Tuesday, 27 December 2016

TUN M: BRIM ITU RASUAH!


KENYATAAN yang dikeluarkan oleh mantan PM dan juga sekarang Pengerusi Parti Pribumi Bersatu iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu satu rasuah dan salah disisi undang-undang baru-baru ini telah mendapat respons pelbagai daripada rakyat.  Namun disebalik kenyataan ini mungkin ramai tidak sedar bahawa ianya sebenarnya menghina golongan penerima BR1M itu sendiri. 

Kita mengetahui bahawa pemberian bantuan ini hanyalah atas rasa tanggungjawab Kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional untuk bersama-sama meringankan beban rakyat.  Dengan kos sarahidup sekarang walaupun ianya Nampak sedikit tetapi sekurang-kurangnya ia boleh membantu juga.  Dan pemberian bantuan tidak mengira penerimanya menyokong parti politik mana asalkan memenuhi syarat sudah tentu layak untuk menerimanya.

Jika kita melihat kaedah bantuan kepada rakyat ini sudah lama diamalkan oleh Negara-negara lain. Di Amerika Syarikat telah diadakan pemberian kupon makanan kepada rakyat dan tidak terkecuali juga di United Kingdom terkenal dengan dana sosial.  Dan untuk Negara jiran seperti Thailand juga turut ada iaitu pemberian wang tunai saban tahun kepada rakyatnya yang berpendapatan rendah agar sama-sama meransang ekonomi.  Jadi dimanakah silapnya sekiranya Malaysia juga berbuat demikian bagi membantu rakyat berpendapatan rendah.

Untuk rekod bagi tahun 2016 ini sahaja terdapat lebih kurang 7,280,349 penerima BR1M yang layak di seluruh Negara.  Dan yang paling tinggi penerimanya adalah negeri Selangor iaitu kira-kira 1,017,403 orang penerima.  Jika diskriminasi yang dikaitkan mengapa rakyat negeri Selangor bebas memilih parti pemerintahnya kerana itu bukan negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional. 

Yang pasti, BR1M itu hak rakyat dan siapa sahaja layak untuk menerimanya jika memenuhi syarat.  Umpama kata bidalan lama, orang memberi kita merasa. Mengundi siapa itu hak setiap rakyatnya.   

No comments:

Post a Comment