Monday, 3 February 2020

PETRONAS DAKWA MEREKA DIPAKSA MEMBAYAR CUKAI 2X


HARI pertama pendengaran kes Sarawak Vs Petronas yang bermula dari tanggal 3-5 Februari sudahpun selesai.  Semalam menyaksikan ramai ahli politik Sarawak tanpa mengira parti baik pembangkang mahupun pemerintah memenuhi setiap ruang yang ada di Mahkamah Tinggi Kuching bersama-sama dengan rakyat Sarawak bagi menyokong usaha Kerajaan Sarawak.    

Berdasarkan kepada perbicaraan semalam menyaksikan Peguam Petronas mendakwa bahawa cukai jualan produk petroleum (SST) yang dikenakan oleh Sarawak ke atas Petronas akan menyebabkan Petronas harus membayar cukai dua kali.  Ini kerana Petronas sudahpun membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada Sarawak.  Petronas juga mempersoalkan Ordinan Cukai Jualan 1998 yang kemudiannya dibuat pindaan pada tahun 2018 adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.  Menurut Petronas mereka merupakan perbadanan Kerajaan Malaysia yang ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan bukanlah pembayar cukai.  

Perbicaraan bersambung hari ini, 4 Februari 2020.    

Pautan berita penuh:

Sunday, 2 February 2020

SARAWAK BAWA PULANG RANGKA MANUSIA PURBA GUA NIAH DARI AMERIKA


SEKITAR tahun 1950an, penemuan arkeologi Kurator Muzium Sarawak yang pertama iaitu Tom Harrisan di Gua Niah telah menemui lebih kurang 200 rangka manusia purba dan sejumlah 122 daripadanya telah dihantar ke Universiti Nevada Amerika Syarikat untuk dibuat pengkajian yang lebih mendalam.  Ini kerana pada masa itu Sarawak masih belum mempunyai kapasiti untuk melakukan kajian arkeologi.  Sejak daripada itulah dari Universiti Nevada ianya turut telah berpindah tangan iaitu ke Universiti Florida dan seterusnya ia kekal di universiti tersebut walaupun pengkajian sudah disiapkan.  

Setelah lebih sedekad jauh dari tanah asal akhirnya rangka-rangka manusia purba Gua Niah akan “pulai menoa” pada Februari atau Mac 2020 ini.  Dengan Sarawak sekarang sedang di dalam proses menyiapkan galeri untuk Kompleks Muzium Kampus iaitu yang terbesar di Malaysia menjadikan dengan kuasa yang ada memandangkan rangka purba itu dicatitkan sebagai “HANYA DIPINJAMKAN” kepada pihak universiti di Amerika Syarikat maka pihak Kerajaan Sarawak telah meminta ianya dipulangkan lantas akan dipamerkan di kompleks muzium itu kelak.

Difahamkan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak yakni Datuk Abdul Karim Hamzah sendiri akan mengetuai rombongan dari Sarawak ke Amerika Syarikat untuk menyaksikan sendiri proses penghantarannya pulang ke Sarawak.  

Pautan berita penuh:


Ini merupakan satu kejayaan besar buat Sarawak kerana berupaya membawa pulang “harta tidak ternilai” Sarawak yang begitu lama hilang dari pandangan kita semua.  Dahulu kita kekurangan kapasiti untuk melakukan kajian tetapi sekarang Sarawak tidak kurang dengan pengkajian mengenai arkeologi yang dilakukan graduan-graduan dan pakar arkeologi tempatan.  Tidak dinafikan masih banyak lagi yang berada di luar negara dan diharap ada banyak lagi usaha membawa ia kembali ke tempat asalnya.  

Ehsan gambar: The Star

ADUN TUPONG SELAR PEMBOHONGAN PENGERUSI SAHABAT KEADILAN SARAWAK MENGENAI SHELL


BEBERAPA hari yang lepas, Pengerusi Sahabat Keadilan Sarawak yakni Iswardy Morni telah mengeluarkan kenyataan di dalam laman mukabukunya mendakwa bahawa SHELL iaitu antara syarikat antarabangsa yang membuat explorasi minyak dan gas di Sarawak membayar KURANG DARI 5% cukai jualan (SST) produk petrol dan gas kepada Kerajaan Sarawak.  

Mengulas isu itu, YB Fazzruddin Abdul Rahman yakni ADUN Tupong (GPS) menempelak kenyataan Pengerusi Sahabat Keadilan Sarawak yang menurut beliau adalah satu pembohongan semata-mata.  Apa yang cuba disajikan oleh Iswardy adalah untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar malah tuduhan tanpa asas sebegitu akan boleh mengganggugugat kredibiliti SHELL sebagai sebuah syarikat antarabangsa.  

Menurut ADUN Tupong, SST adalah pendapatan “istimewa” yang diberikan kepada Sarawak seperti yang termaktub di dalam undang-undang. Hasil daripada SST inilah yang digunakan untuk membangunkan Sarawak. Iswardy menurut beliau seharusnya sedar bahawa telah tertulis di dalam manifesto PH pada PRU lepas untuk menaikkan royalti minyak dari 5% kepada 20% namun sudah disahihkan ianya hanya satu janji dicapati sahaja.  

Pautan berita penuh:


Begitulah gayanya seorang yang konon-konon dikatakan “bakal YB PKR” di Asajaya kelak yang sehingga kini jika kita lihat di media sosial, PKR Sarawak masih bercakaran sesama sendiri hanya kerana ada yang pro kartel dan pro Anwar.  Mungkin hanya untuk meraih populariti sepertimana ketika beliau mengemudi “Bajet Harapan Sarawak 2020” yang dihantar ke Wisma Bapa Malaysia tahun lepas.  “Bajet Nyunsung” yang menjadi bahan ketawa ramai rakyat malah PKR Sarawak sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa ianya bukan daripada mereka.  

Bohong dan fitnah memang sudah lali di dalam permainan politik mereka.  Bertanding di bahagian cabang pun kalah.  Lebih sudu dari kuah!  

RAKYAT MALAYSIA DI WUHAN DIJANGKA PULANG ESOK


DIFAHAMKAN kepulangan 108 rakyat Malaysia beserta dengan 24 bukan warganegara yang merupakan pasangan serta anak-anak mereka dari Wuhan, China dijadualkan esok hari, 3 Februari 2020.  Mereka akan pulang dengan menggunakan penerbangan khas iaitu pesawat Air Asia bersama 12 anak kapal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe, China.  

Setakat ini tidaklah diketahui bilakah jadual penerbangan mereka kerana usaha masih lagi dilakukan bagi memuktamadkannya.  Turut dinyatakan hanya yang didapati sihat untuk menaiki pesawat akan dibenarkan pulang selepas tapisan kesihatan dilakukan oleh Kerajaan China di kawasan lapangan terbang itu kelak.  

Pautan berita penuh:


Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan perjalanan pulang semua rakyat kita di sana.  

Saturday, 1 February 2020

FILIPINA CATAT KORBAN PERTAMA VIRUS WUHAN DI LUAR NEGARA CHINA


NEGARA Filipina mencatatkan korban pertama di luar negara China apabila seorang warganegara China yang tiba di Filipina bersama pasangannya berusia 38 tahun yang merupakan kes pertama positif di Filipana pada tanggal 21 Januari dan dimasukkan ke wad pada 25 Januari lepas meninggal dunia akibat virus corona semalam, 1 Februari 2020. Korban pertama ini seorang lelaki berusia 44 tahun.


Pautan berita penuh:


RAkYAT CHINA DISEKAT MASUK SARAWAK BERKUATKUASA SERTA MERTA


MELALUI kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada hari ini, 1 Februari 2020 telah mengeluarkan arahan untuk melaksanakan SEKATAN KE ATAS RAKYAT NEGARA CHINA DAN WARGA ASING (yang pernah ke China 14 hari sebelumnya) MEMASUKI SARAWAK berkuatkuasa serta merta.

Sila baca kenyataan media yang dilampirkan untuk hal yang seterusnya.

SARAWAK BAWA PULANG RAKYAT SARAWAK DI CHINA


KERAJAAN Sarawak hari ini mengambil keputusan untuk terus menyekat kedatangan pelancong dari China ke Sarawak.  Dan atas rasa tanggungjawab mengenang ada rakyat Sarawak yang masih terperangkap di negara China, Kerajaan Sarawak turut akan membawa kesemua mereka pulang ke Sarawak dan pemantauan sedang dilakukan bagi menjejaki mereka di negara tersebut seterusnya menguruskan segala proses untuk membawa mereka pulang ke ibu pertiwi dengan segera.  

Selain itu, Kerajaan Sarawak bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan memastikan kesemua mereka dikuarantin dan kerana itulah satu tempat khas dikenalpasti untuk tujuan tersebut.   


Pautan berita penuh:


Corona virus bukanlah satu epidemik yang hanya berlaku di wilayah Wuhan sebaliknya seluruh China dan langkah Kerajaan Sarawak untuk membawa pulang kesemua rakyat Sarawak yang terkandas di Negara China sekarang adalah satu tindakan yang wajar.  Ditambahlagi mereka juga akan turut dikuarantin di negeri sendiri dengan fasiliti pengkuarantinan yang tidak bercampur dengan hospital kerajaan dan sebagainya.