Tuesday 1 March 2016

SARAWAK vs PULAU PINANG


DUA idealogi politik bersaing membentuk kerajaan yang berbeza. Keduanya berada di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang sama cuma kedudukan geografi negeri dipisahkan Laut China Selatan.
Persoalannya, negeri mana memiliki sumber pendapatan lebih baik dan mampu mentadbir urus perbelanjaan kewangan secara berkesan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat~kerajaan diterajui Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat?
Sejauh mana kerajaan Pulau Pinang boleh berbangga dengan pencapaian prestasi kewangan negerinya berbanding Sarawak.
Sepanjang tujuh tahun, Lim Guan Eng megah dengan pencapaian hampir tiga kali ganda daripada RM295.9 juta kepada RM799.7 juta (berdasarkan Laporan Kewangan Negeri Tahunan 2007~2014), iaitu peningkatan sebanyak RM503.8 juta.
Sebenarnya kerajaan pimpinan Lim Guan Eng masih lemah jika prestasi ini mengambil kira pencapaian beberapa lagi negeri lain di Malaysia.
Kajian untuk tempoh yang sama, Sarawak telah berjaya meningkatkan pendapatan yang sangat menakjubkan iaitu berjumlah RM4.8 bilion.
Johor dan Selangor turut meninggalkan Pulau Pinang apabila berjaya mengembangkan pendapatan negeri masing~masing sebanyak RM764.2 juta dan RM1.67 bilion.
Pulau Pinang mendapat pulangan ratusan juta ringgit hasil daripada jualan tanah dan cukai berkaitan dengan tanah dan pembangunan hartanah.
Satu dana cukup besar mampu disalurkan kepada tabung kewangan negeri demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Sarawak, Melaka dan Kelantan bergantung sumber pendapatan hasil pulangan pelaburan, cukai sewa, sumber asli dan lain~lain sumber mampan yang berdaya saing menyumbang pendapatan kepada tabung kewangan negeri masing~masing.
Bangga dengan pendapatan ratusan juta tiada maknanya kerana Pulau Pinang cuma membelanjakan 24 peratus daripada hasil pendapatannya untuk pembangunan dan perbelanjaan awam.
Ini jauh lebih rendah daripada 44 peratus yang pernah dibelanjakan kerajaan Barisan Nasional sewaktu memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang.
Secara perbandingan, Selangor membelanjakan 65 peratus manakala Johor (55 peratus), Sarawak (42 peratus) dan Kelantan (35 peratus).
Meneliti penanda aras dan perbandingan dengan lima negeri lain, ternyata Pulau Pinang berada pada kedudukan tercorot.
Satu kejutan di luar jangkaan, Lim Guan Eng gagal mentadbir urus perbelanjaan kewangan negeri secara berkesan dan telus untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya.
Timbul persoalan, masih layakkah Lim Guan Eng melaungkan kempen dan slogan pentadbiran kerajaan beliau mesra rakyat yang membelanjakan wang yang banyak untuk manafaat rakyat Pulau Pinang. 

No comments:

Post a Comment