DUA orang pencuri telah berjaya ditangkap ketika cuba untuk memecah masuk sebuah rumah di Taman Petronesa 1, Semariang pada tanggal 8 Mei 2017 kira-kira jam 2 pagi.Kejadian tersebut disedari oleh tuan rumah lalu memohon bantuan daripada penduduk sekitar taman perumahannya.
Namun ketika kedua-dua pencuri di dalam tahanan penduduk dikatakan ada segerombolan pemuda telah datang menyerbu taman perumahan tersebut dengan bersenjatakan parang. Difahamkan pemuda-pemuda itu merupakan rakan kepada dua pencuri yang ditangkap. Oleh kerana tidak mahu ada hal yang lebih buruk berlaku maka kedua-dua pencuri telah dilepaskan oleh penduduk taman perumahan tersebut.
Satu laporan polis telah dibuat oleh penduduk Taman Petronesa 1 dan hal ini masih di dalam siasatan polis.
No comments:
Post a Comment