Wednesday, 19 February 2020

PINDA PERKARA 16 PERLEMBAGAAN SARAWAK PENTING UNTUK LINDUNGI NEGERI DARI PENGARUH NEGATIF LUAR


SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua itulah kata bidalan yang dilontarkan oleh YB Datuk Seri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak yang juga ADUN Dalat.  Menurut beliau apa yang cuba dilakukan oleh mantan ADUN Pujut yang hilang kelayakan ADUN baru-baru ini menjadi titik permulaan bagaimana seseorang individu itu cuba menyembunyikan kerakyatannya hanya kerana untuk bertanding biarpun hakikatnya dia adalah anak tempatan tetapi telah menukar kerakyatannya kepada negara lain sebelum kembali semula ke Sarawak.  

Mengulas isu cadangan Ketua Penerangan PBB iaitu Dato Idris Buang yang telah mengesyorkan untuk pada sidang DUN akan datang akan ada pindaan dibuat ke atas Perkara 16 Perlembagaan Sarawak, bagi DS Fatimah ianya adalah munasabah dan perlu dilihat sebaik mungkin.  Ini kerana menurut beliau berdasarkan trend politik masa semasa, pindaan itu kelak akan dapat melindungi negeri Sarawak dari pengaruh negatif luar.  

Tambah beliau biarpun tiada isu mengenai pemilihan calon ADUN sejak dari dahulu lagi kerana sememangnya sudah menjadi keutamaan untuk Sarawak meletakkan calon anak Sarawak yang berasal dari kawasan yang bakal diwakili mereka dalam pada itu perlu ada terma yang mengkhusus untuk makna pemastautin agar ianya tidak semudah itu diputarbelit oleh sesetengah pihak atas nama survival politik.  

Pautan berita penuh:


Berdasarkan kepada dua kenyataan silih berganti daripada dua ADUN Sarawak dalam beberapa hari ini jika difikirkan sememangnya apa yang dicadangkan itu sebenarnya satu keperluan untuk Sarawak itu sendiri.  Mana mungkin kita membenarkan mereka yang bukan benar-benar berhati Sarawak untuk menjadi suara anak Sarawak di dalam DUN. Selain itu ada bezanya menukar kerakyatan dengan taraf pemastautin tetap.  

Biarlah tinggal beribu batu dari tanah kelahiran atas nama mencari rezeki tetapi tidak begitu mudah seseorang itu untuk menukar kerakyatan kerana rasa cinta dan semangat keMalaysian itu penting jika benar-benar berjiwa patriotik telahan lagi jika seseorang itu hendak menjadi seorang pemimpin.  Jangan kita pernah biarkan pisang berbuah dua kali. Bila-bila masa sahaja akan ada yang mengambil kesempatan atas terma yang longgar.

#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKKUSAYANG
#SARAWAKFIRST 

2 KES DISYAKI COVID-19 LIBAT RAKYAT MALAYSIA DI SARAWAK (19/2/2020)


SEKTARIAT Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan ada dua kes baharu disyaki Covid-19 di Sarawak hari ini yang mana kedua-duanya melibatkan rakyat Malaysia.  Kes tersebut adalah masing-masing satu di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri.  

Setakat 10 Januari hingga ke hari ini 19/2/2020 ada 99 kes dilaporkan di Sarawak dan 92 kes dibuktikan negatif manakala tujuh lagi masih menunggu keputusan ujian darah.  

Pautan berita penuh:



Tuesday, 18 February 2020

PUTRAJAYA MUNGKIR JANJI BAIKPULIH SEKOLAH DAIF DI SARAWAK


RM1 bilion hutang Sarawak kepada Persekutuan harus dibayar dahulu baharulah sekolah-sekolah daif di Sarawak akan dibaikpulih.  Itu merupakan terma yang diminta oleh Persekutuan bagi menyelesai isu sekolah-sekolah daif di Sarawak.  Mengenang nasib anak-anak Sarawak yang belajar di dalam situasi yang tidak menyenangkan biarpun hutang Sarawak selama ke hari ini dibayar mengikut jadual malah tidak pernah tertunggak ditambahlagi hutang itu adalah terma yang dijanjikan di dalam Perlembagaan makanya Kerajaan Sarawak dibawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg membenarkan pembayaran hutang tersebut “in advance” iaitu secara tiga kali bayaran yang mana setakat ke hari ini sudah dibayar RM700 juta kesemuanya.  

Namun mungkin sudah menjadi lumrah satu kerajaan yang sering membuat pusingan “U” telahan lagi janji manifesto itu bukan satu kitab suci akhirnya janji untuk membaikpulih sekolah daif di Sarawak walau sudah dibayar TETAP HANYA JANJI MANISMU seumpama menanam tebu di tepi bibir.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, DP Abang Johari ketika berucap di Program “Kolokium Keagungan Quran” di Kuching hari ini, tiada satupun sekolah daif di Sarawak yang dibaikpulih oleh Persekutuan seperti janji mereka dahulu. Ianya adalah sesuatu yang mengecewakan kerana hakikatnya yang menjadi mangsa adalah pelajar-pelajar sekolah di Sarawak.  

Pautan berita penuh:

PINDA PERKARA 16 PERLEMBAGAAN SARAWAK, HANYA WARGA SARAWAK LAYAK MENJADI CALON ADUN


BERIKUTAN kes mantan ADUN Pujut yang dilucutkan kelayakannya menjadi ADUN kerana mempunyai dua kewarganegaraan baru-baru ini terus menjadi bualan rakyat Sarawak.  Ada pelbagai komen yang dilontarkan oleh netizen dengan bermacam-macam pendapat yang mempersoalkan kewajaran membenarkan “orang asing” menjadi wakil rakyat di Sarawak.  Dan tidak kurang juga yang agak terbuka menginginkan agar siapa sahaja tidak kura “orang luar” sekalipun berhak untuk bertanding menjadi calon ADUN di pilihanraya negeri Sarawak.   

Mengulas isu itu, Dato Idris Buang yakni Ketua Penerangan PBB yang juga ADUN Muara Tuang mempunyai pandangan yang berbeza.  Menurut beliau apa yang terkandung di dalam Perkara 16 Perlembagaan Sarawak wajar dipinda kerana ianya tidak mengikut gaya politik Sarawak sekarang.  

Tambah beliau makna “pemastautin” yang dirujuk di dalam Perkara 16 Perlembagaan Sarawak itu terlalu longgar kerana tidak menyatakan dengan mengkhusus tempohmasa seseorang itu dibenarkan untuk bertanding.  Perkara 16 Perlembagaan Sarawak menyatakan “"Setiap warganegara berusia atau lebih 21 tahun pemastautin di Negeri adalah layak untuk dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri, melainkan jika dia dibatalkan kelayakan menjadi ahli oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan ini atau oleh mana-mana undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 17."

Dek kerana itulah beliau mengesyorkan agar pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan datang ada satu pindaaan rang undang-undang bagi memperjelaskan dengan lebih mendalam maksud “pemastautin” yang dibenarkan untuk bertanding sebagai calon ADUN.  Bagi Dato Idris Buang ini perlu kerana kita tidak mahu adanya fahaman politik yang melampau dibawa masuk ke Sarawak dan tidak sesekali bukan bermakna gentar untuk menghadapi sesiapa sebaliknya hanya yang betul-betul anak Sarawak sahaja layak mewakili suara rakyat Sarawak.

Pautan berita penuh:

Monday, 17 February 2020

SINGAPURA KUATKUASA NOTIS JANGAN KELUAR RUMAH BAGI PENDUDUK SINGAPURA DAN PEMEGANG PAS JANGKA PANJANG


KERAJAAN Singapura akan kuatkuasakan Notis Jangan Keluar Rumah bagi penduduk Singapura dan pemegang pas jangka panjang yang mempunyai sejarah perjalanan dari China. Di bawah penguatkuasaan ini, penduduk langsung tidak dibenarkan keluar dari rumah walaupun untuk membeli makanan mahupun perkakas rumah. Penguatkuasaan akan bermula hari ini, 18/2/2020 bermula jam 11:59 malam.

Pautan berita penuh:


RAKYAT MALAYSIA PERTAMA SEMBUH DARI COVID-19 DI MALAYSIA


HARI ini 17/2/2020 kita menerima perkhabaran gembira berkenaan kes positif Covid-19 di Malaysia.  Kementerian Kesihatan Malaysia baharu sahaja mengumumkan yang kes-9 iaitu seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun disahkan sembuh dari jangkitan Covid-19 dan telah dibenarkan pulang.  Secara kumulatifnya telah sembilan kes berjaya disembuhkan oleh petugas-petugas kesihatan di Malaysia yang mana melibatkan lapan warga China dan terkini seorang rakyat Malaysia.   

Pautan berita penuh:


Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada petugas-petugas kesihatan kita di seluruh Malaysia yang tanpa mengenal penat lelah malah bergadang nyawa mereka sendiri bagi membasmi wabak ini terus menular di negara kita.  

KERAJAAN SARAWAK AKAN TERUS IKTIRAF UEC


IANYA adalah polisi yang telah diambil oleh Allahyarham Tok Nan sewaktu pemerintahannya dan akan tetap diteruskan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.  Pengiktirafan Unified Education Certificate di sekolah vernakular itu perlu kerana ianya diiktiraf untuk melanjutkan pelajaran di Singapura malahan juga di Amerika Syarikat.  

Tambah Ketua Menteri Sarawak Abang Johari, ramai anak-anak Bumiputera di Sarawak yang turut belajar di sekolah vernakular jadi tiada isu hal sedemikian di Sarawak.  


Pautan berita penuh: