INI hanya satu gambaran biasa
yang menjadi realiti penghidupan di pendalaman Sarawak iaitu di Kapit. Apabila musim perayaan samada Gawai mahupun
Krismas, ramai anak-anak Sarawak akan pulang ke kampung halaman untuk
merayakannya bersama-sama keluarga di kampung.
Dan seperti biasa maka ramailah
yang akan berkata inilah lumrah apabila jalinan perhubungan darat iaitu
jalanraya belum ada. Untuk kesekian
kalinya lebih 53 tahun menunggu tidak lama lagi akan tertunailah jalanraya
untuk penduduk di Kapit cuma harus bersabar menunggu jajaran Lebuhraya
Pan-Borneo siap.
Itu cerita pengangkutan darat
dan buat masa sekarang yang ada hanyalah bot express sebagai “nyawa” untuk pulang
ke kampung. Yang menjadi kekhuatiran
kita adalah hampir saban tahun jika melihat kepada rekod mesti ada kemalangan
bot express semasa musim perayaan.
Banyak faktor penyumbang dan salah satunya adalah lebihan muatan.
Jika berkata tentang itu sahaja
sudah tentu faktornya adalah kita sebagai penumpang dan juga pengusaha bot
ekspress mahupun pihak yang berwajib yang menutup mata. Jadi tiada salahnya kita sebagai penumpang
cuba mendisiplin diri dengan tidak menaiki bot bila ianya sudah penuh.
Buat
laporan biar pengusaha bot ekspress terbuka mata yang kita tahu hak kita. Pihak
berwajib pula jangan hanya mengambil sikap acuh tidak acuh, ketegasan anda
dituntut demi keselamatan semua.
Sesal Dahulu
Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna
No comments:
Post a Comment