Saturday, 5 March 2016

WIRA HARAPAN MASA DEPAN


TERPANCAR keriangan di wajah adik~adik dari SK Pulau Seduku, Lingga, Sri Aman, menaiki sampan menyeberangi Sungai Batang Lupar.

Seawal usia tujuh tahun, mereka terpisah sementara dengan kedua ibu bapa demi menimba ilmu. Sukar membayangkan bagaimana anak seusia tujuh tahun belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama.

Kedudukan sekolah luar bandar serba kekurangan tidak melunturkan semangat mereka untuk mencapai prestasi akademik dan kegiatan ko~kurikulum lebih baik setanding rakan bersekolah di bandar, dengan persekitarannya yang jauh lebih baik dan pembelajaran yang kondusif.

Bangga dengan kesungguhan usaha dan bakti guru~guru SK Pulau Seduku mendidik wira harapan bangsa ini.

KESULITAN WATSON DIDENGAR DATUK ADENAN

TIADA siapa menyangka disebalik kecekalan seorang anak Sarawak yang mengabadikan dirinya untuk sukan trek Malaysia, Watson Nyambek yang lebih dikenali dengan jolokan “The Flying Dayak” tersimpan seribu kesulitan di dalam penghidupannya. Namun beliau seperti seadanya tidak pernah meminta-minta dan beliau harungi penghidupannya bersama keluarganya tercinta dengan penuh tabah.
Di dalam beberapa hari ini "viral" mengenai beliau yang berkemungkinan besar akan diistihar bangkrup jika beliau tidak boleh membayar wang pinjaman yang beliau gunakan untuk kos sakit kanser mendiang ayahnya. Dan itulah pengorbanan seorang anak untuk ayahandanya yang sememangnya patut kita puji.
Dengan pendapatan beliau yang hanya menjadi jurulatih untuk pelari-pelari muda anak Sarawak apalah sahaja yang hendak diperkatakan. Beliau telan segala kesulitan sendirian kerana umum mengetahui sehingga ke saat ini pembelaan kepada pemegang rekod pelari terpantas Malaysia ini tidak begitu memberangsangkan.
Bertindak daripada itu, apabila Ketua Menteri Sarawak mengetahui kesulitan pelari legenda kelahiran Sarawak ini, tanpa berfikir lama telah menjanjikan beliau dan Kerajaan Sarawak akan membantu segala kesulitan Watson Nyambek ini. Menurut Datuk Adenan jasa yang dicurahkan oleh Watson Nyambek ini amat besar dan beliau tidak wajar dibiarkan bersendirian. Inilah sifat terpuji Datuk Adenan yang memang seringkali menjadi orang pertama yang menghulurkan bantuan tanpa ada memperdulikan protokol yang penuh dengan birokrasi dan sebagainya.
Apa yang berlaku kepada Watson Nyambek ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kesemua lapisan pemimpin di Sarawak untuk sentiasa peka dengan masalah anak buah mereka. Janganlah ditunggu isu ini menjadi viral barulah kesemuanya hendak menunjukkan muka. Jika individu "sebesar" Watson Nyambek boleh menerima nasib sebegini, bayangkan kesulitan rakyat jelata yang tidak punya apa-apa.
Terima kasih Datuk Adenan dan Kerajaan Negeri Sarawak yang peka dan bertindak cemerlang tampil membantu pelari legenda Sarawak ini. Kita juga amat berharap agar saudara Watson Nyambek akan terus berjuang untuk bersama-sama melahirkan Watson Nyambek "Junior" untuk acara trek dan balapan di Malaysia.

CABAR SARAWAK BIAR LOGIK.


DAP tidak lagi kreatif apabila mengulangi cabaran klise terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng alpa ketika mencabar Pengerusi BN Sarawak, Datuk Adenan Satem menggunakan logo parti sendiri bukan lambang BN (dacing), mengiktiraf sijil/ diploma Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tanpa bersyarat dan tuntutan 20 peratus royaliti minyak kerajaan pusat.

Cabaran ini membuktikan niat jahat DAP memecah belahkan hubungan baik BN Sarawak dengan pusat. Apabila kalangan parti kompenan berpecah, dengan mudah DAP menuding jari mencari kelemahan pentadbiran Datuk Adenan.

BN Sarawak tidak akan menyahut cabaran DAP mengiktiraf UEC secara membuta tuli tanpa memikirkan kesannya terhadap sistem sedia terutama melibatkan Perkhidmatan Awam Negeri.

Desakan DAP agar Sarawak menuntut royalti minyak ketika penyusutan pendapatan konglomerat minyak dan gas negara, membuktikan ketidakupayaan Lim Guan Eng berfikir secara logik.

Mengulangi cabaran serupa yang pernah dikemukakan Ahli Parlimen Kuching, membuktikan DAP sudah tandus isu untuk diketengahkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke~11.

Thursday, 3 March 2016

DI AMBANG PRN KE-11 SARAWAK


MENGIMBAU cadangan dari Datuk Adenan Satem kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya untuk hari penamaan calon PRN Ke-11 Sarawak adalah pada 18hb April 2016 manakala tarikh mengundi pula adalah pada 30hb April 2016, namun begitu segala hal berkait tentang pilihanraya adalah hak kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang sehingga sekarang masih belum mengumumkan kenyataan rasmi bilakah Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 akan diadakan. 
Dalam pada itu menjengah bulan Mac 2016 ini, sudah tentu segala jentera parti mahupun SPR sendiri sudah siaga semuanya untuk sebarang kemungkinan.  Dan pada tahun ini sudah tentu PRN Ke-11 akan menjadi topik hangat rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya lebih-lebih lagi adanya 11 kerusi baru akan dipertandingkan yang menjadikan ada 82 kerusi DUN yang akan menjadi ukuran kesetiaan rakyat Sarawak di dalam scenario politik yang berlangsung sekarang. 
Menurut kenyataan SPR, untuk PRN Ke-11 ini sahaja telah diperuntukkan sejumlah RM135 juta bagi pengendalian kos pilihanraya nanti.  Oleh kerana mukabumi Sarawak yang luas serta bergunung-ganang sahaja SPR telah memperuntukkan sebanyak 38 buah helicopter sebagai antara salah satu pengangkutan bagi kawasan-kawasan pendalaman yang tidak boleh dihubungi dengan bot mahupun kenderaan darat. 
Itu ceritanya jentera untuk pilihanraya daripada SPR dan dipihak petugas pilihan raya pula hampir 21,000 petugas sudahpun terlatih untuk berbakti dengan rakyat apabila menjelang pilihan raya kelak.  Untuk rekod bagi PRN Ke-11 ini nanti sebanyak 1,871 pusat mengundi dan 2,945 saluran pengundi akan ditubuhkan pada hari mengundi kelak. 
Seperti segalanya sudah siaga untuk rakyat Sarawak menjalankan tanggungjawab mereka nanti.  Jadi untuk lebih tidak menimbulkan keributan kelak, adalah perlu untuk setiap rakyat Sarawak yang berdaftar sebagai pemilih untuk mula membuat semakan dimanakah mereka mengundi kelak.  Janganlah kita menunggu di saat-saat akhir. 
Sediakan Payung Sebelum Hujan.

KELIRU?

KADANG-KADANG hairan dengan pihak DAP mahupun yang seangkatan dengan mereka yang seringkali cuba untuk mengaitkan isu di Semenanjung Malaysia ke dalam lanskap politik di Sarawak. Dan mereka akan terus mempertikaikan apa sahaja usaha daripada Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Datuk Adenan untuk menjadikan Sarawak lebih mandiri pada masa hadapan. 
Baru-baru ini, MP Stampin iaitu Julian Tan sekali lagi mengatakan bahawa krisis dalaman UMNO boleh menjejaskan pentadbiran Sarawak. Malahan beliau turut mengatakan bahawa Kerajaan Sarawak selama ini gagal malah mereka turut mendabik dada bahawa “Projek Impian Sarawak” mereka lebih terserlah.
Entah apakah itu “Projek Impian Sarawak” tidaklah diketahui tetapi apa yang dirancangkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu “We Go To Rural” itu lebih dekat di hati rakyat. Bukan sedikit yang telah dilakukan oleh Kerajaan Sarawak di dalam memastikan bahawa rakyat luar Bandar tidak ketinggalan.  
Malah projek Pan Borneo itu yang sedang di dalam pembinaan sekarang adalah antara salah satu projek infrastruktur yang akan memungkin peluang ekonomi dan pembangunan mereka yang diluar Bandar Sarawak akan lebih berdaya saing. 
Hakikatnya, pihak DAP yang sendiri “Keliru” dan bukannya rakyat Sarawak yang rata-ratanya sudah mula meyakini usaha Ketua Menteri Sarawak. Mungkin DAP perlu lebih fokus di dalam penghuraian makna Pilihanraya Umum dan juga Pilihanraya Negeri Sarawak.

Tuesday, 1 March 2016

TAHNIAH TOK NAN


TAHNIAH dan penghargaan terima kasih kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem atas kejayaan menerajui kerajaan Sarawak. Dua tahun berlalu penuh keterujaan dan cabaran silih berganti namun rakyat tetap teguh menyokong beliau. Lima tahun mendatang, rakyat Sarawak terus menaruh harapan kepimpinan Datuk Adenan kekal relevan. Seiring agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat, Datuk Adenan adalah Ketua Menteri milik semua kaum di Sarawak.

SARAWAK vs PULAU PINANG


DUA idealogi politik bersaing membentuk kerajaan yang berbeza. Keduanya berada di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang sama cuma kedudukan geografi negeri dipisahkan Laut China Selatan.
Persoalannya, negeri mana memiliki sumber pendapatan lebih baik dan mampu mentadbir urus perbelanjaan kewangan secara berkesan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat~kerajaan diterajui Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat?
Sejauh mana kerajaan Pulau Pinang boleh berbangga dengan pencapaian prestasi kewangan negerinya berbanding Sarawak.
Sepanjang tujuh tahun, Lim Guan Eng megah dengan pencapaian hampir tiga kali ganda daripada RM295.9 juta kepada RM799.7 juta (berdasarkan Laporan Kewangan Negeri Tahunan 2007~2014), iaitu peningkatan sebanyak RM503.8 juta.
Sebenarnya kerajaan pimpinan Lim Guan Eng masih lemah jika prestasi ini mengambil kira pencapaian beberapa lagi negeri lain di Malaysia.
Kajian untuk tempoh yang sama, Sarawak telah berjaya meningkatkan pendapatan yang sangat menakjubkan iaitu berjumlah RM4.8 bilion.
Johor dan Selangor turut meninggalkan Pulau Pinang apabila berjaya mengembangkan pendapatan negeri masing~masing sebanyak RM764.2 juta dan RM1.67 bilion.
Pulau Pinang mendapat pulangan ratusan juta ringgit hasil daripada jualan tanah dan cukai berkaitan dengan tanah dan pembangunan hartanah.
Satu dana cukup besar mampu disalurkan kepada tabung kewangan negeri demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Sarawak, Melaka dan Kelantan bergantung sumber pendapatan hasil pulangan pelaburan, cukai sewa, sumber asli dan lain~lain sumber mampan yang berdaya saing menyumbang pendapatan kepada tabung kewangan negeri masing~masing.
Bangga dengan pendapatan ratusan juta tiada maknanya kerana Pulau Pinang cuma membelanjakan 24 peratus daripada hasil pendapatannya untuk pembangunan dan perbelanjaan awam.
Ini jauh lebih rendah daripada 44 peratus yang pernah dibelanjakan kerajaan Barisan Nasional sewaktu memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang.
Secara perbandingan, Selangor membelanjakan 65 peratus manakala Johor (55 peratus), Sarawak (42 peratus) dan Kelantan (35 peratus).
Meneliti penanda aras dan perbandingan dengan lima negeri lain, ternyata Pulau Pinang berada pada kedudukan tercorot.
Satu kejutan di luar jangkaan, Lim Guan Eng gagal mentadbir urus perbelanjaan kewangan negeri secara berkesan dan telus untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya.
Timbul persoalan, masih layakkah Lim Guan Eng melaungkan kempen dan slogan pentadbiran kerajaan beliau mesra rakyat yang membelanjakan wang yang banyak untuk manafaat rakyat Pulau Pinang.