DENGAN PRU
yang mungkin menjengah tidak lama lagi maka banyak parti politik di seluruh Negara
sedang bersiap siaga untuk menghadapinya.
Gerak gempur daripada pembangkang sudahpun bermula kerana katanya ingin
menukar pemerintahan Negara sekarang.
Namun
disebalik dengan pelbagai pakatan itu dan ini tiba-tiba dikejutkan dengan
ceritanya 4 wakil rakyat DAP iaitu Sim Tong Him (Ahli Parlimen Kota Melaka),
Goh Leong San (ADUN Duyong), Lim Jak Wong (ADUN Bachang) dan Chin Choong Seong
(ADUN Kesidang) bertindak keluar parti.
Setakat ini tidaklah diketahui samada keempat-empat wakil rakyat ini
akan melompat parti tau memilih untuk bebas buat sementara.
Melalui
kenyataan media yang dikeluarkan menyatakan bahawa tindakan keluar parti
daripada mereka adalah atas ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan DAP
Pusat yang membuat pakatan dengan Tun Mahathir.
Tindakan ketua mereka iaitu Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng itu diceritakan
tidak dibincangkan dan persetujuan peringkat akar umbi DAP sendiri.
Persoalannya
apakah ada lagi episod keluar parti selepas ini kerana kebiasaannya mesti ada
yang jadi “palak daun” sebelum yang lain mengiringinya. Sama-samalah kita
nantikan apakah benar ada percakaran besar di dalam DAP atau hanya wayang
semata-mata.
No comments:
Post a Comment