RAKYAT di
pedalaman senantiasa dahagakan banyak kemudahan awam dan infrastruktur
direalisasikan buat mereka. Jika dilihat
sejak dari dahulu apa yang diimpikan bukan tiada tetapi agak lambat
perjalanannya. Cuma sejak suara-suara tegas dari rakyat mahupun pemimpin
Sarawak kebelakangan ini banyak yang sudah direalisasikan.
Baru-baru ini
diwar-warkan bahawa Bahagian Betong akan dibina sebuah kolam renang awam yang
akan menjadi antara salah satu nadi buat rakyat Betong beriadah. Dengan kos sebanyak RM9.78 juta, pembinaannya
akan bermula pada pertengahan 2017 dan mengambil masa kira-kira 21 bulan untuk
disiapkan.
Nota: Teaser
artikel adalah gambaran pelukis untuk kolam renang Betong kelak.
No comments:
Post a Comment