Thursday, 15 December 2016

PERKHIDMATAN “DOKTOR TERBANG”DI SARAWAK




KEDATANGAN mereka ke kawasan pedalaman Sarawak sering ditunggu-tunggu malah ada sesetengah pesakit yang berkehendakkan rawatan akan terpaksa meredah perjalanan darat mahupun sungai yang jauh untuk sampai ke “checkpoint” menanti.  Kekerapan ianya datang pula bukanlah secara harian sebaliknya ada yang sebulan mahupun dua bulan sekali barulah ada kelibatnya. 

Mengimbau sejarahnya perkhidmatan “Doktor Terbang” ini bermula pada tahun 1973 di Sarawak dan tujuannya untuk memberikan perkhidmatan kesihatan asas kepada penduduk di pedalaman Sarawak.  Dan perkhidmatan helicopter sewaan khas ini diterbangkan dari 3 wilayahnya iaitu Kuching, Sibu dan Miri.  Dan kebiasaannya pasukan “doktor terbang” akan dianggotai oleh seorang pegawai kesihatan, penolong pegawai kesihatan dan 2 jururawat pada setiap kali penerbangan.  Mereka inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat di pedalaman untuk merujuk tentang kesihatan mereka. 

Bumi Sarawak ini cukup luas dan belum lagi ditambah dengan faktor mukabuminya maka selagi infrastruktur seperti kemudahan jalanraya masih tidak mencakupi semua tempat maka selagi itulah ianya akan dituntut.   Jika Sabah sudah menghentikan perkhidmatan ini bermula Oktober 2016 yang lepas atas kekangan kewangan tetapi tidak bagi Sarawak kerana walau apapun juga alasan, rakyat Sarawak tidak kira di Bandar, luar Bandar mahupun pedalaman sentiasa didahulukan. 

Inilah antara denyut nadi penduduk di pedalaman Sarawak kerana perkhidmatan “Doktor Terbang” itu sangat penting disamping klinik-klinik kesihatan yang ada. Satu perkhidmatan kesihatan yang ramai tidak mengetahuinya sebaliknya begitu sinonim dengan penduduk di pedalaman Sarawak.  Sudah 43 tahun perkhidmatan “doktor terbang” ini menabur bakti mereka dan ianya akan diteruskan selagi diperlukan di Sarawak.

No comments:

Post a Comment