SUDAH
hampir 2 minggu berlalu “Sarawak Memilih” namun sehingga sekarang masih lagi
kedengaran suara sumbang-sumbang dari mereka yang tidak boleh menerima hakikat
apakah makna demokrasi yang sebenarnya. Pelbagai kata nista dan makian daripada
mereka yang berselindung dari “fake profile” mahupun muka sebenar yang
rata-ratanya sudah pasti penyokong dari parti mana.
Sesuatu
yang begitu menjengkelkan apatah lagi golongan ini bukannya dari rakyat Sarawak
tetapi adalah dari kalangan rakan sejajar di seberang sana. Yang pasti apa sahaja yang diperkatakan
sebenarnya adalah satu penanda aras betapa berbezanya orang Sarawak dan
golongan ini di dalam memberi makna sebenar apakah itu politik.
Bukan
untuk mendabik dada tetapi ianya satu hakikat bahawa budaya orang Sarawak
dengan orang Malaya berpolitik adalah sesuatu yang berbeza sama sekali. Umpama
langit dan bumi bezanya dan apabila keputusan Sarawak Memilih 2016 memihak
kepada Team Adenan, kita boleh lihat bagaimana mereka yang menyokong parti
lawan menerima segalanya dengan penuh redha bahawa aura Adenan lebih terasa
daripada isu yang mereka mainkan.
Jadi
untuk golongan yang tidak boleh menerima hakikat ini cukup cukuplah menghiris
hati kami rakyat Sarawak. Ingatlah untuk
PRU 14 nanti kita akan lihat apa pula keputusannya kerana rakyat Sarawak walau
tinggal di atas pokok, bercawat dan hanya berperang dengan sumpit beracun “Cukup
pandai” bermain dengan tanda “X” di atas kertas undi. Ini kerana kami mendahulukan negeri Sarawak
daripada permainan emosi.
"DO not forget without
Johor, there is no Federation Malay States. And without Sabah & Sarawak
there will be NO MONEY for this Country" - HRH Tunku Mahkota Johor
Ingat itu!
No comments:
Post a Comment