SEBEGITU banyak gejala jenayah
sekarang yang semakin menular di Sarawak tidak mengira di Bandar mahupun
pedalaman sekalipun begitu membimbangkan kita semua. Manakala di pihak PDRM dan agensi yang
berkaitan juga tidak pernah menang tangan cuba membasminya sebaik mungkin.
Semalam menyaksikan satu aksi
kejar mengejar berlaku di antara pihak polis dari IPD Serian dengan sebuah
kenderaan dari Jalan Tebakang Melayu sehingga CIQ Tebedu. Agaknya penjenayah cuba untuk melepaskan diri
sehingga ke kawasan sempadan namun pihak polis lebih bijak untuk mengawal
segalanya.
Melalui perkhabaran awal
difahamkan pihak polis telah menahan 4 suspek warga tempatan yang mana ketika
diperiksa turut dijumpai beberapa senjata api tiruan dan kelopak peluru (Air
Soft) yang disembunyikan di dalam kereta mereka. Selain itu pihak polis turut
menemui 4 paket plastik lutsinar yang dipercayai dadah jenis syabu. Kesemua suspek telah ditahan untuk siasatan
lanjut.
Syabas dan terima kasih IPD
Serian atas usaha yang tidak pernah mengenal penat lelah ini.
No comments:
Post a Comment