Sunday, 9 July 2017

APA JADI SISTEM PENDIDIKAN KITA


copy and paste dari tulisan Che Kamaliah Endut, Bekas pendidik dan pegawai KPM

APA JADI SISTEM PENDIDIKAN KITA

Rakan2 semua, cuba kaji sejarah.

1. 1998 seorang Timb. Menteri Pendidikan mencadangkan supaya PMR bukan jadi penentu naik ke Ting 4. Naik T4 secara "automic promotion". Budak2 MELAYU melompat "kegirangan". Tak payah lulus pun boleh naik darjah. Akibatnya, PMR dapat SEMUA E pun naik.ke Ting 4.

2. 1999 Timb. Menteri Pend yg sama mencadangkan agar BM sahaja diperlukan utk LULUS SPM. Sekali lagi budak2 melayu melompat "keseronokan" dan rasa sangat bertuah. Pengetua2 pun seronok - Results SPM 100% setiap tahun. PPD dan JPN tak.bising pasal percentage lulus sbb Lulus BM, maka Lulus SPM.

Akibatnya, berlambak2 budak Melayu lulus tapi gagal m/pelajaran lain dan melepak, merempit dan jadi pekerja kilang lepas SPM.
Bilangan anak melayu yg masuk.ke aliran sains merosot. Bangsa lain sedar cepat, mereka tidak leka.

3. Tahun 2002 ada wakil rakyat cadangkan agar yuran PMR dan yuran SPM dimansuhkan. PM ke-5 masa tu setuju. Akibatnya, yuran pemeriksa kertas soalan PMR dan SPM tak naik2. Tiada insentif. LPM kaku...nak beli mesin OMR pun tak ada upaya. Kebocoran kertas soalan berleluasa.

Results melambung2 hebat. Akhirnya LPM tukarkan PMR kpd PBS? PT3? School-based assessment yg diurus oleh guru2 dan tak.perlu dibayar.

Anak2 melayu "berseronok" lagi. PMR mula tiada harga.

4. Tahun 2000 Kertas 3 utk Bio/ Kimia/ Fizik diperkenalkan. Anak2. Science dan Math di perkenalkan. Anak2 Melayu sangkut. Bangsa lain tetap di hadapan.

5. Lepas tu diperkenalkan calculator. Cuba check bila dan siapa bawa usul ini? Siapa menterinya?? Anak melayu seronok sebab tak payah buat kira2 secara congak. Tak payah press otak....

6. Sekarang, isu hp pulak dibawa. Anak2 melayu "meraung2 bersorak". Check siapa menteri2 dalam education kita.

Saya berada selama 30 tahun dalam LPM - dapat melihat data mentah results anak2 melayu selepas sesuatu POLISI dibuat. memang menyedihkan. Kita si SBP tak nampak benda2 macam ni sbb kita dapat yg " creme de la creme". Tak ramai guru kita yg jadi KETUA PEMERIKSA Subjek2 Sains di LPM.

Saya mengikuti sejarah perubahan2 dalam sistem pendidikan ini sejak saya jadi guru lagi. Setiap kali, kesannya merugikan orang Melayu. Kita mudah digula2kan dengan keseronokan dan keselesaan.

MELAYU MUDAH LUPA.. memang betul.

SAYA MENCADANGKAN, KALAU NAK FIGHT BENDA NI MESTI PAKAI DATA YG KONKRIT, BUKAN SENTIMEN. KAJI SEJARAH, BUKAN SEKADAR APA YG KITA RASA PATUT DAN APA YG KITA INGIN. MUNGKIN KENA BUAT KAJIAN IMPAK DI SEKOLAH2 KITA - TAK.PAYAH SEKOLAH HARIAN. DAPATKAN INPUT DARI GURU2 PEMERIKSA KERTAS. SEEK AUDIENCE DGN MENTERI. PROTES TANPA DATA TAK KUKUH.

Perkara ini bukan pasal handphone. Ini berkaitan dengan "SURVIVAL BANGSA MELAYU".

Dalam tempoh 40 tahun, saya terus melihat bagaimana bangsa ku diPERKOTAK-KATIKKAN tanpa disedari. Inilah yg dikatakan "ethnic cleansing" melalui pendidikan.

KAJI KESAN SESUATU POLISI MENGIKUT KAUM. GUNA DATA.

Jangan terkejut, bangsa kitalah yg paling ghairah menyokong polisi tersebut dan kemudian yg paling kuat melalak apabila nasi dah menjadi bubur.

CHE KAMALIAH ENDUT
(Bekas Pendidik dan Pegawai KPM)

RIBUAN HADIR DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BANG DRIS





JIKA diikutkan inilah pertama kalinya ADUN N16 Muara Tuang, Dato Haji Idris bin Haji Buang atau lebih mesra dikenali sebagai Bang Dris di kalangan rakyat mengadakan rumah terbuka sambutan aidilfitri sebagai seorang Yang Berhormat. Bertempat di Marqas Operasi N16 Muara Tuang iaitu di Desa Ilmu pada tanggal 7hb Julai 2017 iaitu Jumaat lepas sememangnya adalah majlis rumah terbuka yang penuh meriah dan gilang gemilang pernah diadakan di Muara Tuang setakat ini.

Dengan menjunjung segala tradisi masyarakat Melayu Sarawak bermula daripada hidangan tradisi aidilfitri seperti lemang, rendang serta banyak lagi menyaksikan setiap yang datang “berjarah raya” tidak pulang dengan perut kosong. Tidak cukup dengan itu, pihak pengelola majlis cukup bijak dengan menyelang selikan majlis dengan acara cabutan bertuah serta pertandingan “mengikat sabok” bagi memeriahkan sambutan majlis. Kehadiran rakyat dari pelbagai kaum dan agama juga membuktikan bahawa sambutan hariraya Bang Dris ini bukanlah hanya mengkhusus kepada umat Islam sahaja namun ianya juga sebagai salah satu wadah untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah antara masyarakat di Sarawak.

Bagi rakyat pula sudah tentu inilah masanya untuk berkenalan secara empat mata dengan pemimpin Bang Dris sekeluarga sebagai tuan rumah yang mungkin amat jarang ditemui pada hari-hari biasa. Kemeriahan dan suksesnya pengelolaan majlis ini sudah tentu akan menjadi penanda aras untuk sambutan rumah terbuka pada tahun-tahun yang berikut.

Syabas dan tahniah Bang Dris dan Team N16 Muara Tuang

CALON TEMPATAN PILIHAN AKAR UMBI MUKAH

ANGIN PRU ke-14 semakin bertiup kencang sekarang dengan pelbagai kawasan Parlimen di Sarawak bakal membariskan muka-muka baru sebagai wakilnya. Ini termasuklah Parlimen Mukah yang mana mungkin Datuk Leo Michael Toyad dikatakan tidak akan mempertahankan kawasannya bagi memberi laluan kepada muka baru membarisi PBB / BN Sarawak.

Mendengar corat coret di akar umbi Mukah pula cukup gah permintaan mereka agar Parlimen Mukah pada kali ini dipilih di kalangan mereka sendiri. Iaitu individu yang sememangnya sentiasa basah sewaktu hujan mahupun kering keringatnya di dalam apa sahaja situasi yang melanda Mukah selama ini. Ini kerana bagi akar umbi inilah sebenarnya calon yang akan serius dan memahami apakah itu Mukah sebenarnya.

Melihat kepada laungan itu juga sudah ada beberapa nama yang ditampilkan seperti Datuk Dr Maliki Mahli, Puan Faridah Osman, Datuk Sulaiman Hussaini dan beberapa individu yang lain. Ternyata di dalam senario calon pilihan ini, Datuk Dr Maliki Mahli antara yang paling dekat dengan ciri-ciri permintaan akar umbi. Bukan satu rahsia di sebalik kebijaksanaan beliau mengemudi firma arkiteknya, beliau juga adalah antara barisan pemimpin tempatan yang sentiasa turun ke gelanggang di zaman susah mahupun senang rakyat di Mukah.

Jadi terpulang kepada pucuk pimpinan untuk memilih siapakah yang paling layak. Jangan sesekali mengabaikan permintaan akar umbi kerana mereka sebenarnya yang akan mengatur langkah setiap pelarasan pembangunan rakyat di Mukah. Suara akar umbi itu juga adalah suara rakyat Mukah.

2 KORBAN RABIES MENINGGAL DUNIA




SALAM takziah buat keluarga dan adik beradik mangsa virus anjing gila rabies iaitu Monica, 6 tahun dan Jackson, 4 tahun. Kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 2 petang di Hospital Umum Sarawak 4/7/2017. 

Kita turut merasa segala kesedihan keluarga mereka. Untuk itu orangramai turut diingatkan sekiranya ada yang abnormal pada anjing-anjing di sekitar kawasan kediaman anda segeralah merujuk kepada pihak yang berwajib. Dan begitu juga pada mereka yang telah diserang anjing segeralah merujuk kepada klinik dan hospital yang berhampiran. Jangan sesekali memandang enteng akan hal serperti ini.

SARAWAK SABAH BERHAK MENYEMAK MA1963 - TPM


BILAMANA Sarawak mengambil keputusan menghantar delegasi perundangannya ke kota London bagi menyemak serta memahami isi kandungan Perjanjian Malaysia 1963, maka timbullah pelbagai maklumbalas dari seluruh rakyat Malaysia. Bagi rakyat Sarawak secara amnya amat berbesar hati atas langkah yang diambil. Dari sudut lain ramai juga yang mempunyai pandangan skeptikal.

Di dalam keriuhan itu juga bagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Zahid Hamidi pula mempunyai pandangannya yang tersendiri. Menurut beliau yang sedang membuat lawatan kerja di Sarawak semalam menyatakan sokongan beliau atas langkah bijak kepimpinan CM Abang Jo itu. Tiada apa yang harus dirisaukan kerana itu adalah hak Sarawak dan Sabah untuk berbuat demikian. Ini kerana kedua-dua entiti ini adalah yang menandatangani Perjanjian tersebut.

Sokongan seperti inilah kita perlukan kerana apa yang dilakukan oleh Sarawak bukanlah mahu menjadi petualang negara. Sebaliknya cuba mengungkai persoalan hak yang termaktub di dalam perjanjian tersebut agar senang kita menuntutnya kelak.

WABAK RABIES MELANDA SARAWAK


KEPADA warga Sarawak, anda harus baca dan share posting ini untuk peringatan kita bersama. Apakah itu Rabies? Ketahui Tanda, Gejala , Pencegahan dan Tindakan yang perlu dilakukan sekiranya dijangkiti.

Kredit: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DELEGASI PERUNDANGAN SARAWAK KE UK SEMAK PERJANJIAN MALAYSIA 1963


54 tahun dahulu sebelum Negara Malaysia itu wujud di kota London inilah lokasinya satu perjanjian yang merupakan "ibu" kepada pembentukan Malaysia telah ditandatangani oleh empat entiti. Empat entiti tersebut adalah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, North Borneo dan Sarawak dengan bersaksikan Kerajaan British. Tiada siapa boleh menyangkal bahawasanya tanpa perjanjian ini maka tiadalah Malaysia yang kita kenali sekarang.

Atas perihal pentingnya Perjanjian Malaysia ini untuk difahami dan dijadikan rujukan maka Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dengan restu seluruh kabinet Sarawak telah menghantar delegasi perundangannya ke Kota London. Delegasi ini diketuai oleh Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, YB Hajjah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bersama barisan peguam bertauliah dan ternama dari Sarawak Bumi Kenyalang.

Kunjungan delegasi perundangan ini membawa misi penting iaitu menggodek, mengkaji serta memahami apakah hak-hak sebenar rakyat Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ianya langsung sebagai satu isyarat kepada rakan sejajar pembentukan Malaysia bahawa Sarawak belum pernah beralah atas setiap tuntutannya.

Satu tindakan yang sudah tentu disokong oleh rakyat Sarawak kerana semenjak daripada dipimpin oleh mantan KM Allahyarham Tok Nan, rakyat Sarawak sehingga sekarang meminta Putrajaya untuk menghormati setiap hak-hak Sarawak. Tiada apa yang perlu dirisaukan jika berada di pihak yang benar.