Thursday 3 March 2016

KELIRU?

KADANG-KADANG hairan dengan pihak DAP mahupun yang seangkatan dengan mereka yang seringkali cuba untuk mengaitkan isu di Semenanjung Malaysia ke dalam lanskap politik di Sarawak. Dan mereka akan terus mempertikaikan apa sahaja usaha daripada Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Datuk Adenan untuk menjadikan Sarawak lebih mandiri pada masa hadapan. 
Baru-baru ini, MP Stampin iaitu Julian Tan sekali lagi mengatakan bahawa krisis dalaman UMNO boleh menjejaskan pentadbiran Sarawak. Malahan beliau turut mengatakan bahawa Kerajaan Sarawak selama ini gagal malah mereka turut mendabik dada bahawa “Projek Impian Sarawak” mereka lebih terserlah.
Entah apakah itu “Projek Impian Sarawak” tidaklah diketahui tetapi apa yang dirancangkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu “We Go To Rural” itu lebih dekat di hati rakyat. Bukan sedikit yang telah dilakukan oleh Kerajaan Sarawak di dalam memastikan bahawa rakyat luar Bandar tidak ketinggalan.  
Malah projek Pan Borneo itu yang sedang di dalam pembinaan sekarang adalah antara salah satu projek infrastruktur yang akan memungkin peluang ekonomi dan pembangunan mereka yang diluar Bandar Sarawak akan lebih berdaya saing. 
Hakikatnya, pihak DAP yang sendiri “Keliru” dan bukannya rakyat Sarawak yang rata-ratanya sudah mula meyakini usaha Ketua Menteri Sarawak. Mungkin DAP perlu lebih fokus di dalam penghuraian makna Pilihanraya Umum dan juga Pilihanraya Negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment