Sunday, 25 December 2016

PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG TERBESAR DI MIRI


DEWAN serba guna sememangnya antara kemudahan komuniti yang sering menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk melakukan aktiviti samada bersukan mahupun untuk mengadakan majlis kenduri kendara.  Ini memandangkan kemudahan parkir serta banyak lagi sudah tentu amat menyelesakan. 

Yang biasa kita lihat mungkin dewan serbaguna bersaiz kecil sahaja tetapi tidak bagi projek pembinaan dewan serbaguna Kampung Pujut Tanjung Batu di Miri.  Dengan kos pembinaan sebanyak hampir setengah juta iaitu RM550,000 menyaksikan dewan serbaguna kampung ini akan mencatat sejarahnya tersendiri kerana ianya adalah dewan serbaguna kampung terbesar pernah dibina di Miri, Sarawak. 

Dengan saiznya 100 kaki panjang dan 40 kaki lebar sudah tentu akan memberikan impak kepada aktiviti rakyat setempat.  Ditambahlagi banyak kemudahan sukan boleh disediakan dengan ditambah pembinaan parkir atau kawasan letak kereta yang besar buat kemudahan semua.  Dan diceritakan bahawa projek ini dijadualkan siap sepenuhnya pada pertengahan April 2017 ini.

Inilah antara permintaan yang sering diimpikan oleh rakyat dan kerajaan harus mendengar apa yang mereka mahukan.  Mereka tidak meminta bangunan pencakar langit untuk dibina sebaliknya apa yang baik dan selesa bagi mereka melakukan sebarang aktiviti sukan dan kemasyarakatan. 

No comments:

Post a Comment