Tuesday 20 December 2016

SUMBANGAN KRISMAS DARI KM SARAWAK DAN ISTERI

BILA tiba musim perayaan seperti hari Krismas serta sambutan yang lain, kita jangan sesekali melupakan mereka yang tidak bernasib baik.  Banyak cara untuk kita memberikan hadiah walaupun tidak seberapa namun ianya besar ertinya bagi mereka. 
Semalam menyaksikan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Adenan dan isterinya memberikan sejumlah sumbangan hasil daripada bakat kedua-duanya iaitu bernyanyi di dalam banyak majlis-majlis rasmi yang dianjurkan kerajaan dan swasta di Sarawak.  Setakat ini dikatakan bahawa hasil sumbangan lagu-lagu mereka telah berjaya mengumpul hampir RM6 juta semuanya. 
Untuk perayaan krismas kali ini, Datuk Adenan dan isterinya telah memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada 10 rumah kebajikan dan badan amal menerusi Yayasan Sarawak.  Antara yang menerima adalah Pibakat, Pusat Aktiviti Warga Emas Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak Heart Foundation, Kidney Association of Sarawak, Sarawak Society for the Blind, Sarawak Children’s Cancer Society, Persatuan Kebajikan Harapan Malaysia, Malaysian AIDS Foundation, Sabati, The Carnation Club dan 52 orang kanak-kanak dari Salvation Army.

No comments:

Post a Comment