Sunday, 18 December 2016

JAMBATAN BATANG SADONG BUKTI KOMITMEN KERAJAAN


BUKTI komitmen kerajaan akhirnya terbinalah jambatan Batang Sadong yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.  Ianya adalah salah satu daripada janji yang ditunaikan buat rakyat di Sarawak lebih-lebih lagi penyiapannya juga akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan yang terlibat. 
Dengan kos sebanyak RM231 juta, jambatan Batang Sadong juga menempa sejarahnya tersendiri kerana dibina kurang daripada kos yang diperuntukkan iaitu RM243 juta iaitu kurang RM12 juta.  Jambatan yang merentangi Batang Sadong ini dianggarkan panjangnya sahaja adalah 1.48 km.   Dan ianya adalah jambatan yang terpanjang di Sarawak buat masa sekarang.  
Selain daripada itu berita gembira turut diraikan oleh rakyat Sarawak apabila di ketika perasmian, PM Malaysia turut mengumumkan bahawa menjelang tahun 2018 satu lagi projek mega akan dilaksanakan di Sarawak apabila perancangan pembinaan jambatan Batang Lupar pula akan menyusul selepas ini.  Dijangkakan kos untuk pembinaan jambatan ini sahaja boleh mencecah sebanyak RM1 bilion.
Dan seperti yang kita maklum bagi memenuhi tuntutan jajaran Lebuhraya Pan Borneo juga, beberapa jambatan sedang dibina sekarang seperti jambatan Batang Samarahan yang juga dijangka siap pada tahun 2018.  Manakala jambatan Batang Igan yang bernilai RM300 juta dan jambatan Batang Rambungan (RM130 juta) pula di dalam peringkat akhir perancangan.   

Foto kredit: BERNAMA 

No comments:

Post a Comment