Monday, 16 March 2020

MALAYSIA LAKSANA “PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN” BERKUATKUASA 18 MAC 2020


SEKITAR jam 10 malam 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawasanya Negara Malaysia melaksanakan “PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN”. Ini semua dilakukan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang mana setakat ini mempunyai kes positif sebanyak 551 kesemuanya.  

Perlaksanaan “Perintah Kawalan Pergerakan” ini akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 untuk seluruh Negara Malaysia.  Ianya dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.  

Perintah kawalan ini meliputi seperti berikut:  

1. Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit and kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

3. Sekatan kemasukkan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dalam perkhidmatan penting negara (essential services).



Sumber: Perutusan PM Malaysia TSMY 16 Mac 2020 10.00 pm

STATUS TERKINI COVID-19 DAN LANGKAH KAWALAN TERBARU DI SARAWAK


Kira-kira jam 2.30 petang tadi 16 Mac 2020, satu kenyataan media telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengenai situasi penularan wabak Covid-19 di Sarawak iaitu status terkini dan langkah-langkah kawalan yang diambil.

Dalam tempoh 3 hari yang lepas, Sarawak telah mencatatkan 34 kes positif COVID-19. Dua puluh sembilan (29) adalah "diimport" kes. Oleh itu, kerajaan negeri telah membuat langkah-langkah kawalan berikut untuk mengelakkan peningkatan COVID-19:

1. Semua pelawat (asing dan domestik) masuk ke Sarawak dan pulang ke Sarawak, akan dikeluarkan dengan Notis Rumah Menginap (SHN) 14 hari. Ini termasuk penduduk Sarawak, pemegang pas jangka panjang dan jangka pendek. Ini akan berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Agensi berkaitan akan memantau pemegang Notis Tinggal Rumah melalui lawatan secara rawak, panggilan telefon dan aplikasi teknologi moden.

2. Pengecualian hanya diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri kepada mereka yang dikehendaki untuk melakukan perjalanan di bawah keadaan khas (tugas rasmi dan perniagaan).

3. Semua acara/program rasmi kerajaan Sarawak, yang melibatkan lebih daripada 50 orang, akan dibatalkan atau ditangguhkan atau sehingga notis selanjutnya.

4. Sebarang acara/program awam, yang melibatkan lebih daripada 50 orang dinasihatkan supaya ditunda atau dibatalkan sehingga notis selanjutnya.

5. Semua Tabika, Taska dan Sekolah Tahfiz di Sarawak, diarahkan untuk ditutup selama dua (2) minggu, berkuatkuasa esok, 17 Mac 2020.

6. Institusi Pengajian Tinggi, baik kerajaan dan swasta yang berada di Sarawak akan menangguhkan sesi akademik baru mereka dalam masa dua (2) minggu, berkuatkuasa esok, 17hb Mac 2020.

7. Semua sekolah dinasihatkan untuk melanjutkan cuti sekolah mereka untuk satu minggu lagi (sehingga 29 Mac 2020).

8. Semua kemudahan sukan awam termasuk kolam renang, stadium dan gimnasium ditutup berkuatkuasa esok, 17 Mac 2020 sehingga diberitahu.

9. Semua yang berada di dalam Sarawak dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan peribadi yang paling tinggi dan untuk mengamalkan pengasingan sosial secara ketat.

Rujukan: Kenyataan Media CM Abang Johari 16 Mac 2020 2.30 petang

Sunday, 15 March 2020

609 DARI SARAWAK HADIRI PERHIMPUNAN TABLIGH, 472 JALANI UJIAN KESIHATAN, 137 MASIH DICARI


EKORAN kes positif Covid-19 yang naik secara mendadak sejak tiga hari yang lepas yang mana kebanyakan daripadanya mempunyai perkaitan dengan rakyat Sarawak yang telah menghadiri Perhimpunan Tabligh yang berlangsung di Masjid Sri Petaling dari tanggal 27 Februari hingga 1 Mac yang lepas, ramai yang tertanya-tanya berapakah jumlah sebenar mereka yang menghadirinya dari Sarawak. Kita almaklum pada masa perhimpunan tersebut ada lebih 16K yang hadir dari pelbagai kewarganegaraan dan difahamkan 14K adalah rakyat Malaysia.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, angka sebenar berdasarkan rekod adalah 609 orang merupakan rakyat Sarawak yang mengikutinya. Dari jumlah 609 yang dikenalpasti hanya 472 orang jemaah tabligh yang telah tampil untuk melaksanakan ujian saringan kesihatan seperti yang diminta.
Pecahan mengikut bahagian mereka yang telah tampil adalah seperti berikut:
1. Samarahan = 84 orang
2. Serian = 12 orang
3. Sri Aman = 5 orang
4. Betong = 42 orang
5. Sarikei = 3 orang
6. Sibu = 76 orang
7. Kapit = 1 orang
8. Mukah = 29 orang
9. Bintulu = 82 orang
10.Limbang = 36 orang
11.Miri = 102 orang
Pautan berita penuh:
https://www.theborneopost.com/2020/03/15/uggah-609-swakians-participated-in-tabligh-gathering-in-kuala-lumpur/?fbclid=IwAR3Dbt_pddPeOZ0uAY9b18jU_Qays6PyjrGgLDTkZfQLfG2oG6o7CP9NSjs
Pihak Kerajaan Sarawak bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia MERAYU baki 137 orang lagi untuk segera ke pusat kesihatan yang terdekat agar saringan kesihatan dapat dilakukan seberapa segera yang boleh bagi mengelak penularan yang lebih buruk berlaku.
Sama-samalah kita bertanggungjawab untuk kesejahteraan keluarga dan masyarakat sekeliling di Sarawak.

Thursday, 12 March 2020

SARAWAK VS PETRONAS: SARAWAK MENANG!!!!


TERCATAT sejarah pada hari ini apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuching telah menolak permohonan Petronas yang enggan membayar cukai jualan 5% produk petroleum kepada Sarawak. Hakim memutuskan bahawa DUN Sarawak dan Kerajaan Sarawak berhak untuk menggubal Ordinan Cukai Jualan Negeri berdasarkan Perlembagaan Malaysia, MA63 dan IGC Report.  



Sekaligus dengan ini juga Petronas mahu tidak mahu HARUS MEMBAYAR tunggakan cukai jualan yang mereka TIDAK MAHU LUNASKAN kepada Sarawak.  

Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak serta seluruh rakyat Sarawak.  INI HAK KITA!!!

#SarawakkuSayang

COVID-19: PROGRAM LIBAT LEBIH 250 ORANG DITUNDA DI SARAWAK


BERIKUTAN kepada terdapatnya tiga kes positif Covid-19 di Sarawak hari ini, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah mengeluarkan arahan untuk semua penganjuran program yang melibatkan penyertaan lebih 250 orang DIBATALKAN ATAU DITUNDA.  

Arahan juga dikeluarkan kepada mana-mana rakyat Sarawak yang berada di Sarawak sekiranya tiada keperluan yang wajib untuk MENUNDA PERJALANAN ANDA KE BRUNEI, SABAH DAN MALAYA buat sementara waktu ini.   

SARAWAK CATAT 3 KES POSITIF COVID-19 SEKALIGUS


APA yang cuba kita hindari akhirnya sudah betul-betul berada di depan mata kerana pada hari ini, 13 Mac 2020 Sarawak buat kali pertamanya sudahpun mempunyai kes positif Covid-19 yang melibatkan tiga individu sekaligus. Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, dua kes positif melibatkan dua individu rakyat Sarawak yang telah menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling dari tanggal 28 Februari hingga 1 Mac yang lalu. Difahamkan juga kes ketiga positif melibatkan contact langsung iaitu ahli keluarga mereka.

Untuk semua rakyat Sarawak sekalian, beringatlah kita akan wabak yang berlaku sekarang dan sentiasalah menjaga kebersihan diri dan kalau boleh hindarilah kawasan yang sesak. Bersama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan ibu pertiwi kita Sarawak Bumi Kenyalang dan rakyatnya.

BB PILIH BEBAS KESEORANGAN TANPA VERNON


USAI perlantikan jemaah Menteri beberapa hari yang lepas menyaksikan dua individu politik yang dahulunya dibawah payung Parti Keadilan Rakyat yakni YB Tuan Ali Anak Biju dan YB Tuan Willie Mongin telah diberikan tanggungjawab memikul jawatan Timbalan Menteri di dua kementerian peringkat pusat.  Dan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bahawa kesemua 10 team Azmin telah menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.  Dan sudah terang lagi bersuluh, YB Tuan Ali dan YB Tuan Willie adalah mereka yang sudah melompat parti menyertai parti tersebut.

Kita tertanya-tertanya ke manakah menghilangnya YB Tuan Baru Bian yang juga mantan Menteri Kerja Raya kerana sejak kemelut politik yang berlaku, beliau satu-satunya dari team tersebut yang seperti kehilangan arah menyokong siapa.  Dan mungkin dek kerana tiada satu yang pasti maka namanya turut tercicir di dalam senarai jemaah menteri TSMY kali ini.  

Tempoh untuk mendiamkan diri mungkin sudah berakhir bagi BB kerana akhirnya beliau tampil melalui status yang dimuatnaik di laman mukabuku beliau yang mengatakan bahawa beliau memilih untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.  Dan pada saat ini juga menyaksikan seorang lagi individu politik yang selama ke hari ini turun naik bersama beliau iaitu Vernon Kedit turut meninggalkan BB keseorangan kerana sudah dilantik menjadi Setiausaha Politik Kanan kepada YB Tuan Ali Biju.    

Pautan berita penuh:


Mungkin inilah yang akan berlaku andainya kapal sudah karam, para kelasi kapal akan menyelamatkan diri dahulu dan membiarkan si nakhoda lemas keseorangan seperti mutiara kata di dalam Bahasa Inggeris yang biasa kita dengar “There are no permanent enemies and no permanent friends, only permanent interest”.