Saturday, 5 March 2016
CABAR SARAWAK BIAR LOGIK.
DAP tidak lagi kreatif apabila mengulangi cabaran klise terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng alpa ketika mencabar Pengerusi BN Sarawak, Datuk Adenan Satem menggunakan logo parti sendiri bukan lambang BN (dacing), mengiktiraf sijil/ diploma Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tanpa bersyarat dan tuntutan 20 peratus royaliti minyak kerajaan pusat.
Cabaran ini membuktikan niat jahat DAP memecah belahkan hubungan baik BN Sarawak dengan pusat. Apabila kalangan parti kompenan berpecah, dengan mudah DAP menuding jari mencari kelemahan pentadbiran Datuk Adenan.
BN Sarawak tidak akan menyahut cabaran DAP mengiktiraf UEC secara membuta tuli tanpa memikirkan kesannya terhadap sistem sedia terutama melibatkan Perkhidmatan Awam Negeri.
Desakan DAP agar Sarawak menuntut royalti minyak ketika penyusutan pendapatan konglomerat minyak dan gas negara, membuktikan ketidakupayaan Lim Guan Eng berfikir secara logik.
Mengulangi cabaran serupa yang pernah dikemukakan Ahli Parlimen Kuching, membuktikan DAP sudah tandus isu untuk diketengahkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke~11.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment