TRAGEDI pembunuhan seorang warga Korea Utara di KLIA2 beberapa minggu yang lalu telah membawa kepada ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara. Dan rentetan cerita ini telah menzahirkan ada antara rakyat Malaysia yang bekerja di Wisma Putra di sana tidak dibenarkan untuk pulang ke Malaysia dan begitulah juga untuk rakyat Korea Utara yang ada di Malaysia.
Hasil daripada perhubungan diplomasi yang diusahakan akhirnya semalam sekitar jam 7.30 malam melalui berita yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia di laman twitter serta media massa menyaksikan 9 orang rakyat Malaysia ini telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia dengan penerbangan yang dijangka sampai ke tanahair sekitar jam 5 pagi hari ini. Turut dinyatakan bahawa mayat abang kepada Presiden Korea Utara turut juga akan dihantar pulang ke negaranya dan segala larangan kepada rakyat Korea Utara di Malaysia sudah ditarikbalik.
Sementara itu untuk di Sarawak pula, berita “keghaiban” 176 orang pekerja Korea Utara dari sektor pembinaan terus menjadi misteri yang tidak mampu diungkap sehingga sekarang. Menurut rekod perjalanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Sarawak sehingga ke hari ini tiada bukti yang menyatakan 176 orang Korea Utara ini meninggalkan Sarawak, Malaysia.