Dipetik
dari http://sarawakvoice.com/2016/05/10/kini-najib-perlu-melayan-tuntutan-sarawak-kata-dr-mahathir/
MESKIPUN
BN menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 Sabtu, Tun Dr Mahathir
Mohamad berkata kemenangan besar yang dicapai Barisan Nasional (BN)
Sarawak bermakna kuasa kerajaan pusat akan menjadi lemah.
“Najib
kini lebih perlu melayan tuntutan-tuntutan Sarawak. Malah, Najib sudah pun
melakukannya. Apa saja yang diminta oleh Sarawak, ia akan dapat. Suara Sarawak
untuk rakyat Sarawak bertambah nyaring,” kata mantan perdana menteri dalam
catatan terbaharu blognya.
“Beliau
(Najib) sekarang akan lebih bergantung kepada sokongan Sarawak berbanding
sebelum ini,” katanya.
Katanya,
pencapaian BN Sarawak sebenarnya melemahkan penguasaan kerajaan pusat yang
dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
“Perdana
Menteri tiada alasan untuk bergembira,” katanya.
BN menang
72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan lima daripada kerusi
majoriti Cina daripada genggaman DAP yang dimenanginya pada 2011, tumbang.
Kemenangan
itu adalah di sebalik populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang
mencanak susulan 53 keputusan dan prinsip yang dilaksanakannya termasuk yang
bersifat pro-Cina. Antaranya pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu
(UEC), peruntukan RM12 juta untuk sekolah persendirian Cina dan tidak
menganggap Cina sebagai pendatang.
Mahathir
berkata selepas pilihan raya umum ke-13, sokongan daripada Sarawak dan jirannya
Sabah penting untuk kerajaan pusat.
“Hanya
memerlukan 12 atau 13 anggota parlimen berpaling tadah bagi kerajaan pusat
untuk tumbang,” tambahnya.
Mahathir
juga berkata, ketika Adenan merayakan kejayaan besar mereka, Najib kini harus
bimbang pada penggantungannya pada negeri-negeri simpanan tetap.
Pilihan
raya umum ke-14 dijangka lebih sengit dengan pengundi akan membuat keputusan
yang banyak dipengaruhi oleh kepemimpinan negara dan isu berkaitan 1MDB, derma
RM2.6 bilion dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
No comments:
Post a Comment