Thursday, 3 March 2016

DI AMBANG PRN KE-11 SARAWAK


MENGIMBAU cadangan dari Datuk Adenan Satem kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya untuk hari penamaan calon PRN Ke-11 Sarawak adalah pada 18hb April 2016 manakala tarikh mengundi pula adalah pada 30hb April 2016, namun begitu segala hal berkait tentang pilihanraya adalah hak kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang sehingga sekarang masih belum mengumumkan kenyataan rasmi bilakah Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 akan diadakan. 
Dalam pada itu menjengah bulan Mac 2016 ini, sudah tentu segala jentera parti mahupun SPR sendiri sudah siaga semuanya untuk sebarang kemungkinan.  Dan pada tahun ini sudah tentu PRN Ke-11 akan menjadi topik hangat rakyat Malaysia amnya dan Sarawak khususnya lebih-lebih lagi adanya 11 kerusi baru akan dipertandingkan yang menjadikan ada 82 kerusi DUN yang akan menjadi ukuran kesetiaan rakyat Sarawak di dalam scenario politik yang berlangsung sekarang. 
Menurut kenyataan SPR, untuk PRN Ke-11 ini sahaja telah diperuntukkan sejumlah RM135 juta bagi pengendalian kos pilihanraya nanti.  Oleh kerana mukabumi Sarawak yang luas serta bergunung-ganang sahaja SPR telah memperuntukkan sebanyak 38 buah helicopter sebagai antara salah satu pengangkutan bagi kawasan-kawasan pendalaman yang tidak boleh dihubungi dengan bot mahupun kenderaan darat. 
Itu ceritanya jentera untuk pilihanraya daripada SPR dan dipihak petugas pilihan raya pula hampir 21,000 petugas sudahpun terlatih untuk berbakti dengan rakyat apabila menjelang pilihan raya kelak.  Untuk rekod bagi PRN Ke-11 ini nanti sebanyak 1,871 pusat mengundi dan 2,945 saluran pengundi akan ditubuhkan pada hari mengundi kelak. 
Seperti segalanya sudah siaga untuk rakyat Sarawak menjalankan tanggungjawab mereka nanti.  Jadi untuk lebih tidak menimbulkan keributan kelak, adalah perlu untuk setiap rakyat Sarawak yang berdaftar sebagai pemilih untuk mula membuat semakan dimanakah mereka mengundi kelak.  Janganlah kita menunggu di saat-saat akhir. 
Sediakan Payung Sebelum Hujan.

No comments:

Post a Comment