LOKASINYA nun dihujung Sarawak
namun begitu Tanjung Datu bukanlah calang-calang tempatnya kerana ianya juga
kaya dengan sejarah tempatannya baik dari segi masyarakat yang mendiaminya mahupun
keindahan panorama alam serta flora faunanya.
Sejak dari dahulu lagi Tanjung Datu sentiasa menjadi pilihan ramai
pelancong tempatan untuk merehatkan diri iaitu lari dari hiruk pikuk kota yang
membingitkan.
Menyelusuri kekayaan keindahan
ciptaan Tuhan ini di Tanjung Datu misalnya terkenal dengan beberapa pusat
peranginan yang boleh memberikan impak yang positif apabila kita berbicara
mengenai industri pelancongan di Sarawak Bumi Kenyalang. Di sinilah berhimpunnya beberapa taman Negara
seperti Taman Negara Gunung Gading di Lundu, Taman Negara Tanjung Datu dan
Taman Negara Hidupan Liar Semunsam di Sematan.
Dan apabila berkata mengenai taman Negara sudah tentu di dalamnya
mempunyai air terjun yang mengasyikkan yang meruntun jiwa bagi mana-mana
pelancong yang gemar dengan aktiviti lasak seperti hiking dan sebagainya.
Tidak cukup dengan itu,
keindahan pantai yang memutih dengan lautan biru yang meredupkan serta luas mata
memandang juga tidak pernah mengecewakan pengunjung-pengunjungnya. Gah nama beberapa pantai peranginan seperti
Pandan, Siar, Sematan, Telok Melati, Telok Serabang, Telok Melano serta banyak
lagi yang sentiasa menerima pelancong dari dalam mahupun luar negeri untuk
singgah kepadanya.
Jika sudah lelah bermain pasir di pantai, pengunjung di Tanjung Datu juga boleh melawat beberapa tempat yang boleh memberikan pengalaman yang berbeza seperti kawasan penternakan ketam, Ulat sutera di Silk Farm, serta Deer Farm and Bird Nest di Kampung Siru. Kesemua tempat ini boleh dikunjungi dengan mudah kerana berada di Sematan. Dan jika kena pada masanya mungkin pelancong yang bercuti di Tanjung Datu berkesempatan untuk menyaksikan bunga terbesar di dunia iaitu bunga rafflesia mekar di Gunung Gading kerana disinilah sahaja ianya ada di Sarawak selain daripada di Sabah.
Jika sudah lelah bermain pasir di pantai, pengunjung di Tanjung Datu juga boleh melawat beberapa tempat yang boleh memberikan pengalaman yang berbeza seperti kawasan penternakan ketam, Ulat sutera di Silk Farm, serta Deer Farm and Bird Nest di Kampung Siru. Kesemua tempat ini boleh dikunjungi dengan mudah kerana berada di Sematan. Dan jika kena pada masanya mungkin pelancong yang bercuti di Tanjung Datu berkesempatan untuk menyaksikan bunga terbesar di dunia iaitu bunga rafflesia mekar di Gunung Gading kerana disinilah sahaja ianya ada di Sarawak selain daripada di Sabah.
Usahlah bimbang dengan tempat
untuk bermalam kerana di Tanjung Datu sudah siaga semuanya mengenai hal
penginapan pelancong. Di sini sahaja mempunyai
banyak chalet-chalet, resort mahupun enap desa yang mempunyai keunikannya tersendiri
baik dari segi arkitektur seperti program homestay di Telok Melano, Telok
Serabang dan Rumah Panjang Pueh di Sematan.
Bila sudah beransur untuk pulang ke
destinasi masing-masing janganlah lupa untuk membeli ole-ole dari Tanjung Datu
yang terkenal dengan penghasilan makanan lautnya. Di bazaar Lundu misalnya sudah terjual
beberapa produk desa yang diusahakan oleh penduduk tempatannya seperti keropok ikan, keropok udang, keropok ubi, kuih tradisional, kraftangan
dan sebagainya yang dijual dengan harga berpatutan.
Selepas
ini dengan adanya jajaran Pan Borneo Highway yang sedang rancak dibina iaitu
bermula di Telok Melano, Sematan sudah tentu akan memberikan seribu satu rahmat
kepada penduduk di Tanjung Datu untuk berhubung dengan dunia luar. Para pelancong juga begitu mudah untuk ke
sana walaupun sekarang sudah ada pengangkutan darat dari Kuching mahupun jika
ingin merasai sendiri pengalaman menggunakan feri maka bolehlah mencuba untuk
menggunakan perkhidmatan feri di Rambongan.
Inilah
kemakmuran yang dikecapi oleh penduduk Tanjung Datu yang sudah tentu berbeza di
awal penubuhan Malaysia berbanding sekarang.
Limpah rahmat hasil daripada rakyatnya yang memilih pemimpin yang tepat untuk mewakili
Tanjung Datu selama ini. Kemakmuran
inilah yang menjadikan Tanjung Datu destinasi percutian keluarga di Sarawak.
No comments:
Post a Comment