DIKETIKA kita
sedang rambang mata memilih juadah untuk berbuka puasa di bazaar Ramadhan
seringkali kita terleka dan kelalaian kita itulah yang menjadi satu peluang
keemasan untuk si penyeluk saku. Mereka
datang dengan pelbagai taktik sehingga mampu meraih keuntungan dengan cara yang
amat cepat walaupun hakikatnya ianya satu kesalahan dari segi
undang-undang.
Begitulah yang
terjadi semalam di bazaar ramadhan Kota Sentosa apabila seorang wanita menjadi
mangsa sepasang penyeluk saku warga tempatan.
Menurut keterangan dikatakan salah seorang penyeluk saku telah
menghimpit mangsa seolah-olah ingin turut sama membeli juadah di satu gerai
sebelum rakan iaitu seorang wanita bertindak mencuri dompet di dalam beg tangan
mangsa. Tanpa segan silu di khalayak
ramai pasangan penyeluk saku meneruskan aktiviti mereka.
Namun
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, apabila kegiatan
pasangan penyeluk saku ini disedari oleh pengunjung bazaar ramadhan tersebut
lalu ditangkap dan diserahkan kepada anggota polis yang berkawal di tempat kejadian.
Suspek lelaki berusia 51 tahun manakala wanita pula berusia 47 tahun didapati
mempunyai rekod jenayah lampau berasal dari Kampung Semariang Lama dan Kampung
Parit Lama, Kuching. Menurut PDRM Kota
Sentosa, pasangan suspek penyeluk saku ini akan direman bagi membantu siasatan.
No comments:
Post a Comment