DUNIA pasar
malam atau dengan nama modennya sebagai “Uptown” sebenarnya sudah menjadi satu
hal biasa di Semenanjung Malaysia. Siapa tidak kenal Uptown Danau Kota serta
beberapa nama lagi yang menjadi tempat wajib dikunjungi apabila berbicara
mencari barangan yang luar biasa tetapi murah harganya.
Nampak gayanya budaya “uptown” ini sudah menular ke Sarawak dengan tertubuhnya Kuching Uptown beberapa tahun yang lalu di kawasan Civic Centre, Kuching. Kemudian diikuti dengan pembukaan Uptown Samarahan yang menjadi tempat bagi warga Samarahan mendapat barangan yang dihajati. Dan sekarang sudah ada Uptown Semariang yang beroperasi di kawasan Giant Hypermart, Semariang menjadikan kerancakan warga Kuching untuk bersantai bersama keluarga serta membuat pilihan pembelian barangan.
Berada di uptown ini sebenarnya memberi satu kepuasan di hati
apabila melihat sendiri betapa gigihnya anak-anak Sarawak tidak kira usia cuba
melibatkan diri di dalam dunia perniagaan. Peluang meniaga secara kecil-kecilan
inilah menjadi asas untuk menjadi seorang ahli perniagaan berjaya. Barangan
yang ditawarkan juga mempunyai kelasnya tersendiri dan sudah tentu harga yang
berpatutan juga boleh menawan hati pembeli.
Ini merupakan satu usaha yang wajar disokong bagi merancakkan
lagi ekonomi penduduk setempat. Waktu beroperasinya yang dibuka pada hari
Jumaat sehingga Ahad juga mampu menjadikan Uptown sebagai satu tempat untuk
anak Sarawak bersosial bersama keluarga dan teman sambil menjamu selera mahupun
membeli belah.
No comments:
Post a Comment