“WALKABOUT” adalah antara salah satu cara berkempen yang sebenarnya agak “old school” kerana sejak daripada rakyat Malaysia mula mengenali apa itu pilihanraya ianya telahpun dilakukan. Berjalan santai-santai ke kawasan yang menjadi tumpuan orangramai seperti pasar basah atau kedai kopi serta dari rumah ke rumah sebenarnya mempunyai implikasi yang tidak kurang besarnya bagi seseorang calon YB.
Bagi seseorang calon baru sudah tentu “walkabout” ini adalah salah satu kaedah untuk memperkenalkan diri dengan orangramai. Senyuman dan ucapan salam sambil-sambil bertanya khabar serta mendengar sendiri keluh kesah rakyat secara langsung dapat memberikan gambaran sedikit sebanyak apa yang dilalui oleh rakyat pada ketika itu. Mendengar, mencatit dan seterusnya jika sudah diberikan peluang untuk menjadi “YB” adalah wajar segala permasalahan ini diberikan perhatian sepenuhnya.
Hakikatnya, “walkabout” tidaklah memerlukan protokol seperti berkempen dengan menggunakan pembesar suara dengan berucap panjang menjela-jela sebenarnya lebih memberikan implikasi positif kerana setiap calon “YB” boleh mendekati rakyat dan mendengar kesulitan mereka dari hati ke hati. Dan janganlah pula ber"walkabout" hanya ketika sedang bertanding sebaliknya teruslah mendekati rakyat apabila sudah menang nanti.
Cerita tentang “walkabout” nampak ringkas tetapi impaknya besar.
No comments:
Post a Comment