TAHNIAH
kepada Tok Nan dan keseluruhan Team Adenan yang menang bergaya pada Pilihanraya
Negeri Sarawak yang lalu. Ianya
merupakan kemenangan yang besar apatah lagi strategi Tok Nan mendapat restu
dari rakyat Sarawak sendiri dengan 72 kerusi dimenangi dari 82 kerusi yang
dipertandingkan.
Di
dalam corat coret kita berpesta dengan kemenangan ini timbul pula suara-suara
sumbang di dalam media sosial mengenai kehilangan Adun-adun dari kawasan mereka
usai sahaja kejayaan dicapai. Tidaklah
diketahui samada suara-suara ini dari mereka yang kecewa kerana calon pilihan
sudah kalah atau juga kerana janji-janji yang ditaburkan ketika kempen
dijalankan.
Hakikatnya,
perlulah diketahui bahawa Team Adenan juga manusia biasa yang memerlukan rehat
secukupnya setelah mengharungi kempen selama lebih kurang 14 hari. Ianya merupakan satu proses yang panjang dan
menuntut tenaga yang kuat bagi menunaikan permintaan akar umbi yang ingin
bersua dengan mereka.
Jadi
untuk itu fahamilah mungkin ada sesetengah ADUN itu senyap seketika untuk
memberi ruang kepada dirinya mengumpul tenaga serta mengatur strategi bagaimana
untuk melunaskan setiap janji yang diberikan.
Kesemua ini memerlukan perancangan yang rapi lebih-lebih lagi jika ianya
melibatkan dana.
Adun
kita juga manusia biasa dan mereka bukannya seperti Aladdin yang boleh
menggosokkan lampu ajaibnya maka permintaan terus terlunaskan didepan
mata.
No comments:
Post a Comment