Thursday, 30 November 2017

POLITIK TIDAK BERMARUAH TS PANDIKAR


Komen: Merujuk kpd Statement TS Pandikar.


Amat mengejutkan dan pelik pendirian serta kenyataan Pandikar sebagai anak jati Sabah yg menganggap MA63 tidak relevan.

Pandikar begitu yakin mengatakan bahawa hak negeri Sabah dan Swk tidak pernah terhakis sejak penubuhan Malaysia. 

Secara tidak langsung Pandikar juga beranggapan bahawa kedudukan Sabah, Swk dan negeri2 dlm Malaysia adalah sama-rata semasa Penubuhan Malaysia dan di bwh Perlembagaan Persekutuan.

Saya anggap Pandikar pemimpin yg sombong sehingga secara terbuka mencabar YAB KM Abg Jo utk berdebat ttg MA63. Biar rakyat Sabah menilai sendiri kedudukan Pandikar samada mereka masih memerlukan pemimpin spt ini di pihak mereka. Saya yakin Pandikar gagal memahami sentimen serta inspirasi rakyat Sabah dan Swk yg sekadar mahu di layani secara adil mengikut terma dan semangat MA63 serta peruntukan Perlembagaan. 

Mana2 peruntukan Perlembagaan yg telah diubah atau sebarang cubaan utk mengubah peruntukan Perlembagaan yg akan mengugat atau menghakis kepentingan serta keistimewaan negeri Sabah atau Swk haruslah diperbetulkan atau di bantah.

Saya berani dan yakin mengatakan bahawa seluruh rakyat Swk membantah dan tersinggung dgn kenyataan Pandikar. Sikap bongkak beliau yg tidak menghormati kedudukan DP Abg.Jo sebagai KM Swk juga mengundang kebencian rakyat Swk terhadap beliau.

Pandikar tidak sepatutnya begitu cepat utk membuat andaian bahawa kita di Swk ini bodoh dan cuai dlm kajian serta pengetahuan kita ttg MA63.

Kesimpulan yg dpt saya buat ialah, Pandikar terpaksa membuat statement sedemikian semata-mata utk mempastikan survival Politik beliau. 

Dan pendirian beliau juga saya anggap sebagai "Politik tidak Bermaruah". (Politically Immoral and insecure)


YB Abdullah Hj.Saidol
Ketua Setiausaha Politik kpd YAB KM Swk.
30.Nov - 6.30pm

Wednesday, 29 November 2017

ABG JO TIDAK SETUJU PENDAPAT PANDIKAR AMIN


APABILA seorang Speaker Dewan Rakyat iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan kenyataan songsang yang mengatakan Perjanjian Malaysia 1963 itu TIDAK PENTING malah tiada dalil yang mengatakan Sabah dan Sarawak itu “istimewa” malah setaraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia telah mendapat maklumbalas yang pelbagai dari rakyat kedua-dua negeri tersebut.  

KM Abang Jo sewaktu menyempurnakan Majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak dan Kolej Lanjutan Sarawak (I-CATS) di BCCK turut melontarkan pendapat beliau.  Dengan penuh tegas beliau mengatakan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 itu amat penting kerana hak-hak wilayah Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia iaitu tiga entiti pembentuk Malaysia adalah tiang seri kepada perjanjian itu.  

Sementara itu lain pula halnya dengan cabaran daripada Pandikar Amin yang membuka pintu seluas-luasnya untuk perdebatan mengenai hal tersebut.  Hari ini juga menyaksikan State Reform Party Sarawak (STAR) melalui Puan Lina Soo telah berbesar hati menerima cabaran tersebut. Menurut kenyataan media mengatakan bahawa surat pelawaan telahpun dihantar dan lokasinya dijadualkan akan berlangsung di Kuala Lumpur sekiranya Tan Sri Pandikar mempersetujuinya. 

Sunday, 26 November 2017

SARAWAK MUNGKIN AKAN ADA STESEN TV SENDIRI


STESEN televisyen negeri Sarawak sendiri sudah tentu menjadi impian rakyat Sarawak memandangkan apa yang berlaku sekarang amat kurang meliputi negeri Sarawak yang luas.  Ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan Cawangan-cawangan PBB untuk Nangka, Pelawan, Dudong, Bawang Assan dan Bukit Assek semalam, CM Abang Jo menyatakan impiannya untuk Sarawak mempunyai satu stesen tv sendiri.  Walaupun begitu, itu bukanlah sesuatu yang akan dilakukan pada masa terdekat kerana perjalanannya masih panjang.

Buat masa sekarang, Sarawak masih lagi bergantung kepada penyebaran berita daripada stesen tv yang berpusat di Semenanjung Malaysia seperti RTM dan TV3. Dek kerana itu kadang-kala berita atau apa sahaja mengenai Sarawak kurang diberikan pendedahan buat rakyat Malaysia.  Andainya cita-cita CM Abang Jo mampu direalisasikan sudah tentu akan memberi impak yang positif kepada seluruh rakyat Malaysia terutama pemahaman untuk mengenali apa itu Sarawak.  

Thursday, 23 November 2017

BAJET JOHOR 2018 PEMASTAUTIN SARAWAK SABAH TIDAK DILUPAKAN


DENGAN tema “Membangunkan Dekad Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor”, bajet untuk negeri Johor Darul Takzim 2018 telah memperuntukkan hampir RM300,000 yang dikhaskan untuk pemastautin dari Sarawak dan Sabah di Johor.  Dana sebanyak RM300,000 itu adalah bagi menggalakkan pemastautin dari Sarawak dan Sabah di Johor untuk menjalankan pembangunan ekonomi serta melaksanakan program mereka termasuklah untuk menjalankan perniagaan kecil buat menambahkan lagi sumber ekonomi mereka.  

Sekalong tahniah dan terima kasih buat Kerajaan Negeri Johor dibawah kepimpinan Menteri Besar iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled yang sentiasa memberi perhatian ke atas kebajikan rakyat Sarawak dan Sabah yang mendiami Johor selama ini.

Tuesday, 21 November 2017

TEMU KANGEN PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA




SEKITAR suasana di Stadium Perpaduan Petrajaya. Masyarakat Indonesia yang tinggal atau bekerja di Sarawak sudah memenuhi stadium untuk program "Temu Kangen Presiden Republik Indonesia" iaitu Presiden Joko Widodo. Difahamkan beberapa artis terkenal Indonesia akan membuat persembahan petang ini.

FORUM EKONOMI ISLAM SEDUNIA (WIEF) DI KUCHING




Ketibaan PM Malaysia yang diiringi CM Sarawak untuk acara perasmian 21/11/2017


Steve Wozniak (Apple) & Daniel Sieberg (Google)

SARAWAK melakar sejarahnya tersendiri semalam apabila Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) diadakan di Kuching, Sarawak yang mana menyaksikan hampir 2,500 orang delegasi dari 60 buah negara berkampung di Borneo Convention Centre selama tiga hari iaitu dari tanggal 21 - 23 November 2017.  

Semalam juga menyaksikan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak merasmikan sidang forum tersebut.  Antara acara yang mendapat perhatian adalah sidang temubual bersama pengasas Apple Inc. Iaitu Steve Wozniak yang berkongsi pengalamannya bersama sidang delegasi.  

Hari ini iaitu 22 November 2017, Rundingan Tahunan Malaysia Indonesia turut mengambil tempat di Kuching yang mana disertai oleh Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo.  

Sunday, 19 November 2017

REGATTA SARAWAK 2017










REGATTA Sarawak telah pun melabuh tirainya semalam. Difahamkan selama 3 hari regatta diadakan kira-kira 30 ribu orang awam membanjiri Tebingan Kuching dan Tebingan sungai kampung seberang hilir bagi menyaksikan sukan air yang tertua di Asia tersebut.

Seperti yang dijangka pasukan Landas menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai "Raja Sungai Sarawak" apabila berjaya menewaskan semua pencabarnya dalam acara 30 pekayuh perahu bidar lelaki.

Dengan kemenangan tersebut sekaligus membolehkan pasukan Landas membolot Piala Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak dan wang tunai sebanyak RM16 ribu, termasuk RM10 ribu selaku juara.

Apa yang menarik tumpuan petang semalam adalah perlumbaan bidar 20 lelaki kategori kenamaan, yang dilepaskan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Dalam perlumbaan ini, perahu milik Sulta Brunei yang dikayuh sendiri oleh Sultan Hassanal Bolkiah muncul juara. Manakala perahu milik Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Timbalan Ketua Menteri masing-masing mendapat tempat kedua.