Sunday, 8 March 2020

DATO SERI AZAM BIN BAKI, KETUA PESURUHJAYA SPRM YANG BAHARU


BERKUATKUASA 9 Mac 2020, Dato Seri Azam bin Baki dengan rasminya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu.  Perlantikan beliau telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694.  

Pautan kenyataan akhbar seperti berikut:

https://www.pmo.gov.my/2020/03/perkhidmatan-ketua-pesuruhjaya-suruhanjaya-pencegahan-rasuah-malaysia-3/ 

MALAYSIA CATAT KUMULATIF 99 KES POSITIF COVID-19 (8/3/2020)


\GELOMBANG kedua penularan Covid-19 di Malaysia telah mencecah angka 99 kes hari ini apabila enam kes baharu disahkan positif. Menurut KKM, dari 99 kes setakat hari ini 18 kes adalah didapati daripada pesakit dibawah PUI dan 79 kes lagi menerusi contact langsung manakala dua kes pula melibatkan kakitangan kesihatan.   

Pautan berita penuh:


LGE KECEWA? PEDULI APA!


LIM Guan Eng kecewa.. begitulah luahan rasa ucapan mantan menteri kewayangan dari DAP yang berada di Kuching untuk satu acara semalam.  Kekecewaan itu adalah disebabkan oleh keputusan Gabungan Parti Sarawak yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Tun M yang berada di kuartet mereka.  Tambah beliau lagi, GPS sebagai pencatur utama sepatutnya memihak kepada mereka daripada menyokong Perikatan Nasional yang berkuasa sekarang.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Apakah LGE lupa bahawa segala yang berlaku selama lebih dua minggu adalah kerana tindakan gabungan Pakatan Harapan sendiri.  Mengapa pula GPS yang hendak disalahkan.  Dasar ahli politik yang bagai telunjuk lurus kelingking berkait yang mana konon-konon nampak baik untuk mengajar kita tetapi hakikatnya punya agenda tersendiri untuk mengekalkan kuasa.  Lim Guan Eng sepatutnya hampir dua tahun setengah diberikan kepercayaan memerintah negara usahlah lagi bermain dengan “blaming game” memanjang.  Akhirnya rakyat sendiri bosan kerana sehingga saat akhir mereka memerintah tiada yang mampu mereka jelmakan dengan ekonomi yang kian merudum dan rakyat dianaktirikan dengan kos hidup yang semakin tinggi.  

Seperti yang kita ketahui bukanlah rahsia bagaimana LGE selama berkuasa di tampuk Putrajaya memandang Sarawak sipi-sipi sahaja.  Sarawak akan muflis tiga tahun lagi..itu perkiraan seorang “akauntan bertauliah” apabila Sarawak menggunakan bajet sendiri untuk memastikan pembangunan Sarawak terus ke hadapan.  Serangan demi serangan beliau lakukan dengan pertolongan kuartet DAP Sarawak dibawah pimpinan Chong Chieng Jen yang “yes bos”.  Hakikatnya apakah pula yang PH bawa untuk Sarawak sepanjang memerintah Putrajaya boleh dikatakan tiada.  

Lebuhraya Pan Borneo dijadikan modal mereka untuk bermain politik sehingga banyak projek infrastruktur seperti jambatan dengan begitu mudah mereka batalkan sedangkan ianya penting untuk menghubungkan jalan pesisir dengan lebuhraya itu kelak.  Kedaifan sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak dijadikan modal oleh beliau untuk memaksa Sarawak membayar hutang in advance sedangkan itu adalah fungsi persekutuan.  Sudah dibayar duitnya tetapi ada lagi banyak bunyi bagi menidakkan ianya dibaiki sehingga mengeluarkan kenyataan kontra antara Menteri Kewangan dengan Menteri Kerjaraya pada masa itu.  

Semasa di tampuk pemerintahan begitu meninggi langit dengan jawatan.  Namun beliau lupa bahawa hidup ini umpama roda, kadang-kadang di atas kadang-kadang di bawah.  Bila sudah jatuh ke bawah sekarang pandai pula meminta GPS memberikan mandat untuk mereka seperti apa yang dilakukan oleh Chong Chieng Jen, DAP Sarawak yang akan memberi ruang consensus kepada GPS dengan syarat GPS menyokong Tun M dan PH kekal berkuasa.  GPS dan penyokongnya tidaklah bodoh untuk mengiyakan permintaan DAP yang terkenal dengan lidang bercabangnya.  

Yang pasti GPS sudah menjalankan tanggungjawabnya demi negara dan keputusan pemilihan TSMY adalah hak Yang Dipertuan Agong.  LGE hendak kecewa lantaklah kerana itu kenyataan dari mereka yang kalah.  Rakyat Sarawak sudah tentu tahu menilai siapa yang benar-benar memperjuangkan untung nasib Sarawak dan bukan sesekali dengan janji tong kosong seperti puak PH termasuk DAP itu sendiri.  

Peribahasa kita ada menyebut.. bila sudah terbang tinggi di langit, JANGAN PERNAH LUPA RUMPUT DI DARATAN.  Begitulah juga untuk LGE dan kuartetnya.  GPS TIDAK PERNAH MENJUAL DIRI UNTUK KEKAL BERKUASA! Yang pasti segala keputusan diambil untuk kepentingan negara TANPA GPS leka akan perjuangan hak-hak Sarawak.  Buktinya biar dipinang untuk bersama di dalam jemaah menteri sendiri sekarang, GPS TETAP ADA TERMA DAN SYARATNYA!  SIK GILA KUASA you oo you…

Katakan TIDAK untuk DAP, DAHULU, KINI DAN SELAMANYA!

Saturday, 7 March 2020

3 SYARAT GPS SERTAI KABINET PN+GPS


MALAYSIA sudah melalui kecelaruan politik dek dua minggu yang lepas dan menyaksikan Gabungan Parti Sarawak menjadi penentu untuk memilih siapakah yang sewajarnya untuk diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Bukan lagi rahsia bahawasanya GPS telah memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dek kerana tiada majoriti makanya YDP Agong sendiri memilih TSMY menjadi PM ke-8 Malaysia yang baharu.  

Dalam pada itu beberapa hari ini telah disahihkan bahawasanya Perikatan Nasional yang dianggotai oleh Muafakat Nasional + Barisan Nasional + PPBM telah meminang GPS untuk bersama-sama menyertai barisan kabinet Malaysia yang baharu.  Hal ini telah disahkan oleh KM Abang Jo sendiri dan ternyata pinangan itu telah diterima oleh GPS.  Bukan menerima sembrono sebaliknya mempunyai syarat yang tertentu.  

Tiga syarat yang dikenakan oleh GPS adalah seperti berikut:

1.  Hak-hak Sarawak yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 hendaklah diakui oleh Perikatan Nasional.  Ini bermakna mereka sebagai pemerintah pusat sekarang haruskah mengembalikan yang “hilang” dan “terhakis” serta mengangkat kembali hak-hak tersebut.  

2.  Segala undang-undang Sarawak yang berkaitan dengan isu minyak dan gas haruslah diakui.  Ini bererti Kerajaan PN harus mengiktiraf segala ordinan yang digunapakai oleh Sarawak di dalam hal minyak dan gasnya seperti OMO 1958, 5% SST Produk Petroleum dan Gas dan sebagainya.

3.  Sarawak melalui GPS hanya sebagai RAKAN PN dan bukannya pembentuk PN.


Pautan berita penuh:


Boleh dikatakan apa yang dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sarawak yakni Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari ini menunjukkan bahawa GPS sentiasa berpegang kepada janji iaitu MENDAHULUKAN SARAWAK di dalam segenap segi, jauh sekali gilakan kuasa di peringkat pusat. Apalah guna kuasa dan pangkat di Persekutuan andaikata hak-hak Sarawak tidak diiktiraf dan dilaungkan.  Lahir sebagai satu parti politik yang neutral itu lebih baik daripada seperti bersama BN dahulu.  Sekaligus membuktikan bahawa GPS bukan “ULUN MALAYA” seperti pihak pembangkang yang cuba dodoikan kepada rakyat Sarawak.  

Persoalannya sekarang, adakah PN akan bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan lebih-lebih lagi syarat pertama dan kedua? Dan andainya setuju siapakah individu politik dari Sarawak yang akan membawa suara rakyat Sarawak di barisan jemaah menteri kelak?  Dan apakah portfolio yang bakal diberikan kepada Sarawak pula?  Kita biarkan TSMY membuat perhitungan yang terbaik untuk Malaysia sepertimana GPS memberikan sokongan kepada beliau atas nama DEMI NEGARA MALAYSIA YANG STABIL.  


Saturday, 29 February 2020

SOKONG TUN M PM KE-8 TIDAK BERMAKNA SERTAI PKR -DS RICHARD RIOT-


DUA hari ini kita didendangkan dengan perkhabaran bahawa Ahli Parlimen Serian iaitu Datuk Seri Richard Riot Jaem menyertai Parti Keadilan Rakyat seperti yang diwar-warkan oleh pemimpin PKR di dalam laman media sosial mereka.  Dan telah disahkan bahawa DS Richard masih setia bersama SUPP dan GPS serta beliau turut mengatakan tidak pernah terfikir untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Menurut DS Richard, beliau mengaku bahawa beliau antara ahli Parlimen yang menyokong Tun M untuk menjadi PM ke-8 kerana tidak bersetuju dengan PAS yang ada di blok Tan Sri Muhyiddin Yassin.  

Pautan berita penuh:

DAP SARAWAK MERAYU GPS SOKONG PH!


BERAPA banyak sudah kata makian dan hamburan kesat belum lagi mencucuk rakyat Sarawak yang berbilang bangsa untuk berkelahi sesama sendiri itulah antara modus operandi DAP di Sarawak. Namun DEMI MEMPERTAHANKAN KUASA yang mungkin hilang bila-bila masa, Pengerusi DAP Sarawak yang sudah tentu mewakili team sekapalnya di Malaya iaitu YB Chong Chieng Jen hari ini sanggup tunduk dan memberikan konsesi kepada GPS ASALKAN GPS menyebelahi mereka.  

Setelah tinggal nyawa-nyawa ikan di dalam memastikan kekuasaan mereka di Parlimen Malaysia dengan beralasan untuk jangan sesekali GPS menyertai parti politik yang kleptrokrasi dan berfahaman agama ekstrem maka adalah wajar untuk GPS menurut Chong bersama PH.  

Pautan berita penuh:



Begitulah Chong yang sanggup menjilat ludah sendiri biarpun selama ke hari ini siapa tidak kenal dengan sikap dan aksi dia dan seluruh kumpulannya di Sarawak.  Usahlah cuba memutarbelit kenyataan “untuk negara” konon sedangkan dua tahun lebih memegang jawatan di Persekutuan, apa yang Chong dan kuartetnya lakukan untuk Sarawak terutama sekali mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak selama ke hari ini! Yang Chong tahu MENGIPAS TUANNYA di Malaya!

We can forgive but CAN’T FORGET! Say No To DAP!

Friday, 28 February 2020

TUN M vs MUHYIDDIN: GPS SOKONG SIAPA?


EPISOD kekalutan politik di Malaysia berterusan lagi hari ini apabila Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan media dengan membuat pusingan 360 darjah menyokong semula Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Manakala di pihak Tun M pula menyatakan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kemnya sudah terbelah dua iaitu ada yang menyokong Tun M dan pihak yang satu lagi menyokong Tan Sri Muhyiddin bagi mengemudi Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.  

Sekarang dunia memfokuskan apakah pula keputusan dua wilayah Malaysia di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.  Warisan dan GPS yang mengemudi pemerintahan di kedua-dua wilayah ini mempunyai kata putus kerana mempunyai sembilan dan 18 kerusi di Parlimen Malaysia.  Sebelumnya Warisan dan GPS telah mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menoktahkan kemelut politik di Malaysia atas nama negara Malaysia didahulukan.  Namun Tun M sendiri yang berdegil dengan pelbagai alasan ditambah tiada sokongan daripada Muafakat Nasional ternyata beliau sendiri tersepit di dalam permainannya sendiri seperti yang kita lihat sekarang.  

Menurut Ketua Penerangan PBB Sarawak iaitu Dato Idris Buang yang juga ADUN Muara Tuang, beliau mempunyai pendapat peribadi mengenai sokongan ke atas Tun Mahathir ataupun TS Muhyiddin.  Bagi beliau sesiapa sahaja calon Perdana Menteri yang bersama DAP di dalam kumpulannya sewajarnya JANGAN DISOKONG! Itulah prinsip yang seharusnya digunapakai oleh GPS kerana kita sendiri mengetahui bahawa Tun M dan Lim Guan Eng adalah antara individu politik yang tidak memberi kerjasama tatkala Sarawak memperjuangkan hak-haknya seperti Perjanjian Malaysia 1963, 5% cukai jualan produk Petroleum, Kanun Tanah Sarawak serta banyak lagi.  

Bagi Dato Idris mengapa perlu GPS membuang masa untuk menyokong mereka yang bertentangan dengan perjuangan dan kehendak rakyat Sarawak.  Lebih baik memilih TS Muhyiddin dan gabungannya yang nescaya lebih terbuka menerima perjuangan rakyat Sarawak dan GPS.  Sekaligus kemelut ini boleh dinoktahkan seberapa segera bagi menjadikan Negara Malaysia yang lebih stabil.  Pandangan dari Dato Idris turut mempunyai nada yang sama seperti yang dilontarkan oleh Tan Sri James Jemut Masing yang mana turut mengatakan GPS tidak akan menyokong mana-mana yang mempunyai DAP didalam gabungannya untuk memerintah Malaysia.  

Untuk makluman semua, setakat ini belum lagi ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak mengenai kemanakah sokongan GPS disandarkan.  Difahamkan GPS akan hanya mengadakan mesyuarat mengenai hal ini pada petang esok, 1 Mac 2020.