SELAMAT menyambut Hari Pekerja 2019 dan selamat bercuti untuk semua pekerja di Malaysia. Semoga kita terus komited dalam melakukan segala kerja yang telah diamanahkan kepada kita.
Tuesday, 30 April 2019
Monday, 29 April 2019
ADUN PADUNGAN DIGANTUNG HADIRI DUN SETAHUN
TUDUHAN tanpa asas yang dibuat oleh ADUN Padungan yakni Wong King Wei pada persidangan DUN yang lepas akhirnya memakan diri sendiri apabila beliau digantung selama setahun daripada menghadiri DUN Sarawak berkuatkuasa serta merta. Sebelum itu satu undian telah diadakan di kalangan para ADUN Sarawak dibawah seliaan Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato Gerawat dengan undi 64 undi menyokong dan 9 undi menolak.
Antara tuduhan yang telah dibuat oleh ADUN Padungan adalah menuduh Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia sebagai tidak demokratik kerana tidak berlaku adil ke atas usul yang dibawa oleh pihak pembangkang malah sehingga menyarankan untuk Speaker DUN diganti oleh oranglain. Ianya bertentangan dengan prosedur DUN malah satu laporan Jawatankuasa Hak Keistimewaan DUN telah dibentuk bagi membincangkan salahlaku ADUN Padungan pada sidang DUN yang lepas.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
#SarawakDiutamakan
BILA MP BATANG SADONG DITUDUH "TIDAK DELIVER" OLEH VINCENT WONG
- Jawapan Balas Dari MP DS Nancy Syukri
TATKALA jari jemari menulis tidak berhubung dengan otak maka begitulah juga tuduhan yang cuba dilemparkan oleh seorang pemilik FB bernama Vincent Wong terhadap MP Batang Sadong, Datuk Seri Hajjah Nancy Syukri. Dek kerana kejahilan tuduhan sembrono akhirnya memakan diri. Mari kita selami apa jawapan balas daripada seorang ahli parlimen Sarawak yang terkenal dengan kelantangannya bersuara.
Copy and paste dari fb Nancy Syukri:
****
Mungkin ada betul tuduhan saudara Vincent Wong ini. Saya merenung dan terfikir, apakah yang saya "tidak deliver" sebagaimana dituduh Saudara Vincent Wong. Mungkin, ada juga benda yang saya tidak lakukan atau tidak "deliver".
Pertama, saya tidak "deliver" dalam usaha pembatalan projek-projek mesra rakyat. - contohnya projek jambatan Batang Sadong. Kerajaan Pakatan Harapan memang RAJIN batalkan projek-projek mesra rakyat. Sebaliknya, saya telah memohon agar Jambatan Batang Sadong dibina dengan pembiayaan penuh Kerajaan Persekutuan.
Selepas solat Magrib tadi, saya terfikir satu lagi perkara yang saya tidak "deliver" - iaitu menabur janji kosong. Saya haruslah bertaubat dan merujuk kepada cara kerajaan Pakatan Harapan beroperasi - memberi macam-macam perjanjian dalam manifesto dan memungkirkan mereka. Saya sepatutnya berjanji akan memberikan 20% royalti minyak kepada negeri Sarawak dan 50% daripada jumlah hasil kutipan cukai persekutuan sempena PRU 14 tetapi saya gagal berbuat demikian. Dalam hal ini saya cuma bekerja keras dalam usaha 'Penurunan Kuasa' kepada Sarawak sebagaimana diterbit artikel ini -
Saya merenung dan terfikir lagi, saya telah gagal untuk "deliver" dalam usaha membuat U-turn manifesto selepas memenangi pilihan raya. Tengoklah Kerajaan Pusat sekarang, begitu rajin membuat U-turn, V-turn, sampai O-turn pun ada. Saya tidak mampu membuat "Delivery" sedemikian. Kerajaan negeri walaupun bukan lagi sebahagian daripada Kerajaan Pusat, namun kami tetap memastikan kesinambungan projek-projek jambatan yang telah dibatalkan oleh kerajaan persekutuan.
Selain itu, saya terbaca isu mengenai sistem "kuota" di surat khabar yang hangat dimainkan oleh mereka yang dalam Kerajaan Pusat kebelakangan ini dan terfikir satu lagi benda yang saya tidak "Deliver" ialah permainan isu perkauman dan agama. Mungkin saudara Vincent boleh salahkan saya atau Kerajaan Negeri dalam usaha penubuhkan Unit Hal Ehwal Bukan Islam (UNIFO), serta menyediakan peruntukan sebanyak RM 20 juta untuk menjaga kebajikan semua agama bukan Islam di Sarawak. Dia nak juga saya "Deliver" seperti Kerajaan Pusat Pakatan Harapan sekarang - main isu sensitif dan memecahbelahkan masyarakat.
Saudara Vincent mungkin marah kerana saya tidak "Deliver" dalam usaha untuk membawa Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) yang telah menyalurkan pinjaman RM 20 juta kepada 2,888 usahawan wanita di Bahagian Samarahan dan juga usaha saya untuk meluluskan Grab dan Uber sebagai khidmat e-hailing yang sah di Malaysia yang memberi peluang kepada mereka yang mahu mencari pendapatan secara sampingan sebagai pelajar, orang lencen dan untuk golongan B40.
Semua yang atas sekadar coretan khayal oleh para media dan pengendali Majlis - hanya apa yang disebut Saudara Vincent Wong adalah kenyataan sahih.
Kesimpulanan, betul cakap Saudara Vincent. Saya tidak "Deliver" langsung kepada Sarawak sempena menjawat jawatan Menteri. Saya haraplah Menteri Sarawak Pakatan Harapan dapat "Deliver" sebanyak boleh, dan minta jasa baik Saudara Vincent Wong untuk terus memantau prestasi menteri Persekutuan PH dari Sarawak. Usaha saudara Vincent Wong saya dahulukan dengan ribuan terima kasih kerana sentiasa berminat dengan kerja amalan saya selama ini.
*****
Pantun ini untuk Vincent Wong dari RP,
*****
Pantun ini untuk Vincent Wong dari RP,
Ayam dikepuk dipanggil pulang
Kain tercarik tersangkut duri
Tuan menepuk air di dulang
Akhirnya terpecik ke muka sendiri
KENYATAAN PEMBELIT MEDIA-MEDIA “TAIB MINTA RAKYAT BERSYUKUR BAWAH PEMERINTAHAN PH”?
SEBAGAI media arus perdana seharusnya apa yang disajikan buat bacaan rakyat hendaklah berasas namun sebaliknya bagi beberapa buah pengamal media lebih gemar untuk bermain persepsi sehingga menimbulkan rasa pelik rakyat terhadap kepimpinan Sarawak itu sendiri.
Antara pautan yang memainkan isu persepsi adalah seperti berikut:
Antara pautan yang memainkan isu persepsi adalah seperti berikut:
Natijah daripada kenyataan putar alam mereka seolah-olah menggambarkan bahawasanya Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib bin Mahmud menyokong pemerintahan PH dipandangan rakyat jelata walaupun hakikatnya jika kita merujuk kepada ucaptamar daripada beliau langsung tidak ada.
Berdasarkan kepada bukti Hansard bertarikh 29 April 2019 dari mukasurat 3 dan 4 dibawah Para Keharmonian dan Keamanan Tonggak Perpaduan, ucapan Pehin Sri Abdul Taib adalah seperti berikut:
Berdasarkan kepada bukti Hansard bertarikh 29 April 2019 dari mukasurat 3 dan 4 dibawah Para Keharmonian dan Keamanan Tonggak Perpaduan, ucapan Pehin Sri Abdul Taib adalah seperti berikut:
****
Keharmonian dan Keamanan Tonggak Perpaduan
Tuan Speaker, kita bersyukur, Negeri Sarawak terus aman dan damai. Keharmonian yang kita nikmati pada hari ini, adalah hasil sikap toleransi dan hubungan erat di kalangan rakyat kita yang terdiri daripada pelbagai suku kaum, budaya dan agama. Semangat saling mempercayai, hormat-menghormati, adalah menjadi asas kukuh kepada perpaduan rakyat Sarawak sejak dahulu lagi.
Kita bertuah kerana dapat memeliharanya sehingga kekal sampai sekarang tidak terjejas. Perpaduan adalah kekuatan utama yang menjadi tunjang kestabilan dan keamanan di Negeri Sarawak. Perpaduan juga merupakan asas kukuh kepada pembangunan dan kemajuan sosioekonomi kita. Saya menyeru kepada semua pihak, untuk terus memelihara perpaduan dan keamanan di negeri ini agar Malaysia akan terus maju sebagai cita-cita kita bersama di seluruh negara.
Saya percaya, rakyat Sarawak bijak dan tidak mudah terpedaya dengan agenda negatif pihak luar dan menolak anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian yang kita nikmat selama ini. Saya yakin, dengan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yang tegas, berani dan berpandangan jauh, perpaduan kita akan dapat terus diperkukuhkan. Inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak menubuhkan Unit for Other Religions atau UNIFOR untuk menjaga kepentingan agama lain adalah sangat bertepatan dengan perkembangan semasa.
*****
Cukup jelas disini bahawa tiada unsur-unsur PS Taib meminta rakyat menyokong Kerajaan PH sebaliknya meminta untuk rakyat Sarawak terus mengekalkan perpaduan yang sedia ada serta menolak dan tidak mudah terpedaya dengan agenda negatif pihak luar sehingga boleh menggangu gugat keharmonian yang Sarawak miliki sekarang. Bukti Hansard yang dikeluarkan bukanlah boleh dipertikaikan malah ianya akan menjadi bukti sejarah bertulis sampai bila-bila untuk sebuah negeri mahupun negara pada masa hadapan.
Beretikalah untuk memberikan maklumat dan bukannya untuk mengejar rating semata-mata.
#SarawakDiutamakan
PINDAAN PERKARA 1(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA AKAN DIBENTANG SEMULA
KETUA Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari menerima kunjungan hormat dari Menteri Di Jabatan Perdana yakni Datuk Liew Vui Keong di Wisma Bapa Malaysia petang tadi, 29 April 2019.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan mengatakan bahawa pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperkatakan status Sabah Sarawak akan dibentangkan semula di Parlimen Malaysia selepas keputusan kandungan dicapai di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan berlangsung minggu ini.
Ini merupakan satu langkah yang wajar kita sokong memandangkan ianya melibatkan pemegang taruh yang sebenarnya dan bersesuaian dengan prosedur DUN Sarawak yang jelas menyatakan sebarang pindaan haruslah mendapat mandat daripada DUN Sarawak sebelum boleh dibawa ke Parlimen Malaysia.
Untuk rekod pindaan yang dibentang pada 9 April 2019 di Parlimen yang lepas tidak mendapat 2/3 majoriti dan wakil Sarawak bertindak untuk tidak mengundi kerana ada beberapa faktor seperti saranan "Pursuant To MA63" ditambah malah pindaan Artikel 160 tidak dijelaskan di dalam pindaan tersebut.
FORUM & DEBAT MA63 DAN PINDAAN 1(2)
"TIADALAH makna pindaan artikel 1(2) status Sabah Sarawak sekiranya Artikel 160 (2) pada maksud perkataan “Persekutuan”masih lagi merujuk kepada “Persekutuan yang ditubuh dibawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957" dan BUKAN ‘Persekutuan yang dibentuk dibawah Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 “ -Ini adalah satu daripada beberapa persoalan yang tidak dapat dielakkan oleh kerajaan ph pusat begitu sahaja. -Dato Idris Buang-
"Artikel 160 sudah lama wujud mengapa baru sekarang, GPS ingin mengubahnya" -Iswardy Morni.
"Jika MA63 bukan satu undang-undang, apakah pula status Sabah Sarawak sebagai pembentuk Negara Malaysia? Ada sesuatu yang tidak kena disini". -Dominic Ng.
Semalam berlangsung satu forum dan debat MA63 yang dianjurkan oleh DayakDaily di Dewan Sivik Kuching yang menampilkan 5 pengamal undang-undang yang juga tiga antaranya merupakan ahli-ahli politik di Sarawak berlainan parti politik. Ianya mendapat sambutan di luar jangkaan kerana berjaya menarik hampir lebih dari 700 orang awam malahan beberapa orang ahli politik Sarawak turut meluangkan masa mereka.
Menariknya debat dan forum semalam turut memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk sama-sama berkongsi pendapat mengenai halatuju Sarawak di dalam pindaan Artikel 1(2) serta apakah rasionalnya tatkala wakil GPS bertindak dengan tidak mengundi pindaan tersebut. Jelas sekali, hak rakyat sebagai pemegang taruh telah mereka gunakan sepenuhnya dengan memberikan kebebasan bersuara untuk mereka mengetengahkan pendapat dan idea mereka sebaik mungkin.
Secara keseluruhannya acara semalam telah sukses diadakan dan pihak penganjur telah berjaya melakukannya sebaik mungkin biarpun ada ketikanya ianya melibatkan emosi sehingga seperti ada ketegangan yang berlaku di dalam berhujah dan memberi pendapat. Itu hanya adat resam kita sebagai manusia lebih-lebih lagi apabila berbicara soal hak. Acara ini yang turut disiarkan secara langsung oleh Dayak Daily, Kamek Miak Sarawak serta beberapa laman portal turut mendapat jumlah tontonan yang banyak dan mendapat respon positif dari para pengkomentar warganet.
Seharusnya forum dan debat seperti ini sentiasa dimalar segarkan bukan hanya di Kuching malah ke seluruh bahagian di Sarawak bagi memberi ruang kepada seluruh rakyat Sarawak untuk turut serta dengan meletakkan Sarawak sebagai keutamaan.
Tahniah dan syabas kepada penganjur Dayak Daily, barisan panel dan pendebat serta tetamu yang hadir.
Wednesday, 24 April 2019
SARAWAK PERTAMA DALAM MALAYSIA AJAR SAINS & MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
ANTARA legasi yang ditinggalkan oleh mantan Ketua Menteri Sarawak yang dicintai iaitu Allahyarham Tok Nan adalah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa rasmi di dalam Kerajaan Sarawak dan ianya diteruskan sehingga kini oleh pentadbiran Datuk Patinggi Abang Johari. Dan keputusan ini telah mendapat respons yang amat baik daripada segenap lapisan masyarakat Sarawak pada ketika itu.
Dan pada itu pada hari ini melalui kesepakatan antara Kerajaan Sarawak dengan Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik yang bertandang ke Sarawak bagi membincangkan urusan RM1 Bilion kontra sekolah-sekolah daif di Sarawak, kita dikejutkan dengan berita yakni Sarawak merupakan negeri pertama di dalam Malaysia yang akan mula mengajar subjek Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah. Sarawak adalah yang pertama menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia yang berani tampil dengan keputusan tersebut. Adalah difahamkan dari segi kesiapsiagaan guru-guru peringkat sekolah rendah untuk mengajar di dalam bahasa Inggeris juga dibawah Kerajaan Sarawak yang akan memberikan latihan dan sebagainya ke arah itu melalui penglibatan universiti yang ada.
Mengenai soal bayaran kontra RM1 Bilion untuk sekolah-sekolah daif pula masih lagi diperingkat perundingan yang seterusnya. Kenyataan pusingan U pihak persekutuan sebelum ini yang mahukan “advance payment” telah ditolak Ketua Menteri Sarawak dan kerana itulah proses perbincangan yang lebih teliti akan diteruskan demi kebaikan generasi anak-anak Sarawak bersama agar mampu belajar di dalam suasana yang kondusif.
Keputusan untuk sekolah-sekolah rendah di Sarawak diajar subjek Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris adalah satu langkah yang perlu kita sokong. Jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana Bahasa Inggeris itu bahasa antarabangsa yang memerlukan penguasaan yang lebih kepada kita sebagai rakyat Malaysia jika ingin bersaing di peringkat global tanpa kita meminggirkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan kita.
#SarawakDiutamakan
Pautan sepenuhnya:
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sarawak-negeri-pertama-ajar-matematik-dan-sains-dalam-bahasa-inggeris-maszlee-1.888462
Subscribe to:
Posts (Atom)






