Saturday, 17 December 2016

TAMAN NEGARA KUBAH DAN GUNUNG GADING DICEROBOH


SARAWAK cukup kaya dengan hutan tropikanya yang mana ada sesetengah kawasan hutan dijadikan taman Negara bagi memulihara sumbernya.  Malah jika dilihat kepada pencapaian misi dan visi Kerajaan Negeri Sarawak cukup membanggakan.  Segalanya dikekalkan agar ianya boleh dijadikan warisan untuk anak cucu kita pada masa hadapan. 
Namun di sebalik cerita keindahan dan keunikan taman Negara Sarawak yang kaya dengan biodiversitinya ini terselit satu cerita kurang enak.  Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Sarawak pada sabtu lepas menyaksikan ada cubaan untuk menceroboh Taman Negara Kubah dan Gunung Gading. Kedua-dua taman Negara ini terletak di sempadan antara Sarawak dan Kalimantan/Indonesia. 
Berdasarkan kepada denai-denai yang ditemui oleh penguatkuasa perhutanan meyakinkan bahawa pencerobohan ini dilakukan untuk mencuri kayu gaharu.  Kayu gaharu yang menjadi sebahagian daripada jenis pokok yang dipulihara di taman Negara ini cukup tinggi nilainya di pasaran dunia.  Apa yang lebih memeranjatkan lagi pencerobohan ini dipercayai dilakukan oleh rakyat di Negara jiran. 
Bukan untuk menuding jari pada sesiapa namun sebenarnya penglibatan semua dituntut untuk memastikan bahawa taman Negara kita tidak diceroboh sewenang-wenangnya.  Jika ada penduduk-penduduk tempatan yang tinggal di kawasan taman Negara ini mendapati ada kelibat aktiviti yang mencurigakan, diharap akan terus melaporkan kepada pihak yang berwajib agar pembasmian awal boleh dilakukan segera.

No comments:

Post a Comment