KEUPAYAAN dron iaitu satu teknologi baru yang menggabungkan pesawat kecil yang menggunakan kawalan jauh merupakan antara teknologi yang sering menjadi perhatian seantero dunia sekarang. Kegunaannya telah mencakupi pelbagai bidang dari keselamatan sehinggalah menjadi antara alat sokongan siaraya juga tidak boleh dinafikan.
Melihat kepada
betapa besarnya prospek untuk menjadi pakar di dalam teknologi dron ini, Kolej
Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) telah mengambil langkah pertama untuk
mengadakan memorandum persefahaman dengan Chang Jung Christian Universiti
(CJCU) iaitu sebuah universiti dari Taiwan untuk mengadakan ijazah berkembar di
dalam bidang teknologi dron. Kolaborasi
antara 2 universiti ini akan berkerjasama untuk mempertingkatkan penyelidikan
bagi pembuatan teknologi dron di UCTS nanti.
Sudah tentu
dengan adanya ijazah berkembar di sebuah universiti tempatan di Sarawak akan
berjaya menarik ramai pelajar-pelajar dari kalangan anak Sarawak yang ingin
menjadikan pembuatan teknologi dron sebagai karier suatu hari kelak. Ini kerana dengan peredaran zaman yang terlalu
pantas, hampir setiap pekerjaan sekarang memerlukan teknologi yang terkini
untuk lebih menyerlah.
Sekiranya
Sarawak mampu melahirkan graduan-graduan yang pakar di dalam bidang ini sudah
tentu ianya akan menjadikan Sarawak lebih ke hadapan. Penggunaan dron sebenarnya amat dituntut di
dalam banyak sektor seperti di dalam kita cuba menghapuskan pembalakan haram di
Sarawak. Dengan kawasan hutan yang luas seringkali penggunaan tenaga manusia
yang banyak dituntut namun ianya tidak begitu berkesan kerana kurangnya
informasi. Penggunaan dron untuk mencari
bukti sahih melalui rekod imej sudah tentu memudahkan lagi kerja
penguatkuasaannya.
Untuk anak
Sarawak yang meminati bidang ini tidaklah perlu pergi jauh lagi untuk menimba
ilmu kerana di Sarawak sendiri iaitu di UCTS sudah ada ruang untuk kita
mempelajarinya.