membeli maka bukanlah hanya sekadar membeli sahaja sebaliknya wakil-wakil Sarawak harus ada di dalam lembaga pengarah Petronas yang mempunyai kuasa pemutus (decision making) dan bukannya sekadar untuk memanaskan kerusi mesyuarat sahaja.  

Berbicara dari segi kenyataan CEO Petronas yang mengatakan adalah mustahil untuk Petronas mampu membayar 20% royalti minyak kerana keuntungan mereka sedikit, ianya adalah HANYA SATU ALASAN sahaja kerana jika diambilkira apa yang diberikan oleh Petronas kepada Persekutuan pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM82 bilion boleh pula mereka adakan.  Dari hanya satu perbadanan kecil dan sekarang sudah tersohor di mata dunia, Petronas seharusnya “membalas budi” Sarawak yang mana hasil buminya dipunggah oleh mereka lebih 40 tahun untuk memantapkan organisasi mereka.

Sebagai satu entiti kerajaan seperti Petronas termasuk Kerajaan yang sedang bertakhta di Putrajaya sekarang seharusnya sudah tahu perbezaan pembangunan antara Sarawak dan Malaya amatlah jauh dan adalah menjadi kewajipan kepada mereka untuk memastikan bahawa pembangunan Sarawak, Sabah dan Malaya harus berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.  

Lagipun jika diikutkan pihak Petronas mahupun Putrajaya seharusnya sudah mengetahui bahawa kesemua ini adalah mengikut apa yang ada di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Antara Kerajaan (IGC) yang menjadi nadi kepada pembentukan Malaysia. OMO 1958 adalah termaktub di dalam undang-undang Sarawak.  Sebagai satu kerajaan yang baik mereka janganlah buat-buat lupa bahawa sebarang hasil bumi daripada sebuah negara yang merdeka tertulis di dalam undang-undang antarabangsa seperti Resolusi 1803 (XVII) United Nations pada tanggal 14 Disember 1962 yang menyatakan ketetapan untuk satu negara yang merdeka mempunyai kuasa keatas sumber hasil buminya.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, isu pembayaran 5% cukai jualan Petroleum masih lagi belum menemui noktah kerana Petronas masih berdegil enggan membayar.  Untuk itu, Sarawak sudahpun menyaman Petronas untuk tuntutan pembayaran yang mana menyaksikan Sarawak dan Petronas akan bertembung di mahkamah kelak.  Setakat ini kesemua syarikat yang beroperasi di Sarawak sudahpun membayar 5% cukai jualan petroleum seperti yang dikuatkuasakan MELAINKAN PETRONAS.

Jika Putrajaya ingin menjual kepentingan di dalam Petronas kepada Sabah dan Sarawak kerana konon-konon gagal untuk menunaikan janji memberikan royalti 20% minyak kepada kedua-dua negeri ini janganlah pula Petronas menggunakan isu ini untuk mengelak membayar cukai jualan kepada Sarawak.  Hak tetap hak.  

#IAMSARAWAKIAN
#SarawakFirst 

JUAL PETRONAS KEPADA SS BAGAI MENYURUH PEMILIK MEMBELI HARTA SENDIRI


DEK kerana untuk membayar hutang yang ditanggung negara sekarang, ada ura-ura daripada Kerajaan Persekutuan untuk menjual kepentingan kerajaan di dalam Perbadanan Petroleum Nasional (Petronas) kepada dua negeri yang mana sumber minyak dan gas itu paling banyak digodek selama 43 tahun kebelakangan.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed menyatakan bahawa hak menjual kepentingan itu adalah hak Kerajaan dan ianya sekaligus memberikan situasi menang-menang kepada Sabah dan Sarawak di dalam kegagalan Kerajaan memenuhi tuntutan 20% royalti minyak seperti yang tertulis di dalam manifesto PH pada PRU-14 yang lepas.


Pautan berita penuh:


Mengulas isu itu, Ahli Parlimen Santubong iaitu Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar menyatakan bahawa apa yang dicadangkan oleh Persekutuan itu adalah sesuatu yang pelik dan ianya adalah seumpama memaksa si pemilik harta membeli hartanya sendiri.  Selama ke hari ini di Sabah dan Sarawaklah pengeluar utama minyak dan gas yang dijadikan penjana ekonomi negara Malaysia.  

Dan beliau turut menambah tidaklah semudah itu pihak Kerajaan boleh melakukan penjualan pegangan mereka kerana persetujuan daripada negeri pengeluar utama harus diadakan.  Andaikata mereka cuba untuk menjual kepentingan kepada orang luar maka adalah menjadi hak Sabah dan Sarawak memohon injuksi mahkamah bagi menghalang hal seperti itu berlaku.  

Berbicara mengenai isu CEO Petronas yang mengwar-warkan bahawa Petronas tidak mendapat jumlah keuntungan yang sepatutnya sehingga adalah mustahil untuk memberikan 20% royalti kepada Sabah dan Sarawak, DS Wan Junaidi menyarankan agar Petronas itu diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk mengurustadbirnya kerana sudah tampak bahawa mereka gagal.  

Tambah DS Wan Junaidi lagi, andaikata Petronas bertukar tangan kepada Sabah Sarawak maka bersedialah untuk kerajaan Persekutuan menerima 5% royalti sepertimana apa yang mereka lakukan kepada negeri-negeri pengeluar sejak tahun 1970an dahulu.  

Pautan berita seperti berikut:


Hakikatnya apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan sekarang adalah semata-mata untuk menutup mulut Sabah dan Sarawak agar tidak menuntut janji yang mereka sendiri adakan.  Dan Petronas yang semakin susut nilai sejak kebelakangan ini dijadikan “kambing hitam” bagai tikar buruk yang tidak berguna setelah selama ke hari ini memboncetkan kantung Malaya.

Begitulah ceritanya si “pencuri” yang mencuri di siang hari akhirnya cuba menjual “harta curi” kepada yang kena curi selama 43 tahun secara professional.  Kita mengharapkan agar ada ketegasan di dalam hal ini.  Eboh kenak bulak lagik!


#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKFIRST 

Tuesday, 10 December 2019

PETRONAS JADIKAN RAKYAT SARAWAK SEBAGAI WARGANEGARA KELAS KEDUA DI MALAYSIA


TIGA hari yang lepas iaitu pada 7hb Disember 2019, CEO Petronas mengeluarkan kenyataan mengapa dan kenapa Petronas tidak mampu memberikan 20% royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia.  Menurut Tan Sri Wan Zulkiflee bin Wan Ariffin menyatakan bahawa Petronas hanya mendapat untung 3.7% daripada jumlah pengeluaran minyak setelah ditolak kos pengeluaran, royalti minyak dan gas di Malaysia.  

Pautan berita penuh seperti berikut:

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/12/07/petronas-ceo-explains-why-20pc-oil-royalty-to-state-govts-not-possible/1816958

Mengulas isu tersebut, Ahli Parlimen Batang Sadong iaitu Yang Berbahagia Dato Seri Hajjah Nancy Syukri menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Petronas kerana menurut beliau, Tan Sri Wan Zulkiflee sepatutnya mengetahui akan kedudukan kewangan dan kos operasi Petronas di Malaysia.  Namun hakikatnya yang berjanji akan pemberian 20% royalti minyak BUKANLAH Petronas tetapi Kerajaan Pakatan Harapan seperti yang tertera di dalam manifesto mereka pada PRU Ke-14 yang lalu.  

Malah menurut DS Nancy, YB Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak sendiri berjanji bahawa andainya Pakatan Harapan berjaya menakluki Putrajaya maka pemberian 20% royalti minyak beserta 50% perolehan cukai dikembalikan kepada Sarawak TANPA SYARAT.  

Tambah MP Batang Sadong lagi berdasarkan kepada data-data yang dikumpulkan sebelum ini menunjukkan bahawa semenjak dari tahun 1976 hingga 2017, jumlah yang telah digodek dari hasil minyak di Sarawak oleh Petronas adalah sebanyak RM660 bilion dan sepanjang waktu itulah jumlah keseluruhan yang diberikan kepada Sarawak HANYALAH RM33 BILION.    

Pautan berita penuh seperti berikut:


Mana mungkin Sarawak boleh menerima kenyataan ini yang mana sudah jelas sekali Petronas melalui Malaya membuli rakyat Sarawak seperti warganegara Malaysia kelas kedua.  Rakyat Sarawak adalah pemilik hasil maksum yang digodek dari bumi Sarawak hanya untuk KEPENTINGAN PETRONAS DAN MALAYA sahaja.

Malah ketika Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan Putrajaya, begitu mudah Petronas menyalurkan dana RM30 bilion kepada Persekutuan seperti pada belanjawan 2020 yang lepas.  SARAWAK DAPAT APA?????

Yang berjanji bulan bintang itu Pakatan Harapan, mengapa Petronas yang harus tampil membela “tuan” mereka!!!

3 BUAH KERETA TERBAKAR SERENTAK DI PERUMAHAN JALAN KUCHING CITY MALL


KEJADIAN tiga buah kereta terbakar serentak yang diparkir di sebuah rumah berdekatan Jalan Kuching City Mall mengejut penduduk yang sedang nyenyak tidur awal pagi tadi.  Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 pagi menyebabkan Bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi memadamkan api.  

Sehingga kini kejadian ini masih lagi siasat.  

Pautan berita penuh: