Monday, 7 March 2016

DAP DAN FITNAH BERPISAH TIADA

MELIHAT teaser artikel sahaja sudah cukup memperkatakan bagaimana gilanya DAP hendak berkuasa. Dan Nga Kor Ming, antara ahli politik kesayangan DAP sudah mula mengorak fitnah demi fitnah di dalam memastikan bahawa DAP akan terus “survive” di Sarawak.
Mungkin terdesak dengan kenyataan bahawa suara DAP semakin sumbang di Sarawak sehingga begitu “pandai” menggunakan gambar “copy and paste” dari realiti kehidupan di Indonesia. Atau mungkin sebenarnya Nga Kor Ming itu selama ini tidak mengetahui bahawa Sarawak juga mempunyai sistem pembelajaran yang sama seperti di Semenanjung Malaysia dari sistem buku teks, subjek malahan juga baju seragam sekolah.
Dan lagi satu betapa "pandai" Nga Kor Ming, Sarawak itu sendiri adalah pembentuk Malaysia sejak 16 September 1963 lagi. Dan hanya berusia 53 tahun dikenali sebagai Sarawak, Malaysia. 60 tahun itu adalah penubuhan Malaya yang merdeka pada tahun 1957. Mungkin Nga Kor Ming juga "buta sejarah" atau "gagal" matematik rasanya.
Realitinya, DAP sudah kehilangan punca dan hanya ini jalannya dan bagi yang tidak menyelidiki dahulu kesahihannya maka akan turut sama seperti DAP iaitu “Nampak bijak TAPI kurang cerdik”. Jika benar-benar “gentleman”, UBAH dahulu cara berpolitik kepada sesuatu yang matang kerana orang Sarawak tidaklah sedungu seperti yang disangka.

No comments:

Post a Comment