Friday, 4 October 2019

PH MAHUKAN SARAWAK KERANA SARAWAK KAYA!


DAHULU GST itu dijadikan modal PH untuk “berdrama” dengan rakyat dan rakyat termakan pujukan tersebut sehingga membenarkan mereka berkuasa.  Dan sekarang sudah kedengaran untuk mereka “mengembalikan” semua GST itupun masih lagi cara berkias iaitu andaikata rakyat mahukan.  

Mengulas hal tersebut, Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yakni Ahli Parlimen Santubong menyatakan hanya di dalam tempoh 500 hari sahaja Kerajaan PH telah “berjaya” mengurangkan 11 sovereign funds iaitu 2/3 daripada nilainya pada tahun 2017.  Kemudian Petronas pula dibantai dengan RM82 bilion dan hasil jualan aset kerajaan pula sebanyak RM20 bilion.  Biarpun begitu hutang negara tetap melonjak daripada RM668 bilion kepada RM712 bilion.

Lagi menambah derita dengan pelabur asing sudah hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia dan nilai matawang ringgit jatuh menjunam berbanding USD iaitu sekarang nilainya RM4. Bursa saham Kuala Lumpur pula cacamerba dengan penurunan mata demi mata sehingga menjadi “sore loser” di dunia.

Jadi apalagi yang mereka perlukan bagi menyelamatkan Malaysia selain daripada mencari negeri mana yang boleh dijadikan modal untuk kembali segar jika tidak Sarawak yang kaya raya.  Memenangi PRN yang bakal tiba itu adalah satu misi wajib.  

Pautan berita penuh seperti berikut:

Jangan tidak tahu atau buat-buat tidak tahu.

#IamSarawakian
#SarawakFirst 

Thursday, 3 October 2019

PETRONAS SEDUT RM660 BILION HASIL MINYAK DARI SARAWAK DARI TAHUN 1976-2017. HANYA BAGI BALIK RM33 BILION KEPADA SARAWAK. ADILKAH?


ADA satu artikel yang dimuatnaik di dalam satu portal online iaitu The Malay Reserve bertarikh 30 September 2019 mengenai Petronas dan 5% cukai petroleum.  Antara intipati yang dinyatakan di dalam artikel itu adalah Petronas seharusnya tidak perlu membayar cukai jualan produk petroleum 5% kepada Sarawak kerana petroleum produk jatuh dibawah senarai persekutuan (federal list).  Ianya turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Ekonomi iaitu Datuk Seri Azmin yang mana berkata cukai 5% yang dikuatkuasakan oleh Sarawak itu boleh memberi impak negatif terhadap daya saing dan pendaoatan syarikat minyak negara iaitu Petronas.

Menurut Menteri Ekonomi, Petronas merupakan nadi utama kepada pembangunan industri minyak dan gas negara yang mana pendapatan negara bergantung kepada keberhasilan keuntungan yang didapati dari sumber Petronas itu sendiri.  Dengan Kerajaan Malaysia yang masih dibelenggu dengan hutang dan ketidakpastian pelabur-pelabur maka adalah tidak wajar untuk terus menekan syarikat minyak itu untuk membayar cukai yang dimaksudkan.  

Pautan artikel adalah seperti berikut:


Ekoran daripada itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri - Persekutuan dan Pemantauan Projek), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali tampil dengan satu kenyataan media semalam di laman mukabuku beliau yang bertajuk “Jika syarikat minyak asing seperti Shell, Murphy Oil, Pertamina dan sebagainya telah membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), mengapa Malaya dan Petronas tidak mahu membayar?”.

Menurut Yb Sharifah Hasidah, berdasarkan data sahih menyatakan sejak dari tahun 1976 hingga 2017, jumlah pendapatan yang diambil daripada pengeluaran dan jualan minyak dan gas dalam wilayah Sarawak berjumlah RM660 bilion namun hanya 5 peratus atau RM33 bilion dibayar kepada Sarawak. Dan semua gas asli yang diambil dari Sarawak telah ditukar kepada LNG (gas asli cecair) untuk dieksport ke Jepun, Korea dan Taiwan yang mana perolehan berdasarkan pertukaran wang asing telah begitu menguntungkan Kerajaan Malaysia. Dan pengenaan cukai jualan ke atas produk petroleum adalah tugas fidusiari Kerajaan Sarawak kepada rakyat negeri ini untuk mendapatkan bahagian pendapatan yang adil daripada hasil maksum milik wilayah Sarawak itu sendiri.  

Malah Sharifah Hasidah turut menepis artikel yang disiarkan yang mana menyalurkan maklumat yang tidak tepat iaitu berkaitan hak perlembagaan Negeri Sarawak untuk mengenakan SST produk petroleum terutama gas asli cecair, minyak mentah, cecair gas asli, baja berasaskan kimia dan gas kepada produk cecair.  Selepas bertahun lamanya menyumbang berbilion ringgit kepada kewangan persekutuan dari sumber petroleum Sarawak, beliau turut menempelak kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng (seperti dilapor The Malaysian Reserve) bahawa negeri mengenakan cukai jualan untuk tambahan pendapatan sebanyak RM3 bilion adalah tidak munasabah.

Ini kerana berdasarkan kadar pengeluaran semasa minyak dan gas di Sarawak dan harga minyak global semasa, jumlahnya adalah RM40 bilion setahun. Dan cukai 5 peratus yang dikenakan ini dianggarkan hanya menyumbangkan tambahan pendapatan RM3 bilion kepada negeri Sarawak sahaja. RM40 bilion digodek dan Sarawak hanya mahukan bahagian RM3 bilion. Berapa peratuslah sahaja itu.

Dan tatkala Lim Guan Eng menuduh bahawa Malaysia akan kehilangan keyakinan pelabur dalam industri minyak dan gas susulan pengenaan cukai ini, itu adalah bidang kuasa Persekutuan untuk meyakinkan pelabur dan tidak harus menyalahkan Sarawak semata-mata.  Andaikata Kerajaan Persekutuan merasakan tidak dapat mengekalkan keyakinan dan minat pelabur dalam industri minyak dan gas di Sarawak kerana pemain industri termasuk Petronas perlu membayar cukai sebanyak RM3 bilion setahun, kerajaan persekutuan perlu untuk mempertimbangkan secara serius  MEMBENARKAN SARAWAK MENGAWAL SELIA SEPENUHNYA INDUSTRI DIBAWAH ORDINAN PERLOMBONGAN MINYAK DAN ORDINAN PENGEDARAN GAS SARAWAK.  
Tambahnya, Ordinan Cukai Jualan Negeri (SST) 1998 diluluskan mengikut Perkara 95B(3) Perlembagaan Persekutuan yang mana cukup jelas menyatakan dibawah perundangan negeri Sabah dan atau Sarawak BOLEH MEMBUAT UNDANG-UNDAJG BAGI MENGENAKAN CUKAI JUALAN DAN SEBARANG CUKAI JUALAN YANG DIKENAKAN OLEH UNDANG-UNDANG NEGERI DALAM NEGERI SABAH DAN SARAWAK hendaklah disifatkan sebagai antara perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri dan bukan dalam Senarai Persekutuan.

Justeru, untuk badan perlembagaan perundangan negeri meluluskan undang-undang mengenai SST adalah tidak bergantung kepada Perkara 96 seperti yang dilaporkan dalam Malaysian Reserve.

Hak untuk negeri meluluskan undang-undang SST adalah diperbadankan dalam Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada cadangan dalam para 24 (1) Bab III Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang mana dilampirkan kepada Perjanjian Malaysia.
Justeru katanya, untuk mempersoalkan hak-hak negeri kepada levi SST adalah tidak menghormati Perjanjian Malaysia dan apa yang disediakan dalam undang-undang tertinggi negara sebagai sumber pendapatan Sarawak.

Pautan adalah seperti berikut:



Nampak gayanya dengan tarikh akhir yang diberikan kepada Petronas untuk membayar tunggakan cukai 5% yang dikenakan oleh Sarawak yang mana berakhir 31 Oktober 2019 ini seperti ada bayangan “mereka” TIDAK AKAN MELUNASKANNYA seperti yang dimahukan.  Sudahlah selama ini “gemok” menggodek hasil daripada Sarawak dan tidak malu mengaku hasil negeri sebagai hasil mereka ditambahlagi Kerajaan yang sedia ada sememangnya TIDAK MAHU MELEPASKAN walau sesen pun untuk dinikmati rakyat Sarawak waima ianya dikaut dari bumi Sarawak, sudah terang lagi bersuluh adalah perlu untuk Sarawak memuktamarkan isu ini ke mahkamah seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Cukup-cukuplah kita menjadi “balaci” selama lebih 40 tahun setelah Akta Petroleum diwujudkan.  Kesalahan pemimpin terdahulu jangan diulang dan dengan suara rakyat Sarawak yang kuat berkumandang menuntut hak-hak yang hilang dan terhakis, Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak harus membulatkan tekad memperjuangkan hak itu sehingga ke titisan yang terakhir.  Better late than never!

RM660 bilion keuntungan yang disedut dari minyak dan gas Sarawak dari tahun 1976 hingga 2017 dan Sarawak sepanjang tempoh itu hanya merasa RM33 bilion sahaja.  Maklumat sekarang hanya dihujung jari dan rakyat Sarawak tidak paloi selamanya. LANGSUNG TIDAK ADIL!!!

JIKA syarikat yang lain boleh membayar, mengapa Petronas yang sudah membantai hasil maksum Sarawak hampir satu abad DIKECUALIKAN????

#IamSarawakian
#SarawakFirst

WANITA IBAN ANAK SARAWAK, DUTA BESAR MALAYSIA KE PERU


SEBELUM ini nama beliau mungkin tidak dikenali oleh ramai anak Sarawak sendiri namun disebalik tidak dikenali itu, beliau merupakan wanita Iban yang telah menunjukkan dedikasi yang unggul di dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjawat awam di bahagian Kementerian Luar Negeri Malaysia.  

Puan Fenny Anak Nuli merupakan anak Iban kelahiran Sri Aman, Sarawak yang sekarang berusia 48 tahun telahpun membariskan namanya sebagai Duta Besar ke Peru.  Sekaligus beliau merupakan wanita Iban pertama dari Sarawak yang berjaya melakar sejarahnya tersendiri.  

Memulakan karier sebagai Pegawai Diplomatik di Kementerian Luar Negeri Malaysia pada tahun 1997.  Dan sejak dari itu, beliau terus mengorak langkah di dalam kariernya dengan menggalas tanggungjawab besar demi Negara. Antaranya adalah:

1. Assistant Director (ASEAN), 1997-2001;
2. Second Secretary at the Permanent Mission of Malaysia, United Nations, Geneva, Switzerland, 2001-2002;
3. Second Secretary at Embassy of Malaysia, Warsaw, Poland, 2002-2005;
4. Assistant Sectary (Finance) Ministry of Foreign Affairs, Putrajaya, 2005-2006;
5. Director (ASEAN), 2006-2008;
6. Minister Counsellor, Embassy of Malaysia, Bangkok, Thailand, 2009-2012;
7. Principal Assistant Secretary, Multilateral Economic and Environment, 2013-2015;
8. Undersecretary, International Cooperation and Development, 2015-2016;

Dan jawatan terakhir beliau sebelum Peru adalah sebagai Deputy Head of Mission di Pejabat Kedutaan Malaysia di Brussel, Belgium sejak di tahun 2016 lagi.

Tahniah kami ucapkan kepada Puan Fenny Anak Nuli atas perlantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Peru.  Semoga jejak langkah beliau akan menjadi aspirasi untuk kesemua anak Sarawak amnya dan wanita Sarawak khususnya.  

Tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncangkan dunia. 

USAH PERSENDA LAGU KEBANGSAAN “NEGARAKU”


SEMAKIN hari semakin galak puak-puak tertentu di Sarawak yang cuba memainkan sentimen yang pelik-pelik.  Sikap opportunis sesetengah ahli politik yang bermain api atas nama survival seharusnya jangan dipandang sepi.  Tidak berdiri sewaktu lagu kebangsaan dimainkan sebagai tanda protes senyap kerana isu royalti tidak diberikan seharusnya tidak berlaku.  Isu royalti adalah isu kerajaan Persekutuan yang tidak melaksanakannya jangan pula disamakan dengan lagu kebangsaan “Negaraku” yang menjadi lambang penghormatan dan ikon seorang warganegara Malaysia.  

Semalam pula timbul lagi satu isu yang mana Parti Bumi Kenyalang, salah satu parti tempatan Sarawak mencadangkan agar lagu kebangsaan “Negaraku” diubah dan diganti yang baharu kerana konon-kononnya tidak mencerminkan makna sebenar penubuhan Malaysia.  

Mengulas hal tersebut, Datuk Abdul Karim Hamzah yakni Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak yang juga ADUN Asajaya bertegas menyatakan bahawa mana-mana individu seharusnya tidak mencampur-adukkan politik dengan semangat patriotisma.  Lagu Kebangsaan bukannya seperti lagu carta hit yang boleh ditukar ganti sesuka hati kerana ianya mempunyai makna dan sejarahnya serta dipersetujui oleh kesemua pembentuk Negara Malaysia malah mempunyai aktanya tersendiri.   

Pautan berita penuh adalah seperti berikut:


Untuk rekod jika kita mengimbau sejarah Lagu Kebangsaan “Negaraku” bermula pada tanggal 5hb Ogos 1957 yang mana pada ketika itu ianya diadaptasi dari lagu “Allah Lanjutkan Usia Sultan” yang menjadi lagu rasmi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu iaitu negeri Perak sejak di tahun 1888. Pada masa itu Persekutuan Tanah Melayu diambang menyambut kemerdekaan mereka yang diwar-warkan pada tanggal 31 Ogos 1957 dan lirik lagu Negaraku dicipta oleh Saiful Bahari.  

Kemudian sejajar dengan waktu, rentak lagu Negaraku mengalami sedikit perubahan tanpa liriknya digubah dan lagu Negaraku yang kita dengar sehingga ke hari ini, pertama kalinya didendangkan kepada Malaysia ketika di ambang sambutan Hari Merdeka Malaysia pada tanggal 31 Ogos 2003.

Setiap lagu kebangsaan bukanlah sembrono diangkat sebegitu sahaja malahan ianya dilindungi dibawah undang-undang Malaysia.  Dek kerana itu, pihak Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mewartakannya pada tahun 1968 yang mana dikenali sebagai Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan kemudiannya akta tersebut disemak semula oada tahun 1989.

Jadi, tiada signifikasi jika kita hendak menyarankan pengubahan lagu kebangsaan sedangkan hakikatnya sebagai rakyat Sarawak yang harus kita perjuangkan sekarang adalah segala hak yang hilang dan terhakis selama ini mengikut Perjanjian Malaysia 1963. Ada lagi yang lebih diutamakan daripada hal picisan seperti ini.  

Jika benar-benar hendak lagu sendiri, puak-puak yang seangkatan dengan Parti Bumi Kenyalang sabarlah menanti anda membentuk negara sendiri. Buat masa ini, mana-mana rakyat Sarawak yang masih memegang kad pengenalan Sarawak warganegara Malaysia, hormatilah lagu kebangsaan Negara Malaysia. TITIK!  

KERAJAAN TIADA MASALAH TERIMAPAKAI GST 3%


ANTARA manifesto PH pada PRU ke 14 yang lalu adalah untuk memansuhkan GST yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak 1 April 2015. Dan tatkala PH berjaya menawan Putrajaya maka gegak gempita kuartet PH kerana kejayaan mereka membenarkan GST 6% dimansuhkan pada tanggal 1 September 2018 lantas diganti dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).  Pada masa itulah, Malaysia satu-satunya negara di dunia yang memecah rekod sebagai satu-satunya yang berbuat demikian iaitu kembali kepada sistem percukaian yang lama.  

Dan dua hari ini sekali lagi isu GST menjadi tajuk utama di media sosial dan media massa apabila dikatakan GST akan kembali lagi dengan peratusan GST 3% seperti yang disarankan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).  Dan saranan MIER ini disahut dengan baik oleh Perdana Menteri Malaysia yakni Tun M yang menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak mempunyai masalah untuk mengkaji semula perlaksanaan GST itu semula.  

Pautan berita adalah seperti berikut:


Kalaulah benar seperti yang diperkatakan, nampak gayanya sekali lagi rakyat Malaysia “DIKENCING BERDIRI” oleh kerajaan yang dipilih hampir satu setengah tahun yang lalu. Apa lagi selepas ini? Kita tungguuuuu.

Tuesday, 1 October 2019

GAGAL BAYAR ROYALTI, HENTIKAN OPERASI MINYAK PETRONAS DI SARAWAK


ISU royalti 20% yang tidak dapat dilaksanakan terus menjadi topik di Sarawak dan kali ini Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak iaitu Soo Li Ching pula mengutarakan pendapatnya.  Beliau mencabar YB Chong Chieng Jen, ADUN Kota Sentosa yang sebelumnya menyalahkan Kerajaan Sarawak tidak menerima tawaran mereka menyebabkan kegagalan tersebut.  
Menurut Soo, Chong sebagai orang kuat PH dicabar untuk memberitahu PM Tun M agar menghentikan sahaja segala operasi minyak yang dibuat oleh Petronas di Sarawak.  Tambah beliau Chong yang gah berkata penolakan pakej itu menyebabkan isu royalti bersyarat tidak dapat dilaksanakan sedangkan semasa Petronas dibenarkan mengodek hasil minyak dan gas Sarawak untuk pembangunan di Malaya, Sarawak TIDAK PERNAH MENGENAKAN SYARAT.  Diambil tanpa syarat tetapi bila Sarawak menuntut royalti dikenakan syarat! Tidak boleh diterima dek akal dakwa Soo.
Pautan berita penuh:
https://suarasarawak.my/2019/10/01/hentikan-operasi-jika-gagal-bayar-royalti/?fbclid=IwAR2GkePGZXDKXS0p7W-HLx3HeufPdio75jjAtKe9IeKSdjipyBoO17PA2qM

AKTA LAGU KEBANGSAAN: TIDAK BERDIRI SEWAKTU LAGU KEBANGSAAN BOLEH DIDENDA RM100


TULAR di media sosial mengenai satu rakaman video yang mana menyaksikan lapan individu rakyat Sarawak TIDAK BERDIRI sewaktu lagu kebangsaan “Negaraku” dimainkan. Namun begitu difahamkan mereka berdiri malah menyanyi bersama lagu kebangsaan “Sarawak Ibu Pertiwiku” dimainkan.  

Sehubungan dengan itu, pihak PDRM telah memanggil kesemua lapan individu ini ke balai bagi membantu siasatan.  Menurut jurucakap Sarawak For Sarawakian menyatakan bahawa tindakan mereka berbuat sedemikian adalah PROTES SENYAP mereka terhadap Kerajaan Persekutuan.  

Untuk rekod, dibawah Akta Lagu Kebangsaan mana-mana individu yang tidak berdiri untuk menghormati Lagu Kebangsaan boleh didenda tidak melebihi RM100.  

Cukupkah itu?