Saturday, 5 March 2016

BANTERAS PEMBALAKAN HARAM DI SARAWAK


“ Sidak pembalak haram ya molah hutan ya macam datuk nenek sidak empun..” – Datuk Adenan Satem-
ITULAH kata-kata yang diucapkan oleh Ketua Menteri Sarawak setahun yang lalu apabila diwawancara di dalam satu program bual bicara RTM.  Ianya bermaksud di dalam bahasa Malaysia iaitu “Pembalak haram ini seolah-olah membuat hutan di Sarawak seperti keluarga mereka yang empunya”.  Dan apa yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Sarawak sememangnya sesuatu yang kita ketahui kebenarannya. 
Dan seperti kebiasaannya apa sahaja yang diusahakan sentiasa menjadi bahan lekehan pihak pembangkang seperti DAP. DAP sejak dari tahun lepas terus-terusan cuba memperlekehkan usaha Datuk Adenan sehingga mereka cuba memainkan pelbagai sentimen demi survival politik mereka.  Tidak cukup dengan itu PKR Sarawak, rakan baik DAP pula dengan beraninya menuduh Datuk Adenan hanya berlakon di dalam isu ini. 
Pelik Tapi Benar dan itulah yang berlaku dan agak menghairankan mengapa mereka bersikap sedemikian sedangkan ini merupakan satu yang dituntut berdasarkan kerugian yang Sarawak hadapi sehingga mencecah jutaan ringgit dan belum lagi ditambah dengan kemusnahan alam. 
Usaha Datuk Adenan ini seharusnya terus disokong kerana ianya sudahpun menampakkan hasil yang positif.  Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak lebih 241 kes pembalak haram dibawa ke muka pengadilan pada tahun tahun 2014.  Dan kerana ketegasan beliau juga menjadikan penurunan jumlah kes pada tahun 2015 iaitu sebanyak 208 kes sahaja.
Di dalam laporan itu turut menyebut bahawa jumlah balak yang dirampas pada tahun 2015 adalah sebanyak 47,060 meter padu berbanding 90,873 meter padu pada tahun 2014.  Tidak cukup dengan itu beberapa individu suspek turut ditangkap atas kesalahan yang sama.  Dan sebanyak 33 buah kilang memproses kayu yang bersekongkol dengan pembalak haram turut dikenakan tindakan undang-undang serta dihentikan operasinya. 
Inilah bukti keseriusan Datuk Adenan untuk membanteras isu pembalakan haram di Sarawak yang sentiasa mengundang rasa tidak puashati di kalangan rakyat Sarawak kerana kemusnahannya sungguh besar serta merugikan kita.  Dan pihak DAP mahupun PKR akan terus cuba “bersandiwara” agar usaha ini tidak berjaya. 

Apakah ada udang di sebalik laksa Sarawak? Hanya DAP dan kuncu-kuncunya mempunyai segala jawabannya. 

No comments:

Post a Comment