Saturday, 22 February 2020

SARAWAK BAIKPULIH 56 SEKOLAH DAIF DI UTARA DENGAN BIAYA SENDIRI


JIKA diikutkan ianya adalah fungsi Kerajaan Persekutuan kerana pendidikan itu dibawah kuasa mereka namun begitu Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak tidak terus diam tatkala walau ada cerita disebalik pembayaran RM1 Bilion kontra yang menjadi persoalan sekarang kerana 56 buah sekolah yang terletak di bahagian utara Sarawak akan dibaikpulih dengan menggunakan dana Kerajaan Sarawak sendiri.  Hal ini diwar-warkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari di pelancaran GPS Zon 15A di Lawas hari ini.  

Menurut beliau, kesemua baikpulih sekolah daif di bahagian utara Sarawak akan diuruskan oleh Northern Region Development Agency (NRDA) yang mana melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion. Tender-tender akan mula dikeluarkan tidak lama lagi bagi memastikan anak-anak di bahagian utara Sarawak mampu belajar di dalam suasana yang lebih kondusif.  

Pautan berita penuh:

2 KES BAHARU DISYAKI COVID-19 DI SARAWAK (22/2/2020)


SEKRETARIAT Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan ada dua lagi kes baharu disyaki Covid-19 di Sarawak.  Kes tersebut masing-masing satu di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri yang melibatkan rakyat Malaysia.   Dari 10 Januari hingga 22 Februari 2020, Sarawak mencatatkan kumulatif 109 kes yang disyaki yang mana 99 kes disahkan negatif manakala 10 kes lagi masih menunggu keputusan ujian makmal darah.  Dari 10 kes tersebut sembilan adalah rakyat Malaysia dan satu kes melibatkan seorang warganegara China yang sekarang di wad isolasi Hospital Bintulu.  

Pautan berita penuh:


Friday, 21 February 2020

TIADA LAGI IKON PANTAI TUSAN “KUDA SEDANG MINUM”


DUNIA netizen seluruh Malaysia hari ini digemparkan dengan berita runtuhnya salah satu ikon Pantai Tusan di Miri iaitu yang digelar “Kuda sedang minum”.  Dek kerana adanya batuan unik inilah nama Pantai Tusan terkenal seantero Malaysia sehingga ada pelancong yang akan ke pantai tersebut semata-mata ingin melihatnya.  Namun apakan daya sudah kehendak alam ditambahlagi dengan ianya terdiri daripada batuan yang rapuh dan terdedah langsung ianya lenyap dari pandangan kita semua.  

Keindahan Pantai Tusan sememangnya mampu membuat pencinta alam jatuh cinta pandang pertama dan sekarang yang tinggal mungkin tatkala fenomena “blue algae” menjengah Tusan kelak.  

Mungkin disebalik keruntuhan batuan “Kuda sedang minum”, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak boleh mencadangkan untuk membina tugu tersebut daripada binaan yang lebih kukuh di tempat yang sama dengan mencatitkan sejarah ikon tersebut.  Sudah tentu ianya akan terus dikenang dan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke Pantai Tusan.  


Kredit gambar: I Love Sarawak 

68 KAKITANGAN LBU AKAN DISERAPKAN KE KEMENTERIAN INFRASTRUKTUR DAN PEMBANGUNAN PELABUHAN SARAWAK


SELEPAS pembatalan PDP Lebuhraya Pan Borneo oleh Kerajaan Persekutuan menyaksikan hampir 500 kakitangannya yang rata-ratanya anak Sarawak kehilangan kerja.  Sesuatu yang sememangnya amat menyedihkan kerana mereka merupakan anak-anak Sarawak yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan cukup berpengalaman di dalam urusan pembinaan.  Ada antara mereka sanggup melepaskan gaji yang tinggi di luar Sarawak semata-mata untuk kembali berbakti menabur khidmat mereka untuk ibu pertiwi.  

Namun begitu mungkin ada sirna untuk bekas kakitangan LBU kerana menurut Tan Sri Datuk James Jemut Masing, kementeriannya iaitu Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak akan menyerapkan 68 daripada bekas kakitangan LBU untuk berkhidmat dengan mereka.  Dengan JKR Sarawak akan menguruskan Projek Lebuhraya Pan Borneo sendiri maka segala kepakaran 68 orang bekas kakitangan LBU amatkan dituntut.  

Untuk tujuan itu, satu kertas kerja telah dibuat oleh Kementeriannya yang akan dihantar ke mesyuarat Kabinet Sarawak bulan depan.  

Pautan berita penuh:


Biarpun bukan semua yang mampu diserapkan tetapi sekurang-kurangnya masih ada peluang untuk ramai anak Sarawak bekas kakitangan LBU yang berjaya meneruskan pekerjaan mereka.  Dengan keadaan sekarang yang mana banyak faktor ketidaktentuan menyaksikan bukanlah mudah untuk mencari satu pekerjaan.  

TIGA KENYATAAN BERLAINAN, KEJUJURAN PUTRAJAYA WAJAR DIPERSOALKAN!


TATKALA Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengatakan bahawa pembayaran kontra sebanyak RM700 juta untuk membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak telah dibayar kepada Putrajaya namun begitu tiada satupun sekolah yang dibaikpulih menggunakan peruntukan tersebut setakat ini sememangnya sesuatu yang amat mengecewakan kita semua.  Sebagai rakyat Sarawak sudah tentu kita menuntut mengapa hal ini harus terjadi kerana yang menjadi mangsa adalah generasi pelajar anak Sarawak yang masih lagi terkapai-kapai belajar di dalam situasi yang tidak menyenangkan.  

Dalam pada itu kita turut mendengar bagaimana reaksi Pengerusi DAP Sarawak iaitu YB Chong Chieng Jen yang seperti biasa akan cuba memutarbelit fakta demi untuk menyelamatkan “tuannya” di Malaya.  Di dalam kenyataannya dua hari yang lepas, Chong menyelar kenyataan KM Abang Jo dengan mengatakan bahawa kerja-kerja untuk membaikpulih sekolah daif sudahpun bermula.  


Hakikatnya apa yang cuba dimomokkan oleh YB Chong itu berlawanan dengan kenyataan daripada Lim Guan Eng iaitu bos sekapal dengannya di Persekutuan.  Ini kerana LGE sendiri mengaku bahawa tiada kerja-kerja baikpulih sekolah-sekolah daif dilakukan dengan menggunakan pembayaran kontra RM1 bilion yang dibayar oleh Sarawak.  

Antara alasan yang digunapakai oleh LGE bahawa kerja-kerja tidak dapat dilakukan adalah kerana Kementerian Pendidikan Sarawak yang mahukan sesetengah sekolah daif ini digabungkan menjadi satu sekolah sahaja.  

Pautan berita seperti berikut:

https://www.theborneopost.com/2020/02/20/sarawaks-centralised-school-idea-held-up-dilapidated-schools-repair-says-guan-eng/
Dan berbicara soal penggabungan sekolah daif itu juga turut mendapat respons Menteri Kerjaraya iaitu YB Baru Bian yang bertegas mengatakan bahawa penggabungan sekolah bukanlah alasan untuk tidak membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  Beliau sendiri mahukan ia dilaksana seberapa segera yang boleh kerana beliau mengetahui jerih-perih anak-anak Sarawak yang belajar di sekolah daif di Sarawak.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Chong dengan kenyataan lebih sudu dari kuah telah dibidas oleh Menteri Pendidikan Sarawak iaitu DS Michael Manyin yang mempersoalkan fakta yang diberikan oleh beliau yang sememangnya hanya “cakap murahan” Chong seperti biasa.  Padahal itu bukan bidang kuasa kementerian yang diwakili oleh Chong Chieng Jen sebagai Timbalan Menteri KPDNKK.  Fakta beliau langsung TIDAK SAMA dengan apa yang diperkatakan oleh LGE.  Manakala kenyataan LGE yang memberikan alasan yang tidak masuk dek akal iaitu kelewatan kerana masih belum ada kata putus mengenai penggabungan sekolah sememangnya bercanggah sama sekali dengan apa yang dilontarkan oleh Menteri Kerjaraya YB Baru Bian yang mana kementeriannya yang bertanggungjawab atas isu ini secara langsung.  

Mengapa terlalu banyak kenyataan yang bercanggah biarpun dari kapal yang sama? YB Chong sudah-sudahlah menjadi “superman” menjadi “menteri penauk” dengan hampir kesemuanya dia hendak masuk campur.  YB Baru Bian sudah tentu almaklum akan keadaan sekolah daif di Sarawak dan seharusnya beliau memperjuangkan itu sebagai misinya bukannya sudah diketuk baharulah ada bunyi.  

Sekarang kejujuran Putrajaya yang dipersoalkan samada mahu atau tidak membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  RM700 juta pembayaran kontra sudah dibayar dan itu hak rakyat Sarawak.  Jangan sesekali menggunakannya untuk tujuan yang lain kerana itu pembayaran “in advance”.  Setuju dengan kenyataan daripada Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar beberapa hari yang lepas yakni beliau berkata andai Putrajaya tidak mampu, KEMBALIKAN DUIT TERSEBUT DAN BENARKAN SARAWAK MENGURUSKANNYA SENDIRI walaupun Pendidikan itu adalah bidang kuasa Persekutuan.  

Hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih! 

Thursday, 20 February 2020

TARIKH SIAP PAN BORNEO DITUNDA KE JUN 2022


JIKA diikutkan perancangan dahulu, tarikh Lebuhraya Pan Borneo (jajaran Sarawak) akan siap pada tahun 2021 yakni tahun hadapan.  Namun dek kerana pembatalan PDP makanya rakyat Sarawak terpaksa menunggu lagi yakni sehingga Jun 2022.  Ini yang diwar-warkan oleh Menteri Kerjaraya Malaysia, YB Baru Bian.  

Pautan berita penuh:

MISI KEDUA BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN 25/2/2020


TANGGAL 4 Februari yang lalu menyaksikan satu penerbangan misi khas telah berjaya membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan.  Dan mereka kemudiannya telah dikuarantinkan selama 14 hari di Nilai, Negeri Sembilan sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 18 Februari yang lalu.  Dan hari ini Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Saifuddin Abdullah mengwar-warkan kumpulan kedua rakyat Malaysia akan dibawa pulang dari Wuhan pada hari Selasa depan, 25 Februari 2020.  

Setakat ini tidaklah diketahui lagi berapakah jumlah yang dibawa pulang dan adakah adakah Air Asia akan turut serta atau sebaliknya. Untuk rekod sejumlah 77,000 rakyat Malaysia berkelana di Negara China sejak pademik Covid-19 mula menyerang China.  

Pautan berita penuh:


Sama-samalah kita berdoa agar segala urusan kepulangan mereka dipermudahkan.  



Kredit gambar: Persiapan krew AA di dalam misi khas pada 4/2/2020 (Vocket)